Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Monday 27 February 2017

Switzerland 2016 - The Glacier Express


Itinerari penutup percutian Switzerland 2016 kami. Glacier Express, yang merupakan acara kemuncak kami sewaktu percutian ini. Kami menaiki Glacier Express pada hari ke-2 ia mula beroperasi di musim sejuk. Masih belum ramai lagi pelancong waktu itu. Ada dua jadual operasi Glacier Express iaitu jadual musim sejuk (Disember hingga Mei) dan jadual musim panas (Mei hingga Oktober). Sekiranya anda ingin menaiki Glacier Express ini, rancanglah percutian anda supaya tidak terkena pada waktu ianya tidak beroperasi.

Glacier Express was the final and top itinerary for our Swiss Holiday 2016.  Our excursion was on the 2nd day of operation, after being closed in the month of November. There was not many tourist yet at the time. Check the Glacier Express timetable when you plan your holiday to avoid disappointment. The winter schedule was from December till May  and the  summer schedule was from May till October.


Seperti juga GoldenPass Panoramic Train, pemegang Swiss Family Pass tidak dikenakan bayaran tiket untuk perjalanan. Bayaran dikenakan untuk penempahan tempat duduk yang wajib ditempah sebelum menaiki keretapi ini. Ianya perlu ditempah selewat-lewatnya sehari sebelum perjalanan samada secara online ataupun  di mana-mana stesen keretapi Swiss (SBB). Sebelum kami ke Interlaken di hari sebelumnya, kami menempah seat ini di stesen Spiez, CHF38 untuk kami berempat.

As Swiss Family Pass holder, there was no charge for the ride but prior seat reservation was compulsory. We paid CHF38, all four of us, for the seat reservation.  The seat can be reserved via online or at any  Swiss (SBB) rail stations. We made our seat reservation one day prior at Spiez bahnhof while on our way to Interlaken


Kami tidak mengambil perjalanan penuh Glacier Express (Zermatt - St. Moritz) kerana kami telahpun pergi ke Zermatt sebelum ini. Kami memilih untuk bermula di Brig (10.18am) dan berhenti di Chur (2.35pm). Chur adalah penempatan tertua di Switzerland, mula dihuni dalam sekitar 500 tahun dahulu.

We did not take the full Glacier express journey (Zermatt - St. Moritz) as we had been to  Zermatt earlier. We began our journey from  Brig (10.18am) and got off at Chur (2.35pm). Chur is the oldest settlement in Switzerland going back some 500 years.

Sampai agak awal pagi di Chur dari Spiez, kami meninjau kawasan Brig di sekitar stesen keretapi. "Spital" seperti sebutan loghat Kelantan memberi makna Hospital? Early morning arrival to Brig from Spiez, we took a stroll in the vicinity of Brig bahnhof.










Stesen Glacier Express di luar stesen keretapi Brigs. The Glacier Express stop was at the outside of Brig bahnhof.






The Glacier Express (GEX)...




Melalui terowong terpanjang di Andermatt. Pemandangan yang paling cantik bagi kami ialah dari Andermatt ke Disentis. Puncak gunung yang diliputi sajli, rumah-rumah kayu yang tidak bercat, semuanya kelihatan sangat cantik. Longest tunnel was at Andermatt and the most spectacular view was from Andermatt to Disentis, capturing snowy mountain top (glacier) and unpainted wooden houses along the way.

Perjalanan yang panjang, iaitu hampir 4.5 jam, pun begitu sangat asyik menikmati keindahan alam.. penat duduk.. berdiri pula... bergaya dalam keretapi yang agak kosong kerana baru dua hari beroperasi dalam jadual musim sejuk. There were not many passengers on board as The GEX was just starting its second day of operation during the winter schedule. 


Antara foto di dalam perjalanan yang memaparkan suasana panas dan juga salji. A few photos along the way, both felt summer-like and winter-like..




Apa tu?... Pelayan datang bertanya sekiranya kami ingin memesan makanan untuk tengahari.. tapi kami telah membawa bekal sendiri.. seafood pasta olio.. bila dibuka penutup tupperware harum semerbak baunya.. nasib baiklah orang tak ramai. Waiter would come around to get your lunch order before lunch time (you can bring your own food/lunch on board), but we had brought our own lunch boxes... olio seafood pasta.. 

 


More photos...



Boring dah.. the journey bored her... dan si abang yang peramah pula berjumpa kenalan baru, gadis dari Japan yang travel bersendirian.. boleh dibawa bersembang.. meet new friend (a lone traveler from Japan) all over the world..






Disentis...



Arrived Chur...


Untuk perjalanan balik pula, kami mengambil tren antara-bandar yang dapat menjimatkan masa perjalanan, iaitu dari Chur ke Zurich, dan dari Zurich ke Bern untuk akhirnya ke Spiez. Jumlah masa perjalanan pulang lebih kurang dalam 3 jam juga, bertolak dari Chur pada 2.39pm dan selamat sampai di Spiez pada jam 5.34 petang.

On our journey back to Spiez, we took intercity train (shorter journey time) from Chur (at 2.39pm) to Zurich and from Zurich to Bern before taking the final train to arrive Spiez (at 5.34pm) with total journey time about 3 hours.



No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...