Jakarta memang terkenal dengan pusat membeli-belah.
Wikipedia menyenaraikan puluhan tempat membeli-belah di Jakarta. Dari produk biasa hingga kepada mewah, keluaran tempatan mahupun luar negara. Pertama kali mengunjungi Jakarta, saya cuma sempat mengunjungi beberapa tempat, yang selalu disebut-sebut orang Malaysia yang pernah kesana...
Tanah Abang -Pasar yang tertua di Jakarta. Ada Blok A dan Blok B. Merupakan pusat jualan secara borong. Jika membeli 3 helai atau lebih akan dapat potongan harga. Sesak dengan pengunjung tempatan, dan jalan sentiasa jam setiap hari, tidak mengira masa. Saya hanya sempat ke Blok A. Kain ela di Lantai B2, pakaian kanak-kanak di Lantai G kurang menarik tumpuan saya. Jika berpeluang lagi ke Jakarta, tempat ini bukan lagi pilihan saya.
Lantai B2 menjual fabrik dan kain ela
Ramainya...menunggu hujan reda
Pasar Mayestik - Alamat Jl. Kiyai Maja, Gunung Village, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan.
Pusat menjual fabrik. Terdapat banyak kedai menjual bermacam jenis kain ela seperti cotton, chifon, lace, lycra dan lain-lain, samada yang murah atau mahal, bergantung kepada bajet masing-masing. Kain langsir pun ada. Ada toko yang boleh tawar menawar dan ada meletakkan harga tetap. Di buka seawal 8.30 pagi. Masa seharian belum tentu cukup bagi penggemar kain untuk menjelajah kesemua kedai. Antara toko ialah Silk Route, Toko Ikobana di Jalan Tebah III.
Kain lace dari harga rp40,000 hingga rp300,000 semeter.
(rp100,000 = rm32)
Thamrin City - Jl Thamrin Bulevard, Jakarta Central
Berdekatan dengan Plaza Indonesia. Banyak pilihan busanan muslimah. Mesti pandai tawar menawar. Yang tak bagi bye2 je lah..cari je kat kedai lain.
Sarinah Plaza - Produk tempatan seperti batik, telekong, busana muslim dan hasilan perak . Harga mungkin mahal sikit jika berbanding Tanah Abang
dan semestinya quality juga berbeza. Corak dan design juga ekslusif. Contohnya saya membeli telekong bercorak batik, nampak kelainan dari telekong yang selalu dibeli. Kebetulan ada sale, dapatlah potongan harga 20%. Saya suka ke sini kerana banyak pilihan.. moden dan local, di bawah satu bumbung.
Antara yang dibeli..kain pelekat, kain telekong sangat selesa digunakan, baju untuk anak-anak.
Epicentrum Walk -
Hanya 2-3 minit berjalan kaki dari
Aston Rasuna Hotel. Menjual produk kraf seperti batik dan busana. Sempat makan malam di Restoran Dapoer Malayu dan berkenalan dengan pemilik restoran, Nana yang peramah dan baik hati. Ada nasi lemak, roti canai dan juga masakan padang yang menepati citarasa, dengan harga yang berpatutan.
Dapoer Melayu di Aras 1, Epiwalk
Hasrat untuk ke
Mangga Dua tidak kesampaian kerana banjir dan dinasihati oleh pemandu teksi supaya tidak ke sana, memandangkan keadaan jalan jam dan hanya membuang masa sahaja.
Pesan Nana, berbelanja di Jakarta haruslah bijak. Tahu apa yang hendak dibeli dan dimana tempatnya. Mesti pandai tawar menawar..
.mula dengan 60%. Pasar-pasar seperti ITC Mangga Dua, Pasar Baru, Tanah Abang, Blok M di tutup sekitar jam 5 petang. Manakala mall atau pasaraya seperti Sarinah, Plaza Indonesia, Mangga Square ditutup jam 10 malam.
Catatan ini sekadar pandangan peribadi saya, yang mungkin berbeza bagi orang lain.