Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Showing posts with label Lillehammer. Show all posts
Showing posts with label Lillehammer. Show all posts

Thursday, 17 August 2023

Norway Trip Day 17 - Lillehammer (Mei/Jun 2023)

Ini adalah perjalanan paling jauh trip Norway kami, hampir 400km jarak perjalanan. Satu lagi papan tanda kreatif jalanraya Norway, bermaksud "Berkongsi jalanraya/Share the road"

Di Lillehammer, kami menempah homestay. Tuan punya rasanya orang Rusia. Kami hanya semalam di sini. Sampai petang, esok paginya check out untuk bersiar-siar di bandar Lillehammer.




Homestay yang kami inap berada di kawasan tanah yang agak tinggi.



Terjunan ski (giant slalom)  yang dibina untuk sukan Olimpik musim sejuk 1994, tidak jauh dari pusat bandar Lillehammer.



Sebelum bertolak ke tempat penginapan seterusnya, kami ziarah The Norwegian Road Museum. Kami bersiar-siar di bahagian luar museum sahaja, tidak berminat untuk masuk ke dalam. Taman untuk beriadah disediakan, kami dapati lebih ramai orang bersantai daripada menziarahi museum.


Dalam perjalanan kami ke penginapan seterusnya, kami singgah sekejap di kawasan ini untuk menikmati pemandangannya. Bangunan bewarna oren itu adalah tandas awam di kawasan rehat. Ianya percuma.



Kami sampai ke tempat penginapan di Gardemoen, Comfort Hotel RunWay, sebelah petang. Esoknya kami hantar pulang kereta sewa di lapanganterbang Oslo Gardemoen, sebelum menziarahi bandar Oslo dengan pengankutan awam.

TIPS - Untuk mengelakkan caj petrol yang lebih mahal, kita isi penuh tangki sebelum menghantar pulang kereta. Rata-rata kami survey stesen minyak kawasan ini menawarkan harga dalam NOK23/24 se liter. Jadi kami check waze, dekat icon stesen minyak, ia paparkan stesen-stesen minyak yang berdekatan dengan paparan harga sekali. Kami jumpa sebuah stesen minyak, tidak berapa jauh dari hotel/lapanganterbang yang menawarkan harga bawah dari NOK20 se liter. Bila kami ke sana, memang benar harga yang ditawarkan sama dengan harga yang dipaparkan dalam waze.

Monday, 14 August 2023

Norway Trip Day 16 - Trondheim to Lillehammer (Mei/Jun 2023)

 
Ini adalah perjalanan kami yang paling jauh (lebih 350km) dalam trip Norway kali ini. Jam 8 pagi dah siap hendak bertolak dari Trondheim, juga untuk mengelak dari membayar pakir kereta yang mahal.



Sebelum berhenti di Oppdal, kami singgah di sebuah stesen minyak, ingat untuk minum kopi tapi belum buka lagi. Jadi kami isi minyak saja (walaupun tangki ada lebih separuh lagi) kerana tengok harga seliter tu dalam lingkungan target harga kami.

Oppdal


Laluan ke Sohlbergplassen bukanlah dalam rancangan kami, tetapi kami nampak ada tanda "scenic route" apabila nak sampai ke suatu persimpangan. Check waze, laluan ini melencong dari jalan utama yang kami sedang lalui tapi kemudian akan bertemu balik nanti dihujung. Kena buat sikit perjalanan patah-balik untuk memasukki laluan yang sedang kami lalu.

Masa masih banyak, lalu kami melencong ke jalan tersebut. Ada beberapa tempat pandangan yang menarik kami berhenti di sepanjang lencongan ini. Salahsatu tempat itu, di Sohlbergplassen, disediakan pelantar tinjau yang menjadi tumpuan pelancong. Semasa kami sampai, terdapat beberapa kumpulan pelancong juga berhenti di sini.

Sohlbergplassen


Lain-lain tempat di sepanjang perjalanan



Menghampiri bandar Lillehammer, kami singgah dulu di Hafjell, di mana acara terjunan ski (giant slalom) sukan Olimpik Musim Sejuk 1994 dilangsungkan.

Hafjell



Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...