Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Monday 1 May 2017

Italy - Dec 2016 Florence

La Spezia kami tinggalkan dengan merakam banyak kenangan manis untuk kami sekeluarga.  Hari ni sudah hari yang ke-18 pengembaraan kami menjejaki Switzerland dan Italy.  Sebelum ke destinasi akhir Rome, kami singgah dulu di Florence.

Perjalanan keretapi dari stesen La Spezia Centrale ke stesen Firenze Santa Maria Novella memakan masa 2 jam lebih. Florence atau dalam bahasa Itali, Firenze, adalah ibu kota wilayah Tuscany, yang juga merupakan bandar paling ramai didiami dalam wilayah tersebut.


Kami menginap di bilik keluarga di hotel bajet Montreal, untuk persinggahan semalaman di Florence.  Seperti kebiasaannya, kelab percutian kami memberikan tawaran yang paling menarik (termurah) bila dibandingkan tawaran atas talian laman web lain seperti Agoda, booking.com, trivago dsb.


Pihak hotel menghubungi kami melalui emel semasa kami masih berada di La Spezia, bertanyakan keperluan kami sebelum kami sampai. Mereka juga meminta kami memaklumkan kepada mereka sekiranya kami memandu kereta ke sana kerana kereta tidak dibenarkan masuk ke pusat bandar dan perlu menyewa tempat letak kereta di kawasan luar pusat bandar. Ianya tidak memberi masalah kepada kami kerana kami ke sana dengan keretapi dan lokasi hotel pula hanyalah lebihkurang 300m dari stesen keretapi.

Dari hotel, kami berjalan kaki untuk menziarah tempat-tempat menarik di pusat bandar Florence.


Di Piazza di Santa Maria Novella tarikan utamanya adalah gereja Basilica di Santa Maria Novella.


Dari depan ia nampak macam 'sekeping papan' lukisan instead of sebuah bangunan, warna pastel dan tidak sarat dengan ukiran...


Dari situ kami berjalan ke kawasan Basilica di San Lorenzo..


Berjalan-jalan di celah-celah bangunan, sampai pula ke kawasan Piazza del Duomo. Brunelleschi's Cupola, dome yang bewarna cokelat, dibina oleh Filippo Brunelleschi tanpa menggunakan scaffolding. Naik ke atasnya untuk melihat keseluruhan Florence.
 


Giotto's Campanile adalah merupakan sebahagian dari bangunan yang ada di sekitar Piazza del Duomo


Santa Maria Del Fiore, gereja utama di Florence yang juga gereja ke-3 terbesar dunia dan pernah menjadi gereja terbesar Eropah apabila ianya disiapkan pada kurun ke-15.

 
  
Masuk ke bahagian dalam ....





Kawasan luar....


Terus merayau berjalan kaki, terserempak dengan Hard Rock Cafe pula...

 



Michael Jackson's stage pants from the Jackson 5's 1981 Triumph tour


Ada surat yang diabadikan di sini.... dan cerita mengenai surat ini (gambar di bawah)...



Sampai pula ke kawasan Piazza della Repubblica, menandakan kawasan tengah-tengah bandar.. center of the city..


Singgah lagi kedai gelato/aiskrim.. kat sini mahal sikit berbanding dengan gelato dekat stesen keretapi, kedai gelato tepi jalan.. maklumlah..kawasan tumpuan pelancong... gelato Italy sedap... boleh dikatakan setiap hari keluar pasti singgah mana-mana kedai gelato yang terserempak diperjalanan.. 

 

Kemudian kami sampai pula ke kawasan Piazza della Signoria, center of political life in Florence






Seterusnya berjalan kaki ke kawasan Ponte Vecchio, jambatan batu tertua di Florence. Jambatan ini mula dikesan dalam dokumen pada tahun 996. Ianya musnah dalam kejadian banjir pada tahun 1117, kemudian sekali lagi musnah pada tahun  1333. Ianya kemudian siap dibina semula pada tahun 1345. Lagi fakta menarik mengenai jambatan ini boleh dibaca di SINI.


Kawasan market di sekitar jambatan....



Dari kawasan jambatan itu, kami mula melangkah balik ke hotel... dah penat berjalan...beberapa photos disepanjang jalan balik ke hotel (masih di kawasan sekitar Ponte Vecchio)




Esoknya kami akan ke Rome... destinasi terakhir percutian Switzerland/Italy ini....

1 comment:

  1. book your florence tour from https://dotravel.com/ticket/show/1235/florence-duomo-florence-tickets

    ReplyDelete

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...