Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Monday, 3 March 2025

Panjakent, Tajikistan (Feb 2025)

Salji turun lebat di malam sebelumnya di hari kami check out hotel di Samarkhand (Uzbekistan) untuk memulakan perjalanan masuk ke Tajikistan.

Perjalananan ke sempadan Samarkhand (Uzbek)-Panjakent (Tajikistan) mengambil masa lebihkurang dua jam pemanduan kereta dalam keadaan bersalji. Urusan border crossing (kastam dan imigresen) di kedua-dua belah sempadan adalah mudah dan lancar bagi kami. Setelah keluar dari imigresen Uzbek, kami berjalan kaki (lebihkurang 400 - 500 m?) mengheret beg untuk sampai ke imigresen/kastam Tajikistan.


Kereta lain menunggu kami di sebelah sempadan Tajikistan untuk membawa kami ke bandar kecil Panjakent. Kami hanya ada hari ini sahaja untuk berkunjung ke Marguzor ataupun dikenali sebagai Haftkul, iaitu 7-Lakes yang menjadi matlamat percutian kami ke Tajikistan.

Dengan turunnya salji pada hari itu, rancangan ke 7-Lakes ini tergugat lalu kami habiskan masa sedikit ke bazar Panjakent sementara mengharap cuaca akan menjadi lebih baik menjelang tengahari. Naik ke 7-Lakes (off road) adalah berisiko dalam keadaan salji tetapi akhirnya untuk memenuhi permintaan kami, pihak agen pelancongan telah menukarkan kenderaan kepada kenderaan 4WD setelah cuaca menjadi semakin baik selepas tengahari.

7-Lakes ditutup di musim sejuk dan baru sahaja dibuka untuk kunjungan. Salji sepatutnya sudah habis musim. Kami menjadi rombongan pertama yang mengunjung 7-Lakes sebaik saja ianya dibuka, Musim popular untuk berkunjung ke 7-Lakes adalah pada musim panas (April/Mei) di mana akan ada ramai pelancong turun naik. Untungnya kami, walaupun dalam keadaan bersalji, perjalanan kami adalah naik-turun 7-Lakes adalah lengang.

TIPS - Sekiranya ingin ke 7-Lakes, pastikan anda sempurnakan "nature call" dahulu kerana di atas sana tidak ada fasiliti untuk nature call. Sekiranya terpaksa, kena buat secara nature di sebalik batu-batan. Satu-satunya tandas awam yang ada sebelum memulakan perjalanan naik (off road) hanyalah untuk yang berjiwa kental kerana anda mungkin tidak terasa lagi untuk nature call setelah melihat tandas yang ada.

7-Lakes ada 7 buah tasik, dan kenderaan boleh naik hingga tasik ke 6. Tasik ke 7 perlu berjalan kaki untuk sampai. Kami tidak sampai ke Tasik 7, kerana terhalang oleh cuaca salji. Di Tasik ke 6 lagi cuaca menjadi sangat sejuk dan berangin kencang selain dari dilitupi salji.

Foto-foto 7-Lakes di waktu cuaca sejuk bersalji adalah agak jarang diperolehi. Kebanyakan foto diambil pada musim panas. (susunan photo di bawah ini agak berterabur, ianya lebihkurang sususan dari atas, Tasik 6 hingga ke bawah, Tasik 1)


Tajikistan, di bawah empayar Rusia telah mendapat kemerdekaannya pada tahun 1991 setelah terlerainya Soviet Union. Sejarah Tajik boleh dibaca di sini.

Kami bermalam di Panjakent setelah kunjungan ke 7-Lakes. Sebelum kami masuk semula ke Uzbekistan, kami berkunjung ke muzium dan membeli belah di bazar. Kami masuk semula ke Uzbekistan jam 2 petang, urusan cross border adalah lancar bagi kami. Kami merasakan sambutan ceria dan mesra dari orang-orang Tajik dalam masa 2 hari 1 malam kami di sini. Majoriti daripada mereka adalah muslim, soal makanan halal tidak menjadi masalah.


TIPS - Perbelanjaan di sini adalah secara tunai. Kami tukar USD kepada Somoni di money changer (di bazar). RM1 lebihkurang bersamaan dengan 2.40 Somoni. Untuk tukar balik Somoni kepada USD, memerlukan paspot dengan dokumen terjemahan (ataupun minta orang tempatan tukarkan menggunakan paspot mereka). Kami tidak dapat lakukan pertukaran semula Somoni kepada USD di money changer dan bank. Kami tukar balik matawang Somoni di sempadan (sebelah Tajikistan) dengan peraih matawang di mana kadar pertukarannya tidak banyak beza.

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...