Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Saturday, 13 February 2016

Winter di Tokyo, Harajuku

30 Disember, 2015


Harajuku

Masa datang ke sini bulan April/Mei dulu, tidak sempat round sebab masa tu hari dah gelap dan kaki pun sakit.



Di luar stesen ini terus nampak Takeshita Street (tumpuan anak-anak muda Jepun) yang sentiasa penuh dengan orangramai...







Ketagih 100 Yen.. samada Daiso..  Can Do..  atau 100 Yen shop pasti MF tak lepaskan peluang mengajak masuk.. yang dituju ialah bahagian alatan stationary.  teruja mengumpul pemadam yang bermacam rupa,  Jika di Kl barangan Daiso nilainya RM5.60, dan di sini pula RM3.80..




antara koleksi pemadam Japan

Crepe.. ada beberapa kedai menjual crepe.. macam-macam jenis.. datang 2-3 kali beli crepe ni.. sebab sedap sangat..



Hampir ke hujung jalan yang penuh orang ini, ada satu kedai makan Kebab Halal. Kami beli bungkus dan makan tepi jalan...



Thursday, 11 February 2016

Winter di Japan, Shibuya

30 Disember, 2015

Inilah stesen permulaan kami bila nak ke mana-mana di sepanjang percutian ini, dalam 200m berjalan kaki dari apartment.





Shibuya


Di Shibuya, kami tuju ke kawasan tugu peringatan Hachiko dan Shibuya Crossing. Sesampainya di stesen, tinjau peta dulu untuk tahu arah perjalanan.  Hachiko yang popular.. ramai yang menunggu giliran untuk bergambar dengannya..  kami sekadar curi-curi peluang mengambil gambarnya..



Hachiko, the world's most loyal dog... ringkasan ceritanya :-
"Hachikō was an Akita dog born on a farm near the city of Ōdate, Akita
Prefecture, Japan who is remembered for his remarkable loyalty to his
owner which continued for many years after his owner's death.
"
lagi mengenai Hachiko di sini.. Wikipedia



Foto Hachiko sebelum disemadikan


Shibuya Crossing

Kami ke sini untuk memerhatikan dan mengalami sendiri kesibukan orangramai menyeberang jalan. Pagi-pagi masih belum begitu 'havoc' lagi







Meninjau Shibuya..












Dua orang pergi shopping....






Dua orang lagi masuk cat cafe.. Hapineko

Beberapa peraturan mesti dipatuhi dan kebersihan sangatlah diutamakan. Basuh (sabun dan sanitizer) tangan sebelum dan selepas menyentuh kucing-kucing. Kucing yang dipakaikan kolar, tidak dibenarkan disentuh/dipegang .... katanya samada kucing tu masih "stress" atau sedang "recovering".. Kucing yang masih "demam-demam" tidak dibawa keluar ke ruang cafe.

Seronok sangat Theha bermain dengan kucing2 itu sampaikan masa 30 minit terasa sekejap saja.. bayaran yang dikenakan Yen1,050 untuk setengah jam seorang, termasuk minuman, sedikit biskut dan cokelat.




 








Kucing yang ini agak special.. mencuri perhatian.. sepanjang di cat cafe ini. Beberapa kali ia panjat dan duduk di depan poster kucing  dan merenung lama.. adalah dalam 5 minit duduk diam merenung poster tu setiap kali...


Tengahari kami ke Shinjuku Station untuk plan lawatan keesokan harinya ke Hakone. Ini "Travel Desk" di stesen Shinjuku (Odakyu Line), tempat di mana kami menempah Hakone Free Pass.




Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...