Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Tuesday 8 August 2023

Norway Trip Day 11 & 12 - Korsbakken Camping, Alesund & Atlantic Ocean Road (Mei/Jun 2023)

 Korsbakken Camping

 Korsbakken Camping ini agak jauh dari pusat bandar. Nasib baik kami sewa cabin kecil yang lengkap dengan dapur sekali, tak payah kami keluar jauh ke pekan. Bekalan memasak kami masih mencukupi untuk penginapan 2 malam di sini. 


Tidak banyak aktiviti di sini kerana plan kami adalah untuk ke bandar Alesund yang terletak lebihkurang 125 km dari sini. Kami menempah penginapan di Korsbakken kerana kami tidak dapat mencari penginapan yang ekonomi di Alesund. Dari Korsbakken pula, perjalanan kami untuk ke destinasi seterusnya (Bud) adalah lebih dekat.

Day 11 - Alesund

Hari ke Alesund, berangin kuat dan cuaca sejuk. Kami naik ke bangunan tinjau yang menjadi tumpuan pelancong untuk meninjau bandar Alesund dari atas. Sepatutnya naik tangga yang berpusing-pusing untuk ke bahagian atas bangunan, tapi kami memilih untuk memandu kereta menaiki bukit hingga ke kawasan atas, dari tempat pakir terus dapat masuk ke bahagian paling atas bagunan.


Kemudian kami berjalan kaki, bersiar-siar di sekitar bandar Alesund. Hari Ahad, pakir percuma, jadi tidak risau pasal nak bayar pakir di tepi jalan, cuma nak kena cari ruang yang kosong.
 
 

Day 12 - Bud & Atlantic Ocean Road

Check out Korsbakken untuk ke penginapan di bandar Kristiansund pula. Dalam perjalanan kami telah plan untuk singgah makan tengahari di sebuah restoran makanan laut segar di perkampungan nelayan di Pekan Bud.

Selepas Bud, perjalanan kami seterusnya adalah untuk melewati Atlantic Ocean Road. Tertarik dengan papan tanda di jalanraya Norway, yang agak kreatif.

"Pakailah tali pinggang keledar untuk keselamatan anda" - cara orang Norway membuat papan tanda keselamatan jalan raya (Husk Bilbelte - Remember Seatbelt)


Yang ini pula, "Patuhi had laju" (Over fartgrensa - Over the speed limit)


Atlantic Ocean Road ini adalah salah satu itinerari utama trip Norway kami kali ini. Cuma kurang puas hati sebab waktu ini adalah permulaan musim panas. Laut tidak bergelora, dan waktu kami sampai di sini pun, cuaca hujan. Foto-foto pun kurang menarik dek musim ini. Atlantic Ocean Road tidak se dramatik sebagaimana yang kami ingin alami, seperti yang dipaparkan di youtube ini, sebab kami sampai pada bukan musim ribut winter.

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...