Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Wednesday 19 April 2017

Italy - Dec 2016 Cinque Terre

Sekiranya anda melancong ke Italy,  kami syorkan anda melawat Cinque Terre (the 5 lands ataupun 5 perkampungan). Menginap di La Spezia 4 malam, anda boleh menjelajah Cinque Terre (2 hari) dan juga dari situ, satu tarikan utama, leaning tower of Pisa (1 hari ziarah), berada tidak jauh dari La Spezia. 

Anda juga boleh menginap di Levanto, bandar pintu masuk ke Cinque Terre, tetapi ianya lebih jauh dari leaning tower of Pisa berbanding La Spezia.

Cinque Terre adalah 5 buah perkampungan kecil iaitu, Riomaggiore, Manarola, Corniglia, Vernazza dan Monterosso.

Dari La Spezia Centrale, terdapat perkhidmatan keretapi untuk berhenti di setiap kampung tersebut. Adalah lebih menjimatkan serta menyenangkan perjalanan untuk membeli pass harian ke Cinque Terre daripada membeli tiket keretapi point to point. Pass harian Cinque Terre boleh dibeli dari ejen perlancongan yang ada di stesen La Spezia Centrale.

Apa yang menarik dengan Cinque Terre ini adalah pemandangan serta situasi nyaman tepi laut yang agak unik di mana bangunan-bangunan kediaman kebanyakannya bewarna terang.



Riomaggiore

Dari La Spezia, kami bermula dengan perkampungan Riomaggiore, katanya "Italy's most most beautiful place in the world right now.." Dari La Spezia Centrale, hanya 9 minit perjalanan keretapi. Sampai di sana, turun berjalan kaki untuk menjelajah perkampungan tepi laut itu.





























Manarola

Kemudian kami ke Manarola, lebihkurang 3 minit perjalanan keretapi dari Riomaggiore.  Kami cuba memperuntukan masa lebih kurang 1 jam untuk setiap kampung.  Semasa turun menjelajah, pastikan ambil nota tentang jadual perjalanan keretapi supaya dapat merancang dan optimise kan masa melawat.

Ada juga trek berjalan kaki dari Riomaggiore dan Manarola, sekiranya mempunyai banyak masa dan stamina.  Tentulah pengalaman pun berbeza...

























Corniglia

Kampung seterusnya adalah di Corniglia, lebihkurang 3 minit keretapi dari stesen Manarola.  Tidak ramai yang turun di sini.   Di sini, permandangan sekitar berbeza sedikit dari sebelumnya. Perlu mendaki bukit yang agak tinggi untuk sampai ke kampung yang terletak di atas bukit, tetapi laluan anak tangga pendakian sempurna dibina hingga ke atas.

Di luar stesen keretapi, ada shuttle bus/van (ikut jadual perjalanan) sekiranya anda ingin ke pekan/bandar. Sekiranya anda membeli pass perjalanan harian, tambang shuttle bas/van ini ulang-alik ke stesen adalah percuma. Kami memilih untuk mendaki lereng bukit, dan tidak ke pekan.  









(Ada tempat-tempat rehat dengan pemandangan yang cantik untuk melepaskan lelah pendakian seketika)



Selepas sampai ke puncak atas, di mana terdapat rumah-rumah kediaman, kami bertanyakan orang tempatan tentang bas ke pekan. Agak susah berkomunikasi sebab mereka tidak fasih berbahasa inggeris. Nampak gayanya, dekat stesen keretapi itu sajalah ada stesen bas untuk ke pekan. Kami kemudiannya turun semula ke stesen untuk mengejar keretapi ke destinasi seterusnya,Vernazza.


Vernazza

Vernazza is the pearl of Cinque Terre. Ramai pelancong di sini, tetapi waktu kami pergi, tidaklah pack mana kerana ianya waktu off-season.  Terletak bersebelahan dengan kawasan Corniglia, 3 minit perjalanan keretapi.



















Di sini, kami makan tengahari (late lunch) di salah sebuah restoran, mencuba menu masakan makanan laut Italy.








Monterosso

Akhirnya sekali, kami sampai di Monterosso, perkampungan Cinque Terre terbesar (perkampungan terhujung sekali dari La Spezia) yang lebih merupakan kawasan pemandangan tepian pantai. Ianya 3 minit juga perjalanan keretapi dari Vernazza.  Di sini sangat popular bila musim panas untuk pengunjung bersantai dan berenang.  Pusat bandarnya terletak lebihkurang 1km dari station keretapi. Kami hanya bersantai di tepian pantai menikmati keindahan alam, kerana sudah penat untuk berjalan, dan hari pun sudah senja


















Setelah Monterosso, kami tidak teruskan niat untuk ke bandar pintu masuk Cinque Terre, iaitu Levanto, walaupun hanya akan mengambil masa 4 minit perjalanan keretapi.  Pada musim panas ada perkhidmatan feri disediakan, jadi tentulah berpeluang menyakskan pemandangan Cinque Terre dari sudut yang berbeza.  Kami terus pulang ke La Spezia (mengambil masa lebihurang 25 minit perjalanan keretapi) kerena dah set untuk cari pizza Italy lagi di La Spezia untuk dinner pada malam itu.




No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...