Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Wednesday, 25 May 2016

Ho Chi Minh, Vietnam

01 - 04 Mei 2016

Cuti Hari Pekerja pada Ahad, berlepas dari KUL jam 2.55pm, kemudian mendarat di SGN pada jam 3.50pm, waktu Vietnam (awal satu jam daripada waktu Malaysia)

Dari airport Ton Nhat ke bandar Ho Chi Minh (HCM) kami naik bas, belajar ilmu ini dari Liza,  kenalan baru semasa sama-sama menunggu pesawat  di KLIA2.

Hentian bas berada di luar terminal sahaja.. keluar dari airport, lintas jalan.. dan terus boleh nampak bus... Tiketnya cuma berharga 5000 dong (90 sen) seorang dan bag luggage juga dikenakan harga harga tiket yang sama.  Murah sakan tu, berbanding harga teksi sekitar 200,000 Dong. Basnya seperti bas rapid KL tapi penumpangnya taklah ramai sangat. Bas No. 152 beroperasi sehingga jam 5 petang.
 

Tak jauh pun.. lebih kurang 30min perjalanan untuk sampai ke bandar. Turun di stesen bas yang last sekali (ataupun stesen kedua last pun boleh, hadapan taman yang banyak pokok-pokok) bagi yang menginap di hotel yang sekitar Ben Thanh. Kemudian menapak ke hotel, cuma sesi mencabar ialah masa melintas jalan..  kita yang penakut yang acah-acah nak melintas ke tidak ni cuma mengekor je Liza..

Malam tu... Liza jadi sukarelawan tourist guide kami.. dari satu kedai ke satu kedai kami keluar masuk.. dan last sekali ke pasar malam...

Bab bershopping tak tahulah makcik nak bercerita... betapa besarnya kuasa membeli orang kita kat sana.. banyak kedai-kedai menjual tudung dan pakaian muslimah.. masa datang boleh berlenggang kangkung.. masa balik pula bag dah jadi beranak-pinak.  Makcik yang berniat tak moh shopping pun akhirnya tewas sampai lupa tentang kilo bag semasa balik.
...rombongan cik kiah
minta bantuan Akin, staff hotel Saigon Pink2 untuk topup sim yang dibeli masa
di Danang dua bulan lepas
Kedai Rohani..

Kemudian ke Zai Dah..

Kedai Hjah Maridam.. suka membeli kat sini sebab tak ramai orang, senang untuk memilih dan harga patut, tak payah nak tawar menawar lebih-lebih..


Comot Ho Chi Minh ada di kedai ni..


Pasar malam di bahagian luar Ben Thanh market...

 
Pasar Ben Thanh, yang beroperasi di siang hari.. pintu Cua Tay yang paling dekat dengan 'Malaysia Street'...

Jalan-jalan sekitar HCM city...

Day Trip Mekong Delta

1. Kami mengambil pakej ke Mekong Delta semasa berada di HCM, sehari sebelumnya, melalui Bismillah Tours & Travel yang terletak sebelahan restoran Amin.  Bayaran ialah RM60 seorang. Kami juga bertanya di restoran Hjh Basiroh dan restoran Amin, yang mengenakan bayaran RM80 dan RM100 termasuk sarapan pagi.



2. Bermula 7.45 pagi, perjalanan menuju ke Mekong Delta dengan bas bersama group lain semuanya dari Malaysia seramai 20 orang.   Perjalanan  mengambil masa sekitar sejam setengah.  Di perjalanan saya tertarik melihat kedai kopi mereka yang menyediakan buaian yang diikat pada pokok sebagai tempat bersantai sambil minum kopi.  Buaian tidak dikenakan bayaran cuma perlu bayar harga minuman saja... terang Mr. Chau, pemandu pelancong

3. Sesampai di bandar Mekong, bas berhenti seketika di sebuah kedai yang menjual barangan kraft dan pakaian muslim. Tinjau-tinjau jika ada yang berkenan sementara menunggu beberapa orang yang pergi ke tandas sebelum menaiki bot

4. Kemudian ke jeti Mekong untuk menaiki bot menuju ke pulau pertama.  Minuman air kelapa disediakan semasa dalam bot


5. Di pulau ini, dipertunjukkan cara penyediaan candy kelapa dari langkah awal sehingga pembungkusan, Kemudian bolehlah jika ingin membelinya




6. Kemudian menaiki kereta kuda pusing-pusing kampung

7. Seterusnya menaiki bot untuk ke pulau kedua pula..



8. Kami dibawa ke tempat pelihara lebah. Dihidang dengan minuman teh limau madu sambil mempromosikan madu dan royal jelly keluaran mereka. Ada juga menjual cenderamata dengan harga yang agak murah jika berbanding di HCM city

9. Seterusnya kami dibawa menaiki sampai menyusuri alur sungai yang sempit.. hebat cara mereka mendayung.. kadang-kadang selisih 3 buah sampan dalam alur yang sempit.  Sediakan wang kecil untuk bayaran tip kepada pendayung.

10. Sampai di tempat berikutnya, kami dihidang dengan buah-buahan potong sambil mendengar alunan nyanyian.  Di sini juga perlu sediakan wang tip untuk persembahan mereka.

11. Habis semua aktiviti melawat pulau dan kampung, naik semula bot untuk balik ke jeti.

12. Jam 1.20 tengahari, semua aktiviti di Mekong Delta sudah selesai.  Bas kemudiannya membawa kami ke restoran halal yang tak berapa jauh dari situ, dalam 10 minit perjalanan sahaja. Makanan tengahari yang disediakan agak berselera dan enak juga rasa kari ikannya


13. Selepas makan tengahari, bus bertolak balik ke HCM City.  Sebelum sampai di hotel bas singgah di perhentian terakhir di wholesale factory Danny & Tina yang terletak di China Town Binh Tay


Inilah lukisan yang lambat sampai ke KL.. Oleh kerana "odd size" (walaupun ringan tapi bergulung), ianya tidak dibenarkan dibawa masuk ke kabin (hand luggage). Kena masuk check in baggage juga. Bila sampai KLIA2, tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar di conveyor belt. Akhirnya, dihantar ke rumah selepas 2 hari tiba.  Sekiranya hilang, Air Asia akan membayar gantirugi setakat US$20/kg sahaja maximum

Nasib baik hilang satu hari sahaja .. sekarang cuba cari anjing yang sekor dalam lukisan ni...

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...