Day 4 - 27/6 Rabu : Lambafell ke Stöðvarfjörður (515km)
Sebelum memulakan perjalanan hari ini, bangun awal pagi untuk menikmati udara segar dan nyaman di pagi hari di sekitar kawasan penginapan Welcome Holiday Home. Hari ini kami akan memandu agak jauh untuk sampai ke penginapan seterusnya, berbanding hari-hari yang lain.
Destinasi pertama hari ini, Vik, kawasan penempatan/perkampungan berhadapan laut yang paling ke selatan Iceland.
Cuba mendaki bukit dengan kereta untuk mendapatkan pandangan aerial, tetapi hanya memandu sampai separuh bukit sahaja kerana kereta nampaknya tidak sesuai untuk sampai ke puncak bukit (perlu kenderaan 4WD). Lagipun bimbang takut-takut berlaku kerosakan kepada kereta yang sememangnya tidak sepatutnya dipandu di jalan-jalan offroad seperti itu.
Dyrholaey, yang membawa makna "the hill island with the door hole" - shot dari jauh..
Tidak jauh dari situ, kami ke Reynisfjara beach, pantai pasir/manik hitam.
Pasirnya terasa macam manik-manik halus bila digenggam, tidak terasa macam pasir yang melekat di tangan.
Pemandangan semasa berjalan kaki sebelum tiba di kawasan tepi pantai.
Hentian seterusnya, Laufskálavarða, salah satu tempat di mana batu-batu kecil (ataupun besar) disusun. Ia merupakan suatu tradisi orang Iceland, bertujuan 'menunjukkan jalan / arah' kepada pengembara-pengembara yang melewati kawasan dengan cara menyusun batu-batu.
Sedikit sejarah mengenainya..
Batu yang disusun ini juga ada di kawasan-kawasan lagi sepanjang memandu kereta, tidak hanya tertumpu di kawasan Laufskálavarða ini sahaja.
Selepas itu, cadangnya nak masuk ke kawasan penempatan Kirkjubæjarklaustur, tetapi pandu-arah waze menunjukkan jalan yang tidak dapat dilepasi oleh kereta. Tidak berusaha mencari jalan lain, kami terus memandu dan ternampak pemandangan batu-batan semacam diliputi lumut tebal hijau. Lalu berhenti di kawasan perhentian untuk meninjau sekejap.
Melewati Haoldukvisl, sebelum sampai ke Skaftafell. Jalan yang lurus dengan pemandangan glacier yang cantik.
Berhenti rehat seketika ....
Kemudian kami sampai ke Skaftafell/Vatnajökull National Park, tetapi kami tidak menjelajahi taman negara ini kerana kesuntukan masa. Di sini, masuk ke kawasan pakir kereta akan dikesan dengan kamera, di mana bayaran pakir akan dikenakan. Kami tidak masuk ke kawasan pakir, tetapi terus ke bahagian tourist information (tiada tempat pakir disediakan, kecuali pakir bas). Bertenggek tepi jalan sekejap, untuk mendapatkan maklumat. Setelah tahu bagaimana caranya operasi pakir kereta dan masa yang diperlukan untuk menjelajah taman ini, kami buat keputusan untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
Untuk meninjau di sini memerlukan masa sekurang-kurangnya 2.5 jam. Berjalan kaki ke air terjun Svartifoss yang sejauh 1.8km mengambil masa 45 minit, atau 90 minit pergi/balik. Di sini juga terdapat pakej tour untuk glacier hiking. Kami tidak membuat perancangan awal untuk singgah lama di sini.
Untuk meninjau di sini memerlukan masa sekurang-kurangnya 2.5 jam. Berjalan kaki ke air terjun Svartifoss yang sejauh 1.8km mengambil masa 45 minit, atau 90 minit pergi/balik. Di sini juga terdapat pakej tour untuk glacier hiking. Kami tidak membuat perancangan awal untuk singgah lama di sini.
Singgah di tasik/lagoon glacier Fjallsárlón
Lebihkurang 10km dari tasik glacier Fjallsárlón, kami ke tasik glacier yang lebih besar, Jökulsárlón, bersebelahannya terdapat kawasan pantai tumpuan ramai, Diamond Beach.
Diamond beach, banyak ketulan/bongkah ais yang besar hanyut ke tepi pantai..
Sebab dipanggil 'Diamond beach'..? (tqvm kerana datang sejauh ini untuk hadiahkan "diamond" yang cantik ini sebagai hadiah ulang tahun... 😍😃)
Kami bercadang untuk makan tengahari di Hofn, tapi dah terbabas dengan perancangan masa, kami sampai di Hofn dah hampir jam 4pm. Tanpa membuat carian awal restoran yang hendak dituju, akhirnya kami berhenti di Kaffi Hornid Höfn untuk menikmati lobster dan langoustine pasta. Bandar Hofn terkenal dengan hidangan lobster kecilnya, tapi hidangan di restoran itu biasa-biasa sahaja dan agak masin.
Makanan yang kami order di sini..
Selepas bandar Hofn, kami akan memandu melalui kawasan fjords, jalanraya yang dilalui agak berliku dan banyak selekoh untuk sampai ke tempat penginapan malam ini. Kami melewati pekan Djúpivogur (populasi bawah dari 500 orang) dan Breiðdalsvík (populasi bawah dari 200 orang). Selepas Djúpivogur kami mula menyusur keluar dari jalanraya 1, melalui jalan dua angka dan tiga angka. Jalan antara dua pekan kecil ini tidak bertar (gravel road), kena cermat memandu, tidak laju sangat kerana kereta akan senang tergelincir. Jalanraya yang bertandakan 3 angka di Iceland ini, selalunya akan tidak bertar (gravel road) apabila memasuki kawasan pekan kecil/pendalaman. Awas.. kekadang ada juga biri-biri melintas jalan.
Jalan tepi laut, di tepi lereng semasa menuju ke pekan Djúpivogur... seriau juga co-driver di sebelah..
Bila ada tempat yang boleh berhenti...
Mula memasuki kawasan pekan kecil.. bukit ini hampir berbentuk piramid...
Jalan tidak bertar....
Akhirnya, jam 8pm lebih kami sampai di tempat penginapan untuk semalaman di Solveig & Josef's Place, Hólaland 18, Stöðvarfjörður.
Ringkasan perjalanan hari ini..
No comments:
Post a Comment