Kami sampai ke Turkmenistan dari Malaysia pada 19 Feb 2025, dengan rancangan untuk bercuti ke Uzbekistan sebelum menjelang puasa. Pada pagi hari 21 Feb 2025, kami menaiki Turkmenistan Airlines dari Ashgabat International Airport ke Turkmenabat International Airport. Penerbangan bermula jam 6 pagi di Ashgabat, mengambil masa lebihkurang sejam penerbangan.
TIPS - Sekiranya anda menaiki Turkmenistan Airlines, dan akan mengambil bagasi setelah mendarat di Turkmenistan airport, sila pastikan anda simpan tag bagasi kerana bagasi anda akan diperiksa mengikut bilangan tag bagasi sebelum dibenarkan dibawa keluar ke balai ketibaan. "Screening" sebelum menaiki pesawat adalah agak strict di mana segala isi poket, jaket, kasut dsb perlu di kosongkan/tanggalkan semasa melalui mesin pengimbas badan. Pastikan juga tiada sebarang metal/logam di badan termasuk cermin mata, pakaian kemas dsb.
Dari Turkmenabat Airport kami menaiki kereta selama lebih kurang sejam untuk tiba ke border crossing Farab.
Urusan border crossing sebelah Turkmenistan agak leceh dan ketat. Paspot
kami diperiksa dan direkodkan butiran disebuah pondok kecil sebaik saja tiba di kawasan berpagar. Bukan saja paspot,
malahan kereta yang kami naiki juga diambil butiran nombor plat.
Setelah selesai, kami menaiki bas shuttle (berbayar) untuk ke point Kastam dan Imigresen. Disitu proses imigresen lazim (tetapi lebih ketat dilaksanakan). Setelah selesai, kami menaiki bas shuttle lagi untuk ke sempadan sebelah Uzbekistan. Kami perlu berjalan kaki (100 m?) dari shuttle bus drop-off point ke bangunan Kastam/Imigresen Uzbek.
TIPS - Kami tidak menyaran anda untuk melancong ke Turkmenistan kerana ia masih lagi sebuah negara tertutup (seperti Korea Utara contohnya) di mana proses mendapatkan visa agak rumit dan juga costly. Urusan keluar masuk di border crossing jalan darat juga mengambil masa dan perlu sediakan wang tunai (USD) untuk apa-apa bayaran yang akan dikenakan (terutamanya crossing untuk masuk ke Turkmenistan). Semasa berada di dalam Turkmenistan, anda mungkin akan terasa seolah-olah setiap pergerakan anda akan diperhatikan.
Disebelah Uzbekistan (pekan Alat), urusan kastam/imigresen adalah lancar bagi kami walaupun beg-beg kami juga di imbas melalui mesin pengimbas. Warga Malaysia tidak memerlukan visa untuk masuk ke Uzbek.
Sebuah kereta menunggu kami di luar kawasan Imigresen di mana kami mengambil masa lebih kurang sejam setengah lagi untuk sampai ke Bukhara.
Destinasi kami hari ini adalah Tashkent, ibunegeri Uzbekistan. Dari Turkmenabat, Turkmenistan ianya lebihkurang 770km jarak perjalanan. Kami menempah keretapi dari Bukhara ke Tashkent yang mengambil masa lebihkurang 7 jam perjalanan.
Kami sampai di Bukhara selepas tengahari dan mempunyai sedikit masa untuk makan tengahari dan merayau di Bukhara kerana keretapi kami dijadualkan berlepas pada jam 5 petang untuk ke Tashkent.
Di Bukhara, pertama kali kami menikmati hidangan nasi yang dipanggil "plov" suatu hidangan nasi berlauk daging yang terkenal di seluruh negeri, baik Uzbek ataupun Tajikistan ataupun Turkeministan (3 negara yang kami berkunjungi).
Kata orang, Uzbek adalah sebuah negara di mana harga barangannya murah berbanding dengan negara-negara lain. Kami makan hidangan plov (untuk 6 orang), harganya tak sampai pun nilai RM50. Kami beli sim kad pelancong untuk capaian internet (dan panggilan/sms juga) hanya bernilai lebihkurang RM17 untuk 20GB data dan 1,000 minit (?) panggilan/sms sah selama sebulan. Sim kad ini dibeli di outlet official Bee Line, salahsatu service provider utama di Uzbek.
TIPS - penggunaan kad (plastic money) juga agak meluas di sini. Senang untuk mengeluarkan cash dari mesin ATM. First time kami keluarkan cash dari ATM (sebanyak Som 200,000 - lebihkurang RM80), cajnya hanya lebihkurang 50sen (RM). Penggunaan plastic money juga agak meluas di Uzbek. Masa makan tengahari dan beli sim kad tadi, kami bayar dengan debit kad.
Kami sempat merayau di beberapa tempat di Bukhara sebelum ke stesen keretapi untuk ke Tashkent.
No comments:
Post a Comment