Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Monday, 10 February 2014

MADRID, Spain

Tidak mampu mengenali bandar raya Madrid dalam masa dua hari berkunjung.. sekadar bersiar-siar kosong dan tidak banyak homework dibuat sebelum ke sini.  Selepas mengembalikan kereta di Airport Madrid, kami membeli pas sehari pelancong untuk bersiar-siar sekitar Madrid.  Tak susah untuk memahami pengangkutan awam Metro untuk kemana-mana..
Kami menaiki Metro Line 7, berhenti di station Barrio de la Concepcion dan 7 minit berjalan kaki untuk ke Islamic Cultural Center.  Sepatutnya ada restoran Arab Al-Zahra tetapi ditutup, cuma cafe yang beroperasi, dengan menu ringkas sandwich dan minuman.

selamat pagi Madrid...
di dataran Plaza Mayor

marcado (market) de San Miguel
sesaknya pengunjung di market de San Miquel









Islamic Cultural Center of Madrid
pameran Alquran daripada pelbagai bahasa
ruang solat muslimah di tingkat atas
Theha mesra bersama makcik Moroco

Laluan Metro Line 7 berhenti di station Barrio de la Concepcion
untuk ke Islamic Cultural Center of Madrid
Bernabeau Stadium - kelab bolasepak Real Madrid


Tarikh Berkunjung: 30.12.2013

Thursday, 6 February 2014

Mezquita-Cathedral CORDOBA, Spain


taman diperkarangan Mosque-Cathedral of Cordoba
sementara menunggu waktu melawat bermula..
mama.. posing sana sini; ayah.. klik-klik untuk update status fb; adik.. berangan dengan Angie; abang... si fotografer...




...hatiku hiba di masjid Cardoba..




...ciri-ciri Islam yang masih dikekalkan..





 apakah lukisan ini cuba menggambarkan zaman kejatuhan Islam,
 dimana orang-orang Islam terpaksa tunduk kepada pemimpin kristian.
..bila kristian menakluki Andalusi pada tahun 1236, masjid ditukar menjadi gereja..
beberapa sudut masjid yang masih digunakan sebagai gereja


banyak kedai yang menjual cenderamata di luar kawasan masjid


flower street yang cuma sejengkal panjangnya



jambatan merentasi sungai Guadalquivir di hadapan mezquita-catedral

gahnya tembok bangunan masjid ini

Pemimpin Islam yang bertanggung-jawab terhadap pembinaan masjid Cordoba...
Abd Al-Rahman I (789);  Hisham I (796);  Abd Al-Rahman II (833-848); Abd Allah (912);
Abd Al-Rahman III (952-958);  Al-Hakam II (961);  Al-Manzor Ibn Abi Aamir (976).
Selama 800 tahun Islam bertapak di Andalusi dan pada abad ke-14 dikuasai oleh Kristian.  Walaupun banyak ciri-ciri Islam yang telah dihapus tetapi mereka tak dapat memadamkan kesemuanya.. ciri-ciri asal masjid masih dikekalkan.. mempunyai 850 tiang granit dan marmar dihubungkan dengan gerbang batu merah dan bata merah dan putih, yang merupakan tipikal senibina khalifah Cordoba.

Pagi-pagi lagi kami telah sampai ke sini supaya senang mendapatkan parking.  Parking awam d luar kawasan masjid ada disediakan tetapi susah mendapati kosong kerana berkongsi dengan penduduk sekitarnya.  Kalau ada pun had masa yang dibenarkan cuma 2 jam.  Tempoh 2 jam tentulah tidak cukup untuk bersiar-siar, jadi kami meletak kereta di kawasan parking berbayar swasta di dalam bangunan.  Masa kami sampai banyak lagi yang kosong, kalau lambat tentulah telah penuh... kena berbaris dan tunggu bila ada kereta keluar barulah boleh masuk.

Menghala ke utara masjid, tak jauh berjalan kaki melalui lorong-lorong yang sempit ke bandar lama pendudukan Jewish dan Plaza de Las Tendillas. Banyak kedai yang menjual cenderamata.

statue at Jewish Quarter (sumber)
Antara tarikan lain di Cardoba ialah istana Madinah al-Zahra yang dibina pada abad ke-10 oleh Abd al-Rahman III di zaman kegemilanganya, yang mengkagumkan tetamunya dengan bilik yang disemat berlian dan mata air raksa yang disangkakan cecair perak.

Tarikh berkunjung; 28 Dec 2013

Sunday, 2 February 2014

Berkereta kuda di SEVILLE, Spain


Plaza de Toros, tempat acara laga lembu


park and walk..di bandar Seville

geramnya... boleh ambik tak..
banyak pokok oren sebagai pokok hiasan di tepi-tepi jalan


Universidad of Sevilla, yang dulunya ialah kilang tembakau dibina antara tahun 1728-1771

...nak kemana..biar Theha yang bawakan..




Aktiviti di Maria Luisa Park, berdekatan dengan Plaza de Espana








Plaza de Espana


...siapa kata tak mampu menyentuh pelangi...

Palacio de San Telmo

Murallas del Alcazar


Plaza de America

Catedral Giralda

Torre del Oro (Gold Tower), menara tinjau tentera ditepi sungai Guadalquivir

Pandangan dari kamar hotel..
 Hotel Exe Isla Cartuja berkongsi bangunan dengan Cartuja Stadium @ Olimpic Stadium


...bestnya kalau dapat berlari kat padang tu...ada yang berangan...




Seville merupakan sebuah bandar yang terbesar di komuniti autonomi Andalusia, bandar lama yang sangat cantik dan mengkagumkan.  Bangunan lama dengan arkitektur senibina dan rekabentuk Islam Moorish, yang menguasai Andalusia selama 800 tahun.  Samada bercadang untuk meneroka secara berjalan kaki, mengambil bus tour, menyusuri dataran sungai Guadalquivir dengan feri, atau berkereta kuda.  Bayaran rasmi euro45 untuk sebuah kereta kuda cukup untuk kami berempat, bersiar-siar selama 1.5 jam.

Sungai Guadalquivir, sungai kedua terpanjang di Sepanyol mengalir sehingga ke Cordoba, membahagi bandar kepada dua iaitu Seville dan Triana, dihubungkan oleh beberapa jambatan yang lama dan baru seperti Puenta de Isabel (Triana Bridge) 1852; Puenta de San Telmo 1931; Puente de Cachorro 1991; Pasarela de la Cartuja 1991.

Triana Bridge
Restoran makanan halal tak susah mencarinya, yang kami jumpa ialah restoran Lubnan dan Moroco. Tapi yang susahnya untuk mendapatkan parking.  Bila dapat.. parking dan berjalanlah walaupun jauh. Tempat parking awam ditandakan dengan garisan warna biru.  Hari kedua disini, kami mencari restoran dipinggir bandar.. makanannya ok.. dua menu tak mampu nak habiskan semua.  Tak jauh dari sini ialah Stadium Seville dan pasaraya el-corte ingles yang memberikan 10% diskaun kepada pelancung dan 18% VAT rebet.








Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...