Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Thursday, 16 January 2014

MALAGA, Spain


Airport Malaga yang lengang...lancar je semua urusan...
Kaunter sewa kereta
Pantai Torremolinos cuma dalam 100 meter saja dari Apartment
Kreativiti pasir...dan mereka mengharapkan sumbangan di atas usaha mereka


Suhu 7c dengan tiupan angin sejuk... pantai sepi dengan pengunjung
Jalan yang sempit...cabaran memandu di kawasan bandar Sepanyol

Jalan2 di pusat bandar Malaga, di kawasan sekitar Calle Larios
Plaza Mayor...mall shopping tak jauh dari airport Malaga... di sini pun ada kebab halal
berkereta ke Marbella...

Kawasan pedestrian berdekatan Plaza de la Merced, Malaga sesak dengan pengunjung



di Marbella

di Marbella...

Marbella ialah bandar pelabuhan... kapal layar... deretan butik berjenama mewah...




nota kembara,

1.   Malaga, adalah salah satu antara bandar yang tertua di dunia, yang diasaskan pada abad ke-8 oleh orang-orang Phoenicia.  Di sini tempat lahir Picasso dan terdapat Museum Picassa mempamerkan lukisan, cetakan dan arca,  berdekatan dengan Plaza de la Marced, pusat bandar Malaga,

2.   Alcazaba, kubu yang dibina semasa pemerintahan Islam menguasai pemandangan bandar dari pantai.  Dengan memanjat ke bahagian atas gunung Gibralfaro akan dapat menyaksikan panorama bandar yang cantik.  Istana Gibralfaro boleh didapati beberapa meter jauhnya, adalah bangunan kuno lama yang digunakan untuk melindungi Alcazaba.


3.   Bersiar-siar di bandar Malaga - sekiranya mempunyai banyak tenaga boleh menyusuri jalan dan lorong yang sempit di kawasan sekitar Calle Larios, berpuluh-puluh kedai boleh di dapati  di setiap sudut.  Pada akhir Calle Larios ialah Plaza de la Merced merupakan tempat pertemuan yang penuh dengan bar dan kafe.

4.  Menaiki pesawat British Airways dari London City Airport, mengambil masa 2 jam perjalanan.  Airport Malaga, agak besar juga tapi tak sesibuk mana, tidak perlu mengisi borang ketibaan dan proses keluar yang mudah.  Selepas pemeriksaan paspot, ambil bagasi dan terus ke kaunter sewa kereta yang telah ditempah awal.  Selesai bayaran, mengambil kereta di aras bawah bangunan yang sama.  Bayaran selain daripada sewa ialah insuran, yuran pemulangan satu hala (kerana kereta akan dihantar ke Madrid), petrol (pilihan) dan deposit.  Harga minyak diesel, euro1.37 /liter



5.  Menuju ke Apartmen di Torremolinos... hanya 10 minit dari airport.
Kawasan berpantai sepanjang-panjangnya.. Torremolinos..Costa de sol.. dan Benalmadena menawarkan banyak excursion feri/cruise  (sayangnya terlepas pandang sunset cruise...)
Di sepanjang pantai banyak restoran makanan laut... kalaulah ada yang halal teringin juga merasa nasi paella seafood...  Murahnya seafood.. beli dan masak sendiri dengan perencah yang dibawa...terlupa akan kolestrol...diet...

6. Benalmadena cable car
Menaiki kereta kabel selama 15 minit ke atas gunung Calamorro, ketinggian 800m dari aras laut... menikmati pemandangan menyeluruh yang mengasyikkan.  Jika bertenaga boleh membeli satu hala tiket untuk naik ke atas dan berjalan kaki menuruni bukit.

7.  Jalan-jalan ke Marbella... 40 minit dari Torremolinos.
Persekitaran semulajadi yang berlatar gunung Siera Blanca, pantai tenang yang terdapar luar..pelabuhan kapal layar mewah...perumahan yang ekslusif.. dan deretan butik berjenama mewah.. bergabung memberikan pemandangan yang cantik dan mempesona.  Tidak hairanlah ramai pelancong dari golongan selebriti dan orang kaya yang berkunjung ke sini.
Puerto Banus (source: mr google)
8.  Sepanyol terletak di garisan masa GMT + 1jam... bermaksud 7 jam kebelakang dari waktu di Malaysia.
     Tukaran wang;  euro1 ~ rm4.40
     Tarikh berkunjung; 19.12.2013 - 24.12.2013





No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...