Perjalanan ke kawasan pergunungan Sierra Nevada (National Park)... cantiknya pemandangan... |
Embalse de Canales (Canales Reservoir) - dari jauh |
Sebelum menaiki kereta kabel, beli dulu tiket dan sewa peralatan ski di sini... |
Terujanya Theha... pertama kali dapat menyentuh salji, selepas sekian lama bermimpi.. |
Cable Car untuk ke puncak gunung untuk pemain ski atau sekadar meninjau panorama |
Hotel Melia...menyediakan tempat parking kereta bawah bangunan |
Nota kembara,
1. Perjalanan dari Torremolinos ke Siera Nevada sejauh 2.5 jam, dipandu arah oleh GPS dan Wazer, lancar dan senang... tidak perlu lagi terkial-kial dengan peta kertas seperti zaman dulu-dulu...(hihihi... terkenang 20 tahun yg lampau semasa di USA). Cantiknya pokok2 kering di kiri kanan jalan, daun kuning keemasan... kagum... syukur... berpeluang menghirup udara di sini...
2. Siera Nevada, yang popular di kalangan pelancung sebagai tempat meluncur ski antara bulan December hingga April atau awal Mei, merupakan station ski yang paling tinggi di Sepanyol.
3. Jika bercadang untuk meluncur, peralatan boleh disewa di situ. Dua jenis tiket cable car, samada untuk meluncur atau sekadar meninjau permandangan.
Terletak 17km dari bandar Granada. Satu laluan berturap diseluruh empangan dengan pemandangan tasik dan persekitaran pergunungan, merupakan tempat kegemaran peminat sukan basikal bukit. Bandar-bandar kecil yang berhampiran empangan masih mengekalkan senibina lama Sepanyol seperti Moorish dan kini menjadi tempat tarikan pelancung.
Tarikh berkunjung; 20 Dec 2013
Tarikh berkunjung; 20 Dec 2013
No comments:
Post a Comment