Hantar bagasi ke airport dahulu sebelum serah balik kereta sewa. Urusan lancar, tak banyak soal apabila kereta dipulangkan dalam keadaan sempurna, minyak penuh. Ambil gambar dashboard nak keep record sejauh mana kilometer bumi Iceland dijelajahi sejak mula sewa kereta dahulu.
Selepas urusan serahan diselesaikan, terus menaiki shuttle bus untuk ke airport semula.
Sampai di airport kaunter check in baru sahaja dibuka.
Setelah check in bagasi, ambil masa meronda-ronda airport sekejap sebelum ke pintu berlepas. Airport tidaklah besar mana.
Berjalan menuju pintu berlepas, snap gambar di bawah ini untuk ambil note kota-kota yang ada penerbangan terus ke Iceland (Keflavik)
Di pintu berlepas sejurus sebelum penerbangan ke Gatwick, London yang mengambil masa selama 3 jam untuk touch down.
Setelah touch down di Gatwick, kami terus ke kaunter Europcar untuk mengambil kereta sewa yang ditempah dari Malaysia lagi.
Rupanya counter Europcar di North Terminal telah berpindah ke South Terminal pula. Ambil train (percuma) untuk ke South Terminal. Agak lama menunggu giliran untuk mengambil kereta. Staff tidak berapa ramai berbanding dengan pelanggan yang hendak mengambil kereta.
Swindon, UK untuk kali ketiga
Persingahan di UK hanyalah transit sebelum menyambung perjalanan ke Kuala Lumpur. Tak berminat untuk berkunjung ke kota London, kami memilih untuk ke Swindon (lagi??)
Panjang cerita untuk sampai ke tempat penginapan di Swindon hari itu.
Pertama sekali, kredit card ada masalah kena block pin number sebab banyak kali cuba guna kad kredit di Iceland (nak isi minyak kereta di stesen minyak yang full self-service yang tak ada orang jaga). Mereka guna 4 pin, sedangkan kita guna 6 pin. Sama juga di counter Europecar Gatwick ini. Kata mereka, di UK pun guna 4 pin juga. Nasib baik kad dapat digunakan juga akhirnya tanpa guna nombor pin.
Keduanya, upgrade kereta kepada yang lebih selesa dari kereta kecil yang ditempah dulu. Masalahnya kereta tu jenis yang terbaru punya, sampaikan 'handbrake' pun pakai tekan butang elektronik saja. Habis masa sedikit dok study kereta sebelum start memandu keluar dari airport.
Ketiga, sebab belum begitu confident untuk menggunakan sistem navigasi kereta, kami lebih percayakan navigasi 'offline' map smartphone yang kami download serta update mapnya sehari sebelum berlepas dari Malaysia tempoh hari. Rupanya 'offline' map ini tak boleh pakai kerana akhirnya kami sampai ke Travelodge lain, 30 batu jauh dari Travelodge yang sepatutnya. Disebabkan masih kekok lagi dengan sistem navigasi kereta, kami beli simkad Three UK untuk akhirnya sampai ke destinasi hari itu.
Tempat penginapan kami di Swindon - Travelodge Chippenham Leigh Delamere M4 Eastbound.
Travelodge memang menjadi pilihan penginapan bajet kami sejak dari mula-mula travel ke UK dulu. Masa menempah Travelodge Chippenham Leigh Delamere (East bound) ini, tak terperasan yang UK dah mula memasukki musim panas ketika itu. Ini adalah kerana, Travelodge yang ini tidak menyediakan air-cond (dinyatakan di dalam web tempahan). Nasib baik cuaca tidak begitu panas lagi, malam buka tingkap untuk angin sejuk masuk.
Pertama kali kami ke Swindon adalah pada tahun 2008 dahulu. Lima tahun kemudian, kami singgah lagi di Swindon. Dah lupa samada kami menginap di Chippenham Leigh Delamere di East Bound ataupun West Bound dulu. Walaubagaimanapun, ada jalan dalam yang menghubungi kedua-dua belah Travelodge ini di mana kita tidak payah buat U-turn (sejauh 20 batu!) untuk cross highway M4 tu.
Untuk ke pekan Swindon dari Travelodge ini (Eastbound) kami terus saja turun highway M4, tetapi apabila pulang nanti, kami kena buat pusingan u-turn yang jauh, 20 batu (bukan km) dari Travelodge. Sekiranya anda menginap di sini, samada Travelodge Eastbound atau West Bound, tanyalah kepada staff akan jalan sebelah dalam ini. Jimat masa, dan jimat minyak untuk cross highway M4.
Itinerari dua hari penuh kami di Swindon hanyalah dengan akviti bershopping. Antara tempat-tempat yang kami pergi adalah The Brunel, The Parade, Designer Outlet, Greenbridge, Town Center.
03-05 Julai 2018 : Day 10 (Selasa) - Day 13(Khamis) : Swindon, UK
Parking di The Brunel. Parking untuk jangkamasa panjang (4 atau 5 jam ? ke atas) lebih murah sedikit dari charge setiap jam. Ianya di tingkat atas.
Memang kami dah aim untuk cari barang di Argos ni.
The Parade yang lokasinya lebihkurang di sebelah The Brunel saja.
Ke Laura Ashley di Greenbridge Retail Park.
Foto di bawah ini diambil semasa merayau mencari restoran halal selepas merayau di The Brunel (lagi) pada hari berikutnya.
Semasa pusing-pusing town centre Swindon..
Hari ke-3 di Swindon (Day 12 : 05/07/2018) maka berakhirlah percutian Iceland-UK 2018 kami. Pagi-pagi check out Travelodge, takut terperangkap di kesesakan jalanraya (orang masuk kerja), untuk menaiki pesawat pulang ke Malaysia yang dijadualkan berlepas pada 2:30pm hari itu.
Semasa check in bagasi di London Gatwick Airport, Emirates timbang betul-betul bagasi kami. Nasib baik terkurang 2 kilo dari had bagasi tiket ekonomi kami. (had bagasi 60kg untuk 2 penumpang tiket ekonomi).
Satu lagi, sekiranya anda memohon pembayaran balik GST di airport (dari pembelian barangan di UK), kami rasa lebih berbaloi meminta pulangan tax dalam UK Pound instead of RM. Pemulangan cukai bagi setengah-setengah barang adalah dalam bentuk wang tunai di airport itu sendiri (boleh minta dalam bentuk RM tunai ataupun UK Pound tunai) dan setengah2nya lagi di pulangkankan ke dalam kad kredit (mengambil masa untuk dipulangkan).
Satu lagi, sekiranya anda memohon pembayaran balik GST di airport (dari pembelian barangan di UK), kami rasa lebih berbaloi meminta pulangan tax dalam UK Pound instead of RM. Pemulangan cukai bagi setengah-setengah barang adalah dalam bentuk wang tunai di airport itu sendiri (boleh minta dalam bentuk RM tunai ataupun UK Pound tunai) dan setengah2nya lagi di pulangkankan ke dalam kad kredit (mengambil masa untuk dipulangkan).
Kami touched down di KLIA pada hari berikutnya Jumaat, 06/07/2018 pada jam 2:30pm.
No comments:
Post a Comment