Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Sunday, 2 February 2014

Berkereta kuda di SEVILLE, Spain


Plaza de Toros, tempat acara laga lembu


park and walk..di bandar Seville

geramnya... boleh ambik tak..
banyak pokok oren sebagai pokok hiasan di tepi-tepi jalan


Universidad of Sevilla, yang dulunya ialah kilang tembakau dibina antara tahun 1728-1771

...nak kemana..biar Theha yang bawakan..




Aktiviti di Maria Luisa Park, berdekatan dengan Plaza de Espana








Plaza de Espana


...siapa kata tak mampu menyentuh pelangi...

Palacio de San Telmo

Murallas del Alcazar


Plaza de America

Catedral Giralda

Torre del Oro (Gold Tower), menara tinjau tentera ditepi sungai Guadalquivir

Pandangan dari kamar hotel..
 Hotel Exe Isla Cartuja berkongsi bangunan dengan Cartuja Stadium @ Olimpic Stadium


...bestnya kalau dapat berlari kat padang tu...ada yang berangan...




Seville merupakan sebuah bandar yang terbesar di komuniti autonomi Andalusia, bandar lama yang sangat cantik dan mengkagumkan.  Bangunan lama dengan arkitektur senibina dan rekabentuk Islam Moorish, yang menguasai Andalusia selama 800 tahun.  Samada bercadang untuk meneroka secara berjalan kaki, mengambil bus tour, menyusuri dataran sungai Guadalquivir dengan feri, atau berkereta kuda.  Bayaran rasmi euro45 untuk sebuah kereta kuda cukup untuk kami berempat, bersiar-siar selama 1.5 jam.

Sungai Guadalquivir, sungai kedua terpanjang di Sepanyol mengalir sehingga ke Cordoba, membahagi bandar kepada dua iaitu Seville dan Triana, dihubungkan oleh beberapa jambatan yang lama dan baru seperti Puenta de Isabel (Triana Bridge) 1852; Puenta de San Telmo 1931; Puente de Cachorro 1991; Pasarela de la Cartuja 1991.

Triana Bridge
Restoran makanan halal tak susah mencarinya, yang kami jumpa ialah restoran Lubnan dan Moroco. Tapi yang susahnya untuk mendapatkan parking.  Bila dapat.. parking dan berjalanlah walaupun jauh. Tempat parking awam ditandakan dengan garisan warna biru.  Hari kedua disini, kami mencari restoran dipinggir bandar.. makanannya ok.. dua menu tak mampu nak habiskan semua.  Tak jauh dari sini ialah Stadium Seville dan pasaraya el-corte ingles yang memberikan 10% diskaun kepada pelancung dan 18% VAT rebet.








No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...