Setelah selesai urusan menghantar kereta di airport, kami beli one-day pass public transport untuk ke bandar Oslo yang terletak lebihkurang 50 km dari airport. Pass tersebut membolehkan kami naik express rail ke pusat bandar Oslo (dari 20 hingga 30 minit perjalanan) dan lain-lain pengangkutan awam di Oslo kemudian balik ke airport semula. Hotel kami dihubungi oleh bas shuttle lebihkurang setiap setengah jam sekali.
Sampai di Central Station, kami ke tourist information desk untuk mendapatkan peta bandar Oslo bagi memudahkan kami menetukan tempat-tempat yang hendak di ziarahi.
Berjalan kaki menuju ke Royal Palace, kami melewati Oslo Cathedral, National Theatre, Oslo University, monumen Johan Svedrup dan Henrik Wergeland,
Kawasan di The Royal Palace dan Statue of Norwegian King Karl Johan XIV
Kami tersilap turun stesen tram, berjalan agak jauh merentasi sebuah taman lain sebelum sampai ke The Vigeland Park ini.
Beredar dari Vigeland Park untuk singgah ke Aker Brygge pula. National Museum ada berdekatan sini, tapi kami tak masuk.
Petang kami balik ke airport sebelum naik shuttle untuk kembali ke hotel. Punya banyak masa untuk mengemas kerana penerbangan balik kami ke Malaysia, adalah pada 3.45pm. Kami ambil shuttle tengahari untuk ke lapangan terbang.
Hari ke 19, terbang ke Doha sebelum menaiki pesawat Malaysia Airlines keesokkan harinya. Sampai ke KLIA dalam jam 8 malam pada hari ke 20 Trip Norway kami.
Hari ke 19, terbang ke Doha sebelum menaiki pesawat Malaysia Airlines keesokkan harinya. Sampai ke KLIA dalam jam 8 malam pada hari ke 20 Trip Norway kami.
No comments:
Post a Comment