|
merentasi sempadan Spain dan Gibraltar |
|
kaunter official rock tour of Gibraltar |
|
view from upper rock |
|
St. Michael's Cave |
|
stalagmite yang mengambil ribuan tahun untuk terhasil sangatlah berseni dan cantik |
|
Landasan kapalterbang yang bersilang dengan jalanraya |
|
The Great Siege Tunnels |
|
Terowong yang digunakan oleh tentera lebih 200 tahun yang lampau masih menyimpan sejarahnya |
|
terowong sejauh 350 kaki untuk sampai ke hujung... |
|
town |
|
berjalan ditengah-tengah landasan kapalterbang |
Sejarah Islam di Gibraltar bermula pada tahun 711 Masihi, apabila General Tariq bin Ziyad bersama-sama 12,000 bala tentera Islam melabuhkan kapal-kapal mereka. Bukit ini dinamakan Jabal Tariq yang kemudiannya di panggil Gibraltar. Bermula di sini Tariq bin Ziyad merancang strategi yang bijaksana untuk menakluk eropah, melebarkan kekuasaan Islam ke Cardoba, Malaga, Granada dan Toledo. Kegemilangan tamadun Islam terpahat dengan gah dan menjadikan Sepanyol wilayah Islam terbesar di Eropah. Untuk cerita panjang, saya pun baca
di sini...
Gibraltar hari ini, merupakan kawasan jajahan British, keluasan 8 km persegi mempunyai kira-kira 30,000 penduduk. Infonya
di sini..
Selesai mencari parking, di kawasan berdekatan restoran Mc.D, kami berjalan kaki menuju ke Gibraltar. Parking awam ditandakan dengan line biru dan bayaran pada mesin Jika terasa terkial-kial tak faham apa yang tertera pada mesin, minta tolong jelah pada sesiapa. Hari ini nampak agak lengang.. tak banyak kereta yang keluar masuk Gibraltar, mungkin kerana esoknya adalah 25 December ... sibuk dengan persiapan krismas.
Jangan lupa membawa paspot kerana Gibraltar bukan di dalam Sepanyol. Walaupun tidak diperiksa teliti, tetapi semasa melalui imigresen mereka tetap bertanya.
Jika bercadang berkereta ke Gibraltar, sila pastikan insuran kereta telah termasuk untuk merentasi sempadan. Mungkin agak sukar untuk mendapat parking. Bus awam senang didapati untuk ke beberapa destinasi di Gibraltar. Untuk ke atas bukit, samada dengan menaiki cable car atau pun mengambil tour.
Kaunter Official rock tour sejurus selepas melepasi imigresen, untuk bayaran euro$35 (termasuk tiket) untuk seorang dan percuma untuk kanak-kanak. Tour standard meliputi Pillars of Hercules, St. Michael's Cave, Apes (views from Upper Rock) dan The Great Siege Tunnels.
Pilihan lain, boleh juga mengambil official rock tour dengan teksi, minimum 4 orang dan harga tidak termasuk tiket (tiket memasuki gua dan terowong) Standard tour, 4 stops, 1.5hours duration euro$12/pac; extended tour, 6 stops, 2.25 hours duration, euro$20/pac
Habis tour, kami singgah di bandar, banyak juga kedai-kedai bebas cukai dari yang biasa hingga yang berjenama. Bestnya jika hari ini 26hb... mereka pun menyambut boxing day sama seperti di UK. Boxing day ialah hari keraian selepas krimas sebagai cuti umum dan kedai-kedai akan menawarkan potongan harga, iaitu permulaan sales untuk jualan akhir tahun. Tetapi tidak disambut oleh masyarakat di Spain. Berjalan pulang ke kereta mengambil masa 30minit dari sini. Dapatlah posing di tengah-tengah landasan kapalterbang yang berkongsi laluan dengan kereta dan pejalan kaki...unik.. dan satu-satunya di dunia...
Tarikh lawatan: 24 Dec 2013
No comments:
Post a Comment