Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Monday 20 August 2018

Iceland Jun 2018 - Stöðvarfjörður ke Svalbardseyri

Day 5 - 28/6 Khamis : STODVARFJORDUR - AKUREYRI (460km)

Pagi hari di Solveig & Josef's Place, Hólaland 18, homestay penginapan kami di Stöðvarfjörður sebelum bertolak untuk meneruskan perjalanan ke Akureyri.

 

Kabus agak tebal semasa keluar dari pekan Stöðvarfjörður.


Berhenti untuk sarapan pagi on the go di satu tempat bernama Stuolaheidi

 

Melewati bandar/pekan Fáskrúðsfjörður dan Egilsstaðir, tetapi tidak singgah untuk menjelajah. Fjaðrárgljúfur yang terkenal dengan keindahan canyon pun kami abaikan, mengambil kira jika singgah perlukan sekurang-kurangnya masa selama 2 jam.  Untuk perjalanan hari ini, beberapa itinerari telah kami abaikan, cuma singgah di mana-mana tempat yang menarik perhatian sahaja di sepanjang jalanraya.  Egilsstaðir merupakan penempatan terbesar di bahagian Iceland Timur dengan bilangan populasinya seramai 2,306 orang (bancian 2016).


Tidak tahu apa nama tempat, tetapi waktu ini memandu di aras yang agak tinggi, nampak macam cantik, lalu melencong keluar jalanraya untuk singgah di sini.


Pembentukan awan di situ nampak cantik ..


Cuba juga basahkan tangan dan sapu muka dengan air jernih yang sejuk ini..


Ni satu lagi tempat di tepi jalanraya yang kami singgah. Tak tau apa nama tempat ini.


'Kerusi king' diletakkan di kawasan pakir.. boleh guna untuk posing foto dengan background bukit dan gunung glacier.. 


Singgah di jambatan ini sebelum melencong masuk jalan gravel untuk ke Dettifoss..


Kemudian barulah melencong masuk ke jalan 3 digit (jalan 864) melalui jalan gravel sejauh 31km, penuh dengan batu-batu kiri kanan sebelum sampai ke kawasan pakir Dettifoss bahagian timur.  Di seberang waterfall sebelah sana pun ada juga pakir, tapi pakir dikawasan timur ini lagi cantik pemandangannya.  Dari tempat pakir untuk sampai kepinggiran air terjun perlu berjalan melalui kawasan berbatu sejauh 1km.


Dari kawasan pakir, berjalan menuruni lurah untuk hampir ke pinggir air terjun Dettifoss

 
  

Kami selesai di Dettifoss hampir jam 1.30pm, keluar semula ikut jalan gravel tadi untuk sampai semula ke jalanraya bertar. Kereta sudah tak nampak rupa kerana diselaputi debu tebal. Cari stesen minyak untuk sembur kereta dulu. 


Kami ke destinasi seterusnya, kawasan tanah tinggi untuk meninjau Lake Myvatn dari atas sebelum turun meninjau Dimmuborgi, kawasan batuan besar yang terbentuk dari lava. Di sini diceritakan pasal Yule Lads yang tinggal dalam gua-gua lava di sini. Dan yang banyak diceritakan (buat pelancong) adalah mengenai 13 Yule Lads, lebihkurang macam Santa Claus sewaktu sambutan krismas.


Skútustaðagígar pula adalah kawah-kawah yang terbentuk dari wap panas apabila lava mengalir ke atas air/tasik-tasik kecil. Kawasan ini popular untuk melihat spesis-spesis burung.


Meneruskan perjalanan menuju ke tempatan penginapan di Svalbardseyri, kami singgah di satu lagi kawasan tumpuan orangramai, Godafoss, "Waterfall of the gods"

 
 

Perjalanan menuju ke tempat penginapan di pekan Svalbardseyri yang terletak tidak berapa jauh dari bandar Akureyri.

  


Menghampiri Svalbardseyri..

 

A Friendly Cottage, Smaratun 5, Svalbardseyri - Kami menginap di sini selama 2 malam untuk experience midnight sun.  

Lokasi ini adalah lebih ke utara Iceland di mana cahaya matahari lebih panjang. Waktu maghrib waktu kami ada di sini masuk pada jam 12.45 selepas tengahmalam, waktu Isya jam 1:02pagi sementara Subuh pula masuk jam 1:46pagi. Langit tidak nampak gelap pun sepanjang hari di sini. Masa foto-foto di bawah diambil  jam pun sudah menunjukkan hampir 9 malam (walaupun jam 'mati' di dinding menunjukkan 1:35 😂)

 
 
 

Ringkasan perjalanan hari ini..




No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...