Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Monday, 20 August 2018

Iceland Jun 2018 - Stöðvarfjörður ke Svalbardseyri

Day 5 - 28/6 Khamis : STODVARFJORDUR - AKUREYRI (460km)

Pagi hari di Solveig & Josef's Place, Hólaland 18, homestay penginapan kami di Stöðvarfjörður sebelum bertolak untuk meneruskan perjalanan ke Akureyri.

 

Kabus agak tebal semasa keluar dari pekan Stöðvarfjörður.


Berhenti untuk sarapan pagi on the go di satu tempat bernama Stuolaheidi

 

Melewati bandar/pekan Fáskrúðsfjörður dan Egilsstaðir, tetapi tidak singgah untuk menjelajah. Fjaðrárgljúfur yang terkenal dengan keindahan canyon pun kami abaikan, mengambil kira jika singgah perlukan sekurang-kurangnya masa selama 2 jam.  Untuk perjalanan hari ini, beberapa itinerari telah kami abaikan, cuma singgah di mana-mana tempat yang menarik perhatian sahaja di sepanjang jalanraya.  Egilsstaðir merupakan penempatan terbesar di bahagian Iceland Timur dengan bilangan populasinya seramai 2,306 orang (bancian 2016).


Tidak tahu apa nama tempat, tetapi waktu ini memandu di aras yang agak tinggi, nampak macam cantik, lalu melencong keluar jalanraya untuk singgah di sini.


Pembentukan awan di situ nampak cantik ..


Cuba juga basahkan tangan dan sapu muka dengan air jernih yang sejuk ini..


Ni satu lagi tempat di tepi jalanraya yang kami singgah. Tak tau apa nama tempat ini.


'Kerusi king' diletakkan di kawasan pakir.. boleh guna untuk posing foto dengan background bukit dan gunung glacier.. 


Singgah di jambatan ini sebelum melencong masuk jalan gravel untuk ke Dettifoss..


Kemudian barulah melencong masuk ke jalan 3 digit (jalan 864) melalui jalan gravel sejauh 31km, penuh dengan batu-batu kiri kanan sebelum sampai ke kawasan pakir Dettifoss bahagian timur.  Di seberang waterfall sebelah sana pun ada juga pakir, tapi pakir dikawasan timur ini lagi cantik pemandangannya.  Dari tempat pakir untuk sampai kepinggiran air terjun perlu berjalan melalui kawasan berbatu sejauh 1km.


Dari kawasan pakir, berjalan menuruni lurah untuk hampir ke pinggir air terjun Dettifoss

 
  

Kami selesai di Dettifoss hampir jam 1.30pm, keluar semula ikut jalan gravel tadi untuk sampai semula ke jalanraya bertar. Kereta sudah tak nampak rupa kerana diselaputi debu tebal. Cari stesen minyak untuk sembur kereta dulu. 


Kami ke destinasi seterusnya, kawasan tanah tinggi untuk meninjau Lake Myvatn dari atas sebelum turun meninjau Dimmuborgi, kawasan batuan besar yang terbentuk dari lava. Di sini diceritakan pasal Yule Lads yang tinggal dalam gua-gua lava di sini. Dan yang banyak diceritakan (buat pelancong) adalah mengenai 13 Yule Lads, lebihkurang macam Santa Claus sewaktu sambutan krismas.


Skútustaðagígar pula adalah kawah-kawah yang terbentuk dari wap panas apabila lava mengalir ke atas air/tasik-tasik kecil. Kawasan ini popular untuk melihat spesis-spesis burung.


Meneruskan perjalanan menuju ke tempatan penginapan di Svalbardseyri, kami singgah di satu lagi kawasan tumpuan orangramai, Godafoss, "Waterfall of the gods"

 
 

Perjalanan menuju ke tempat penginapan di pekan Svalbardseyri yang terletak tidak berapa jauh dari bandar Akureyri.

  


Menghampiri Svalbardseyri..

 

A Friendly Cottage, Smaratun 5, Svalbardseyri - Kami menginap di sini selama 2 malam untuk experience midnight sun.  

Lokasi ini adalah lebih ke utara Iceland di mana cahaya matahari lebih panjang. Waktu maghrib waktu kami ada di sini masuk pada jam 12.45 selepas tengahmalam, waktu Isya jam 1:02pagi sementara Subuh pula masuk jam 1:46pagi. Langit tidak nampak gelap pun sepanjang hari di sini. Masa foto-foto di bawah diambil  jam pun sudah menunjukkan hampir 9 malam (walaupun jam 'mati' di dinding menunjukkan 1:35 😂)

 
 
 

Ringkasan perjalanan hari ini..




Thursday, 9 August 2018

Iceland Jun 2018 - Lambafell ke Stöðvarfjörður

Day 4 - 27/6 Rabu : Lambafell ke Stöðvarfjörður (515km)

Sebelum memulakan perjalanan hari ini, bangun awal pagi untuk menikmati udara segar dan nyaman di pagi hari di sekitar kawasan penginapan Welcome Holiday Home.  Hari ini kami akan memandu agak jauh untuk sampai ke penginapan seterusnya, berbanding hari-hari yang lain.


Destinasi pertama hari ini, Vik, kawasan penempatan/perkampungan berhadapan laut yang paling ke selatan Iceland.


Cuba mendaki bukit dengan kereta untuk mendapatkan pandangan aerial, tetapi hanya memandu sampai separuh bukit sahaja kerana kereta nampaknya tidak sesuai untuk sampai ke puncak bukit (perlu kenderaan 4WD). Lagipun bimbang takut-takut berlaku kerosakan kepada kereta yang sememangnya tidak sepatutnya dipandu di jalan-jalan offroad seperti itu.


 Dyrholaey, yang membawa makna "the hill island with the door hole" - shot dari jauh..


Tidak jauh dari situ, kami ke Reynisfjara beach, pantai pasir/manik hitam.


Pasirnya terasa macam manik-manik halus bila digenggam, tidak terasa macam pasir yang melekat di tangan.

 

Pemandangan semasa berjalan kaki sebelum tiba di kawasan tepi pantai.

 
 
 

Hentian seterusnya, Laufskálavarða, salah satu tempat di mana batu-batu kecil (ataupun besar) disusun. Ia merupakan suatu tradisi orang Iceland, bertujuan 'menunjukkan jalan / arah' kepada pengembara-pengembara yang melewati kawasan dengan cara menyusun batu-batu.

 

Sedikit sejarah mengenainya..


Batu yang disusun ini juga ada di kawasan-kawasan lagi sepanjang memandu kereta, tidak hanya tertumpu di kawasan Laufskálavarða ini sahaja.

 
 
  

Selepas itu, cadangnya nak masuk ke kawasan penempatan Kirkjubæjarklaustur, tetapi pandu-arah waze menunjukkan jalan yang tidak dapat dilepasi oleh kereta. Tidak berusaha mencari jalan lain, kami terus memandu dan ternampak pemandangan batu-batan semacam diliputi lumut tebal hijau. Lalu berhenti di kawasan perhentian untuk meninjau sekejap.


Melewati Haoldukvisl, sebelum sampai ke Skaftafell. Jalan yang lurus dengan pemandangan glacier yang cantik.

 

Berhenti rehat seketika ....


Kemudian kami sampai ke Skaftafell/Vatnajökull National Park, tetapi kami tidak menjelajahi taman negara ini kerana kesuntukan masa. Di sini, masuk ke kawasan pakir kereta akan dikesan dengan kamera, di mana bayaran pakir akan dikenakan. Kami tidak masuk ke kawasan pakir, tetapi terus ke bahagian tourist information (tiada tempat pakir disediakan, kecuali pakir bas). Bertenggek tepi jalan sekejap, untuk mendapatkan maklumat. Setelah tahu bagaimana caranya operasi pakir kereta dan masa yang diperlukan untuk menjelajah taman ini, kami buat keputusan untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

Untuk meninjau di sini memerlukan masa sekurang-kurangnya 2.5 jam.  Berjalan kaki ke air terjun Svartifoss yang sejauh 1.8km mengambil masa 45 minit, atau 90 minit pergi/balik.  Di sini juga terdapat pakej tour untuk glacier hiking.  Kami tidak membuat perancangan awal untuk singgah lama di sini.


Singgah di tasik/lagoon glacier Fjallsárlón

 
 
 
  

Lebihkurang 10km dari tasik glacier Fjallsárlón, kami ke tasik glacier yang lebih besar, Jökulsárlón, bersebelahannya terdapat kawasan pantai tumpuan ramai, Diamond Beach.

 
 

Diamond beach, banyak ketulan/bongkah ais yang besar hanyut ke tepi pantai..


 
 
 
 
  

Sebab dipanggil 'Diamond beach'..?  (tqvm kerana datang sejauh ini untuk hadiahkan "diamond" yang cantik ini sebagai hadiah ulang tahun... 😍😃)


Kami bercadang untuk makan tengahari di Hofn, tapi dah terbabas dengan perancangan masa, kami sampai di Hofn dah hampir jam 4pm.  Tanpa membuat carian awal restoran yang hendak dituju, akhirnya kami berhenti di  Kaffi Hornid Höfn untuk menikmati lobster dan langoustine pasta.  Bandar Hofn terkenal dengan hidangan lobster kecilnya, tapi hidangan di restoran itu biasa-biasa sahaja dan agak masin. 

Makanan yang kami order di sini..


Selepas bandar Hofn, kami akan memandu melalui kawasan fjords, jalanraya yang dilalui agak berliku dan banyak selekoh untuk sampai ke tempat penginapan malam ini.  Kami melewati pekan Djúpivogur (populasi bawah dari 500 orang) dan Breiðdalsvík (populasi bawah dari 200 orang). Selepas Djúpivogur kami mula menyusur keluar dari jalanraya 1, melalui jalan dua angka dan tiga angka.  Jalan antara dua pekan kecil ini tidak bertar (gravel road), kena cermat memandu, tidak laju sangat kerana kereta akan senang tergelincir. Jalanraya yang bertandakan 3 angka di Iceland ini, selalunya akan tidak bertar (gravel road) apabila memasuki kawasan pekan kecil/pendalaman.  Awas.. kekadang ada juga biri-biri melintas jalan.

Jalan tepi laut, di tepi lereng semasa menuju ke pekan Djúpivogur... seriau juga co-driver di sebelah..


Bila ada tempat yang boleh berhenti...


Mula memasuki kawasan pekan kecil.. bukit ini hampir berbentuk piramid...


Jalan tidak bertar....



Akhirnya, jam 8pm lebih kami sampai di tempat penginapan untuk semalaman di Solveig & Josef's Place, Hólaland 18, Stöðvarfjörður.


Ringkasan perjalanan hari ini..




Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...