Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Wednesday 1 February 2017

Switzerland, Dec 2016 - Zermatt

Kami bertolak awal pagi dari rumah dalam merancang day-trip ke Zermatt, memandangkan masa siang yang agak pendek (waktu magrib 4.45 petang). Belum lagi cerah tanah kami dah bersedia menunggu bus tiba pukul 8.05 pagi.  Perjalanan hari ini ialah dari Spiez ke Visp (intercity train), kemudian tukar train lain (regional train) untuk ke Zermatt, masa perjalanan lebih kurang 2 jam.

We took an early morning bus (8.05am) ride to Spiez bahnhof for our day-trip to Zermatt, as the daylight was quite short (sunset at about 4.45pm). From Spiez, we took Intercity train (IC) to Visp at which station we changed to Regional train (R) to reach Zermatt. Journey time was about 2hours from Spiez.


Tiada kenderaan persendirian dibenarkan di Zermatt. Sekiranya memandu, anda bolehlah memakir kereta di kawasan pakir di Tasch, yang terletak lebihkurang 5 km jauh dari Zermatt. Dari Tasch, anda akan menaiki shuttle tren, perjalanan dalam 12 minit untuk tiba di stesen keretapi Zermatt.

Hotel-hotel akan menggunakan kereta elektrik/solar seperti gambar di bawah untuk membawa tetamu-tetamu yang menginap ke hotel masing-masing.

Zermatt is a car-free zone. If you're driving to Zermatt, you can park your car at Tasch, some 5km away. From there, take a shuttle train (about 12 minutes journey) to Zermatt bahnhof. Electric/Solar vehicle (as seen below) are used to ferry hotel guests.





Hotel mewah menggunakan perkhidmatan kereta kuda untuk penginap-penginapnya. Horse-carts are also used to ferry luxury hotel guests





Tidak bercadang untuk ke Gornergrat (puncak Matterhorn), kami jejalan  kawasan Zermatt sahaja. Cuaca pun cerah bermatahari dan tidak sejuk sangat semasa kami sampai.  Dari sini Puncak Matterhorn dapat dilihat dengan jelas.

The weather was good, sunny and not too cold when we arrived Zermatt. We did not intend to climb Gornergrat but just going around places on foot. Matterhorn is visible from the ground.








Berhenti sekejap untuk melihat kanak-kanak tempatan bermain hoki ais. Watching local children playing ice hockey.



Berjalan menuju ke bahagian hujung Zermatt, di mana terdapat stesen kereta kabel bagi mereka-mereka yang bermain ski untuk naik ke puncak atas.

Walking toward the end area where there is a cable car station to ferry skiers to mountain top.







Matterhorn, puncak yang menjadi salah satu tarikan di Zermatt. Image Matterhorn dijadikan simbol komersial bagi cokelat Toblerone and rokok.

Matterhorn, one of the main attractions in Zermatt, which peak has become a commercial symbol for Toblerone and a cigarette company.





Di pertengahan jalan kami mengambil kesempatan untuk berehat-rehat seketika di sebuah taman kecil.

Lazing around in small park along the way








(Restoran "Halal" yang ada di Zermatt. "Halal" eating place in Zermatt.)












Sampai ke kawasan hujung, berdekatan dengan stesen kereta kabel untuk pemain-pemain ski naik ke atas.

The place near the cable car station.






No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...