Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Thursday, 6 February 2014

Mezquita-Cathedral CORDOBA, Spain


taman diperkarangan Mosque-Cathedral of Cordoba
sementara menunggu waktu melawat bermula..
mama.. posing sana sini; ayah.. klik-klik untuk update status fb; adik.. berangan dengan Angie; abang... si fotografer...




...hatiku hiba di masjid Cardoba..




...ciri-ciri Islam yang masih dikekalkan..





 apakah lukisan ini cuba menggambarkan zaman kejatuhan Islam,
 dimana orang-orang Islam terpaksa tunduk kepada pemimpin kristian.
..bila kristian menakluki Andalusi pada tahun 1236, masjid ditukar menjadi gereja..
beberapa sudut masjid yang masih digunakan sebagai gereja


banyak kedai yang menjual cenderamata di luar kawasan masjid


flower street yang cuma sejengkal panjangnya



jambatan merentasi sungai Guadalquivir di hadapan mezquita-catedral

gahnya tembok bangunan masjid ini

Pemimpin Islam yang bertanggung-jawab terhadap pembinaan masjid Cordoba...
Abd Al-Rahman I (789);  Hisham I (796);  Abd Al-Rahman II (833-848); Abd Allah (912);
Abd Al-Rahman III (952-958);  Al-Hakam II (961);  Al-Manzor Ibn Abi Aamir (976).
Selama 800 tahun Islam bertapak di Andalusi dan pada abad ke-14 dikuasai oleh Kristian.  Walaupun banyak ciri-ciri Islam yang telah dihapus tetapi mereka tak dapat memadamkan kesemuanya.. ciri-ciri asal masjid masih dikekalkan.. mempunyai 850 tiang granit dan marmar dihubungkan dengan gerbang batu merah dan bata merah dan putih, yang merupakan tipikal senibina khalifah Cordoba.

Pagi-pagi lagi kami telah sampai ke sini supaya senang mendapatkan parking.  Parking awam d luar kawasan masjid ada disediakan tetapi susah mendapati kosong kerana berkongsi dengan penduduk sekitarnya.  Kalau ada pun had masa yang dibenarkan cuma 2 jam.  Tempoh 2 jam tentulah tidak cukup untuk bersiar-siar, jadi kami meletak kereta di kawasan parking berbayar swasta di dalam bangunan.  Masa kami sampai banyak lagi yang kosong, kalau lambat tentulah telah penuh... kena berbaris dan tunggu bila ada kereta keluar barulah boleh masuk.

Menghala ke utara masjid, tak jauh berjalan kaki melalui lorong-lorong yang sempit ke bandar lama pendudukan Jewish dan Plaza de Las Tendillas. Banyak kedai yang menjual cenderamata.

statue at Jewish Quarter (sumber)
Antara tarikan lain di Cardoba ialah istana Madinah al-Zahra yang dibina pada abad ke-10 oleh Abd al-Rahman III di zaman kegemilanganya, yang mengkagumkan tetamunya dengan bilik yang disemat berlian dan mata air raksa yang disangkakan cecair perak.

Tarikh berkunjung; 28 Dec 2013

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...