Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Tuesday, 1 August 2023

Norway Trip Day 9 - Stryn (Mei/Jun 2023)

Hari ke 3 di Stryn, hanya santai di kawasan pekannya sahaja.

Kos di Norway adalah tinggi. Rasa tidak berbaloi untuk menginap di hotel-hotel walaupun di bilik-bilik ekonomi mereka. Bagi kami, penginapan di kawasan 'campsite' adalah lebih berbaloi dan ekonomi kerana pakir kereta kebanyakan telah tersedia percuma. Pilih penginapan yang ada bilik air dan dapur tersendiri walaupun kecil. Kalau nak lebih ekonomi lagi, boleh pilih penginapan yang berkongsi bilik air dan juga ruang memasak. Kita suka mandi, kalau bilik air berkongsi tu, biasanya akan tersedia di bahagian luar unit penginapan, berkongsi dengan unit-unit penginapan lain.

Stryn ini terkenal dengan sungainya yang berliku-liku. Tapi kami tidaklah menyusuri sungainya hingga jauh ke hujung, cuma setakat yang melintas kawasan pekan sahaja.


Di Norway, jarang nampak rumah yang bertingkat-tingkat. Di pekan/bandar kecil, unit komersilnya pun tidak banyak yang berupa seperti pusat membeli belah kita.


Sebelum balik ke tempat penginapan, bersantai tepi jalan melihat lalu lalang sambil mencuba aiskrim Norway yang sering ternampak di mana-mana.


No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...