Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Tuesday, 2 September 2014

NZ 2006 Part 3 - Queenstown

Tarikh Percutian : 15 hingga 27 November 2006
Pakej : Persendirian (sendiri atur)
Waktu New Zealand : +12GMT (perbezaan +4 jam dari waktu Malaysia)

Memandu kereta dari Te Anau ke Queenstown mengambil masa lebihkurang 2 jam, sejauh 180km. Kami mengambil masa yang lebih lama kerana kami singgah di mana-mana saja apabila pemandangannya menarik perhatian kami. Sungguh, banyak tempat yang begitu cantik pemndangannya di south island New Zealand ini,


Di Queenstown, kami menginap di Aspen On Queenstown, sebuah apartment keluarga yang selesa dan mempunyai pemandangan tasik yang amat menarik.

 

Pemandangan dipuncak atas Deer Park Heights sangat cantik. Dari atas, boleh nampak bandar Queenstown dan lapangan terbangnya dengan jelas selain dari pemandangan-pemandangan tasik yang "breath-taking". Di puncak atas ini keadaannya adalah berangin dan agak sejuk. Sebahagian dari "Lord of The Ring" movie scenes juga diambil di sini. 


Ke Arrowtown...


Bersiar-siar di pusat bandar Queenstown..


Perjalanan seterusnya adalah ke Christchurch.. lebih 500km dari Queenstown...

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...