Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Sunday, 31 August 2014

NZ 2006 Part 2 - Te Anau & Milford Sound


Tarikh Percutian : 15 hingga 27 November 2006
Pakej : Persendirian (sendiri atur)
Waktu New Zealand : +12GMT (perbezaan +4 jam dari waktu Malaysia)

Dari north island (Auckland) kami menaiki pesawat Air New Zealand ke south island (Queenstown). Jaraknya lebih kurang 1m050km melalui penerbangan udara dan lebih kurang 1,560km melalui darat.



Kami tiba di lapangan terbang di Queenstown lebihkurang jam 4 petang dan akan ke Te Anau (kami menginapan di Parklands Motel) yang terletak lebihkurang 170km dari Queenstown. Hendak dijadikan cerita, bagasi kami telah disalahmuatkan ke dalam pesawat lain. Terpaksalah kami menunggu ketibaan pesawat tersebut, sejam kemudiannya, sebelum dapat bertolak ke Te Anau.
(Perjalanan dari Airport Queenstown ke Parklands Motel, Te Anau)
Agak risau kerana kali pertama memandu kereta diluar negara memandangkan hari sudah lewat petang. Nasib baik siang agak panjang pada waktu itu. Walaupun kami tiba di Te Anau pada jam 7 malam, hari masih cerah lagi.

Kami menempah kereta pandu sendiri (station wagon BJL 625) dari Malaysia lagi dan ini merupakan pertama kali kami memandu sendiri diluar negara.

 
Keesokan harinya, kami ke Milford Sound yang jaraknya lebihkurang 120km. Waktu ini musim sejuk telah berlalu. Salji hanya dapat dilihat dipuncak-puncak gunung sahaja. Kebanyakan jalan ke Milford Sound akan ditutup kepada kenderaan sewaktu musim sejuk:-





Memang cantik pemandangan disepanjang perjalanan ke Milford Sound.. Kami singgah dibeberapa tempat di sepanjang perjalanan untuk menikmati keadaan sekitar...


Puncak gunung yang masih dilitupi salji.. air terjun (hasil dari kecairan salji) dapat juga dilihat di beberapa tempat...





The Red Boat, Milford Sound
Bagus juga kami membeli tiket the Red Boat ini lebih awal dari pengurus Parklands Motel. Jika tidak, kami terpaksa beratur lebih panjang di kaunter tiket di Milford Sound.

Perjalanan balik ke Te Anau dari Milford Sound.


Ronda-ronda di Pekan Te Anau



 Next...balik semula ke Queenstown....

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...