Showing posts with label Pahang. Show all posts
Showing posts with label Pahang. Show all posts
Friday, 30 August 2024
Saturday, 10 August 2024
Monday, 8 August 2022
Thursday, 4 August 2022
Cherating, Pahang (Mei 2022)
Sebuah persinggahan tepian laut yang mempunyai kawasan pantai yang menarik.
Royale Chulan Cherating Chalets
Monday, 25 July 2022
Genting Highland selepas PKP (Mac 2022)
Rombongan Che Kiah meninjau Genting Highland selepas PKP dimansuhkan.
Meninjau kawasan luar sebelum memasuki kawasan Hotel Genting/Taman Tema Genting.
Pemandangan dari kawasan dalam hotel dan Indoor Theme Park (tiada caj tiket masuk)
Tip : Beli tiket masuk (Outdoor Theme Park) secara atas talian (online)
Kami
tidak dapat membeli tiket di kaunter hari itu kerana pembelian di
kaunter hanyalah dibenarkan untuk warga negeri Pahang (harga tiket lebih
murah untuk warga Pahang) dan OKU (?). Kami kena pergi ke kiosk
bersebelahan untuk membuat pembelian secara online.
Sebelum balik, kami ke sebuah restoran makanan laut di bahagian luar hotel Genting. Makanan sedap dan harga agak berpatutan di kawasan Genting Highland itu. Kos makan malam rombongan Che Kiah adalah dalam dua digits.
Peringatan - Sekiranya membuat pembayaran secara kad, pastikan jumlahnya dulu sebelum masukkan pin untuk meluluskan pembayaran.
Dah tabiat tak check dulu sebelum menekan pin. Setelah ambil resit (yang dicetak dari mesin kad kredit), mak datok! baru perasan pembayaran yang dibuat adalah terlebih satu digit. Dah jadi ribuan ringgit pulak harga makan malam rombongan Che Kiah tu.
Kelam kabut staff restoran cuba betulkan balik pembayaran. Cuba kensel balik pembayaran tak dapat, call pihak bank pula ada masalah line. Akhirnya, pekerja tu call boss restoran dan boss tu transfer masuk bayaran ribuan tadi ke dalam akaun, dan caj makan malam dibuat sekali lagi dengan jumlah yang betul.

Saturday, 17 November 2018
Kuantan, Pahang - November 2018
Cuti Deepavali di Kuantan
Kesokan harinya, di awal pagi kami ke Taman Gelora, sambil mencari tempat yang sesuai untuk sarapan.
Sekejap saja di situ, kami beredar pula ke Teluk Cempedak.
Masjid Negeri Pahang
Pahang Art Museum
Selepas magrib main boling sekejap di Mega Lanes, Berjaya Mall, di sebelah hotel kami sebelum kami makan malam.
Hari ketiga (hari Deepavali) selepas check-out dari hotel, kami terus ke Restoran Mabiq. Masa kami sampai sudah ramai pengunjung walaupun jam baru 11.30 pagi.
Hari Ahad 4hb November, kami bertolak ke Kuantan, tetapi melencong ke Janda Baik dahulu. Kami sampai di Kuantan dalam lebihkurang jam 3 petang di dalam cuaca mendung dan terus check-in di Grand Darul Makmur. Hotel ini dahulunya dikenali sebagai M.S. Garden Hotel, sebelum pengurusannya diambil-alih oleh Majlis Agama Pahang (MUIP).
Petang itu kami makan di Sara Thai Kitchen, lokasinya di jalan Gambut, lebihkurang 500m dari tempat penginapan.
Kesokan harinya, di awal pagi kami ke Taman Gelora, sambil mencari tempat yang sesuai untuk sarapan.
Sekejap saja di situ, kami beredar pula ke Teluk Cempedak.
Keadaan menyedihkan dengan pemandangan sampah-sarap bertaburan di sekitar kawasan. Walaupun ada pekerja-pekerja sedang membersihkannya, ia mencerminkan sikap masyarakat yang masih rendah tahap 'tamadun'nya.
Rancangan untuk beriadah menggunakan laluan titi yang disediakan terbantut apabila hari mula hujan. Jadi kami berteduh di pondok yang disediakan sambil snap foto.
Apabila hujan telah reda sedikit, kami menyusur kembali jalan yang kami lalui untuk ke Taman Gelora kerana tadi kami ternampak gerai makan pagi yang agak menarik. Kami singgah di sini, di Tanjung Selera (Tanjung Api) untuk sarapan pagi. Di sebelah gerai ini adalah lagi deretan gerai-gerai untuk sarapan pagi.

Selepas waktu tengahari, kami menghala ke Pantai Batu Hitam. Pantai di sini lebih bersih berbanding Teluk Cempedak.

Sebelum meninggalkan Pantai Batu Hitam, kami singgah disalah sebuah gerai keropok lekor yang ada di sepanjang jalan Beserah.
Di sebelah petang kami ke Pahang Art Museum, yang terletak tidak jauh dari kawasan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah.Masjid Negeri Pahang
Pahang Art Museum

Selepas magrib main boling sekejap di Mega Lanes, Berjaya Mall, di sebelah hotel kami sebelum kami makan malam.
Makan malam di Lila Wadi, cheese kek katanya sedap di situ. Kami cuba perisa mangga dan durian.

Hari ketiga (hari Deepavali) selepas check-out dari hotel, kami terus ke Restoran Mabiq. Masa kami sampai sudah ramai pengunjung walaupun jam baru 11.30 pagi.
Banyak juga menu lauk nasi campur yang ada, apalagi bila ada peminat paeh patin tempoyak. Tak cukup makan di sini siap beli lagi berbungkus-bungkus paeh ikan patin sejuk-beku untuk dibawa balik ke KL.

Sebelum sampai ke Restoran Mabiq tadi ternampak papan-tanda Keropok Lekor Kak Yah. Singgah beli lagi kerepok lekor, sebelum menyusur masuk ke lebuhraya untuk pulang ke KL
Subscribe to:
Posts (Atom)