Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Monday, 17 February 2014

Dairi Percutian di SPAIN dan LONDON


Percutian yang indah bersama keluarga, akan tetap tersemat dalam ingatan...

18.12.2013 KLIA - Muscat, Oman - Heathrow
5.30am sudah berada di Terminal KLIA.  Pesawat Oman air, dari KLIA ke Muscat, Oman perjalanannya selama 6 jam.   Selama 2 jam transit sebelum menyambung perjalanan ke Heathrow, London. Dalam perut pesawat 7 jam dan sampai di Terminal 3, Heathrow 5.40pm, hari sudah gelap.  Dah selesai semua urusan,  berjalan keluar terminal menunggu bas di bas stop No.18 untuk ke Hotel Comfort Heathrow.  Tiket boleh dibeli dari pemandu bas, GBP4 untuk seorang dewasa dan percuma untuk kanak-kanak.  Shuttle bus ini dari perkhidmatan hotel hoppa.

Alhamdulillah... Subuh di KLIA, jamak awal Zohor/Asar di Oman dan Magrib dan Isyak di London, memandangkan waktu di Oman 4 jam kebelakang dan masa London pula lewat 8 jam dari Malaysia.

19.12.2013  London City Airport - Malaga, Spain

Semalaman, mendapat rehat yang cukup, kerana awal-awal pagi kami mesti bersedia ke London City Airport untuk mengambil penerbangan ke Malaga, Spain, dengan menaiki pesawat Iberia (British Airway) Menggunakan khidmat teksi 24/7 yang telah ditempah dalam talian.

Sampai di Airport Malaga 1.35pm
Sewa kereta dari syarikat Atesa, Citroen Berlingo 5 seater selesa untuk kami berempat, dengan ruang bonet yang luas untuk memuatkan 4 bag yang dibawa.
Menuju apartment Ecuador Park di Torremolinos, 6km dari airpot, dipandu arah oleh GPS.
Selama 6hari 5malam di sini...  MALAGA, Spain
kereta kami untuk 11 hari di Andalusia

20.12.2013 Torremolinos ke Granada dan Siera Nevada (190km)

Putih Salji di SIERA NEVADA, Spain
Alhambra di GRANADA, Spain

Awal-awal pagi lagi mama dah terjaga, rasa dah puas sangat tidur... maklumlah waktu malam yang panjang, 7.33pm dah masuk waktu Isyak.  Sebelum masuknya waktu Subuh 6.55am mama sudah menyiapkan nasi lemak untuk sarapan dan bekal.  Santan segera, 2-3 helai daun pandan yang dibawa masih lagi segar kehijauan. Makanan lauk memang murah, udang sais XL dalam rm35/kilo dibeli di Super Marcado yang berhampiran semalam.  Walaupun dengan menu rebus semuanya, enaknya nasi lemak dengan sambal ikan bilis Yatisalem dan kicap manis Habhal. Pedas meletop.. sambal bilis tu tak keras dan berketul pun biarpun cuaca sejuk.
tak susah untuk menyediakan nasi lemak yang enak
walau di mana jua dengan sambal bilis Yati
Aktiviti hari ini khas untuk Theha, selepas penat perjalanan selama 2 hari.  Theha sangat seronok bermain, berguling-guling di atas salji..

...dah agak dah... anak mama tak boleh tak ada nasi..
kelaparan selepas bemain salji..
Bermain salji di puncak Sierra Nevada dan melawat al-Hambra di kaki gunung Sierra Nevada dalam masa sehari agak padat dan penat, tambah lagi dengan siang hari yang pendek, 6.11pm dah masuk waktu magrib. Jadi kami becadang bermalam di Granada supaya tidak perlu berulang-alik dari Torremolinos.  Booking hotel agak last minute, Hotel Carlos V tak jauh dari al-Hambra, interior yang menarik dan bilik yang selesa. Parking agak jauh dari hotel dengan kadar 15euro sehari.  Agak susah juga mencari sebab jalan sempit dan teragak-agak untuk masuk lorong yang dipandu GPS.




24.12.2013 Torremolinos - Gibraltar - Cadiz - Jerez  (281km)

GIBRALTAR... Jabal Tariq...

keunikan Cadiz kerana kedudukannya, tirus menganjur keluar dan dikelilingi lautan
pemandangan kincir angin semasa perjalanan dari Gibraltar ke Cadiz sejauh 122km 
tak lama singgah di Cadiz kerana hari yang hampir senja
bermalam di hotel Exe Guadalete, Jerez sebelum meneruskan perjalanan ke Sevilla

25.12.2013 Jerez- Srville  (92km)
3hari 2malam di Seville
Berkereta kuda di SEVILLE, Spain...

Kiosk membayar toll

Sepanjang memandu dari satu tempat ke destinasi seterusnya, tak ada istilah jam semasa melalui lebuhraya, terutama jika menggunakan highway yang bertoll.. lenggang sangat... siap boleh guna mesin untuk membayar toll... walaupun mengambil masa untuk masukkan duit-duit syiling tetapi tak ada pun kereta lain yang beratur di belakang.

Berbeza bila memandu di kawasan bandar, terutama bandar lama.. jalan sempit.. bulatan yang pelik.. petak parking yang kecil.. susah parking.. antara masalahnya..








Selain dari menggunakan GPS yang dibawa sendiri, ada juga backup dengan Waze atau Google Map sebagai penunjuk jalan kerana kadang-kadang en. GPS agak lembab atau tak jumpa mencari lokasi. Masalah untuk berkomunikasi semasa membeli prepaid kerana bahasa inggeris mereka sangat terbatas. Yang popular ialah Moviestar.  Kami membelinya semasa di Malaga tetapi tak tahu apa masalah..selepas 2 jam Moviestar tak juga dapat diaktifkan pada phone.. dan mereka memulangkan semula wang.  Kemudian kami membeli pula sim prepaid Orange.  Internet prepaid Orange 1G untuk tempoh 1 bulan harganya 10euro (sama juga dengan Moviestar), dah lebih mencukupi untuk kegunaan 2 minggu.

perlu tunjukkan pasport untuk daftar SIM prepaid internet

27.12.2013 seville - cordoba  (140km)
3hari 2malam di Cordoba
Mezquita-Cathedral CORDOBA, Spain



pembantu driver yang cekap membaca arah... turn left.. turn right.. kadang-kadang marah-marah kat GPS/Waze yang mamai dan lembab... nasib baiklah GPS tu tak pandai merajuk..

next trip.. abang pula yang jadi pemandu ya...

mama dan adik...vip kat belakang..








yummyy.. doner kebab di  lorong berdekatan Masjid Cardoba

29.12.2013 Cordoba - Madrid (394 km) 
3hari 2 malam di Madrid
MADRID, Spain...
Insan Kreatif mencari rezeki di MADRID..

Hari ini check-out awal memandangkan perjalanan yang agak jauh.  Plan asal untuk singgah di Toledo, tapi anak-anak kata dah penat tengok bangunan lama dan tempat sejarah, jadi teruskan perjalanan ke Stadium Bernabeu, kelab bolasepak Real Madrid destinasi yang wajib untuk abang pula.

nak ikut jalan toll atau tanpa toll?
euro19 for Bernabeu Tour

'KFC' di restoran D-K Kebab di dalam Centro Comercial,
bersebelahan dengan Stadium Bernabeu
Hantar kereta di Madrid Barajas Airport (MAD) Terminal 5. Di Madrid menggunakan pengangkutan awam Metro.  Memandu kereta di sini terasa agak mencabar walaupun cuma di pinggir bandar, apa lagi kalau di kawasan bandar.. banyak review yang kurang menarik dibaca.  Contohnya semasa memandu dari hotel ke airpot untuk pulangkan kereta, beberapa kali berpusing-pusing kerana banyak simpang yang mengelirukan.

Suhu di Madrid 2-7c, sejuk berangin dengan matahari silau, lebih sejuk berbanding tempat lain yang dikunjungi sebelum ini.

31.12.2013  Madrid - Gatwick, London (MAD - LGW
Dari Madrid Airport, Terminal 1, menaiki pesawat Easy Jet ke Gatwick, London, penerbangan selama 2 jam.
kiosk menjual jambangan bunga di airport
Semua urusan tiket pesawat dan hotel penginapana ditempah secara dalam talian melalui club percutian World Ventures.
Malahan penginapan di beberapa hotel adalah percuma dengan tebusguna Rovia bucks yang terkumpul dari tempahan yang sebelumnya samada dari koleksi point atau rebet perbezaan harga, iaitu:-

1 malam Comfort Hotel Heathrow
5 malam Ecuador Park Apartment di Torremolinos
1 malam Hotel Exe Guadalete di Jerez

Sekian, jumpa di London nanti...

2 comments:

  1. Menariknya sis! Saya sekeluarga bercadang untuk bercuti-cuti di Europe taun depan. Tengah buat study sikit ni terjumpa blog sis. Thanks for sharing sis!

    http://souqvitamin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. MashaAllah best kan andalusia...kami sekeluarga ikut trip mahira travels. Memang bagus sgt.. alhamdulillah lengkap semua tmpt tinggalan sejarah islam di andalusia. Masa blk , kami singgah turkey. Mmg menakjubkan..penginapan dan mknan halal pun sgt baik.menepati citarasa.syukur sgt selamat pergi dan blk. Mereka ni travel agent yg sgt titik beratkan keselamatan dan keselesaan. Sesiapa yg nak ikut tour mereka boleh hubungi en azim atau puan siti. Mahira travel 0362765610

    Saya takde dpt apa2 komisen ye..cuma nak kongsikan pengalaman.sbb bukan semus travel agent tu jujur. Saya cuma kongsikan pd sahabat saudara seislam yg mana yg ada kebaikan. Saya highly rekomen mereka ni sbb saya da 5 kali ikut ground mereka ke australia, nz, turkey dan eropah

    ReplyDelete

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...