Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Monday, 24 February 2014

Travelog SWINDON dan LONDON

Swindon?

Pegawai imigrasen yang mesra di airport Gatwick kehairanan bila diberitahu tempat tuju kami nanti..
ya.. kalau google pun tak banyak tempat menarik yang ada..
Pertama kali datang ke Swindon 5 tahun lalu... tu pun singgah masa perjalanan ke Stonehenge

gambar lama.. summer in London, Jun 2008
(stonehange)
Kereta telah ditempah awal dalam talian, kami terus ke kaunter Avis untuk menyelesaikan apa yang patut. Dah selesai urusan di airport, destinasi pertama yang dituju ialah Tesco, tak berapa jauh dari situ.  Beli makanan untuk bekal dan membeli sim prepaid Internet Orange, supaya dapat guna waze atau pun google map.  Mula-mula ok.. tapi lepas 10 minit tetiba je waze sepi.. pelik dan heran... jadi kenalah guna GPS yang tak berapa update, macam malas-malas je nak tunjuk jalan untuk sampai ke destinasi.

Selama 6 malam di UK, kami menginap di rangkaian hotel Travelodge.  Kadarnya yang murah, terutama jika ditempah sekurang-kurangnya sebulan awal. Suasana biliknya yang bersih dan selesa.  Sebab lain ialah sewa wifi untuk seminggu 20pound boleh diguna kat mana-mana rangkaian travelodge, berbanding kadar harian 10pound. Travelodge yang pertama ialah di Swindon town center.  Sebab tak ada parking, malam kedua dan ketiga kami berpindah ke Travelodge Cirencester, 15 minit dari situ, dan 3 malam lagi di Travelodge London Central City
Travelodge Cirencester
Swindon cumalah pekan kecil, mengambil masa 2 jam berkereta dari LGW untuk sampai ke Swindon.
Ramai penduduk Islam di Swindon, melebihi 3,000 orang, terdiri dari Deobandi (Bangali, Pakistan) dan Barelvi (Urdu, India).  Patutlah... selalu sangat berjumpa dengan mereka.. dari petugas kaunter Travelodge, di restoran halal, cashier dan di kedai-kedai.  Restoran halal pun senang dijumpai.



(sumber)
Semasa menuju ke Cirencester, melalui bulatan yang dipanggil 'magic roundabout' dan bila search... rupa-rupanya popular juga dia, menjadi tajuk perbincangan dunia. Terdapat lima simpang dan setiap simpang mewakili satu bulatan kecil yang mengelilingi bulatan besar di tengah. Melalui bulatan kecil mengikut arah jam dan bulatan besar yang di tengah-tengah tu di lalui ikut arah lawan jam.  Ia dibina pada tahun 1972 dan namanya diambil dari siri tv cerita kanak-kanak 'The Magic Roundabout'. Confuse juga bagi yang tak biasa macam kita ni... tapi bila dah beberapa kali melaluinya seronok pula membilang mini bun tu. Tak mustahillah ianya terhitung dalam senarai '10 scariest junction in the United Kingdom'.









Beberapa tempat membeli-belah di Swindon seperti...
The Parade - ada BHS, Topshop/topman, River Island,  Primaks, Poundland. dan..dan
The Brunel - ada M&S, Boots, House of Fraser, Pandora, 99p Stores, Sainsbury's...
Greenbridge Retail Park - antaranya ada Laura Ashley, Mothercare, Next, PC World, Argos, Clarks..

The Parade dan The Brunel letaknya bersebelahan.  Banyak tempat parking disediakan.. untuk 4 jam pertama bayarannya 2pound,  tapi kalau rasa nak bershopping lagi lama.. baik keluarkan dulu kereta dan masuk semula kerana lepas 4 jam rate parkingnya dah jadi 4x mahal.

Oh.. berbalik pasal wifi Orange yang tiba-tiba "buat hal" .., buat aduan kat kedai Orange di Swindon .. rupa-rupa semasa activate sim tu kat Tesco, depa salah pilih plan. Patut pun.. selepas lebihkurang 10 minit guna Waze, tiba-tiba Waze senyap sehinggalah tiba di Swindon tiada connection untuk mobile data.




Pihak Orange meminta maaf di atas kesilapan tersebut dan ianya hanya dapat dibetulkan semula selepas pada keesokannya memandangkan cuti tahun baru 1 Januari.












Hari terakhir di Travelodge Cirencester, kami dah bersiap sedia untuk check-out awal, supaya jam 10am dapat sampai di Bichester Village iaitu 1 jam perjalanan, kerana kereta mesti dihantar sebelum jam 5pm di Victoria, London.  Memandangkan masa yang terbatas kenalah express.. tuju beberapa kedai yang berhajat sahaja... hari pula hujan, pergerakan manjadi lambat dan terbatas..  Menjelang 1 tengahari dah bertolak ke London yang perjalanannya 1.5 jam.

on the way from Swindon to Bichester Village



tak dapatlah merasa salji... biasanya kalau akhir/awal tahun London akan putih dengan salji... tapi lain pula sekarang, hujan je..air sungai pun dah tinggi, beberapa tempat di UK ada yang banjir..

Bichester Village Outlet 

central zone 'C' congestion charge di tengah bandar London

Tak dapat tidak.. terpaksa juga melalui jalan yang bertanda 'C' untuk ke Travelodge Central City..
Canggih betul sistem depa... malam tu bila disemak kat web dengan memasukkan nombor kereta dah terpampang charge memasuki zone 'C'. Congestion Charge yang dikenakan adalah sebanyak 10pound... terus bayar online, jika tangguh ke hari berikutnya 12pound dan jika lepas sebulan (?) 100pound denda yang harus dibayar

Ini kes hp mama yang tertinggal dalam kereta... Lepas naik-turun hotel untuk memunggah barang ke bilik, men keluar pergi hantar kereta, mama dan adik kat bilik... baru perasan hp tertinggal.. dan adik cepat2 pm papa.. tapi masa ni papa dah dalam tube balik ke hotel.


Semalaman mama tak nyenyak tidur.. kalau betul hp tertinggal dalam kereta harapan untuk jumpa tentu ada... tapi jika tercicir tempat lain tentu tak ada rezekilah jawabnya. Esuk paginya sebelum pergi ke tempat lain kenalah berpatah balik ke tempat yang hantar kereta semalam.  Ya.. seperti yang disangka, telepon mama selamat di situ.. Alhamdulillah...

Menggunakan pas harian pengangkutan awam untuk zone 1 dan zone 2, tiketnya 7.5pound seorang dan percuma untuk kanak-kanak. Memandangkan hari hujan kami bercadang untuk ke Wesfield London... metro Line Hammersmith & City dan berhenti di Station Wood Lane.  Sebesar-besar Wesfield tu tak habis nak jalan sehari.  Seronok juga bershopping sebab ada jualan akhir tahun.  Bagi yang giler bershoping tu.. korang googlelah... memang banyak tempat bershopping di sini.  Terpulanglah..atas tujuan apa berkunjung ke London.. pasti jumpa apa yang diidamkan..

persimpangan Oxford Street dan Regent Street
deretan kedai di Oxford Street, berjalanlah selagi larat...
(sumber)


untuk ke Oxford Street boleh berhenti di station Mable Arch atau Oxford Circus, dan berjalanlah sepanjang jalan.. pasti ada yang berkenan di hati.  Selfridges berhampiran dengan Bond Street Station.  Kemudian boleh sambung lagi di Regent Street.



 Tinseltown.. 
American dinner & milkshake bar.. halal.. ada banyak cawangan, yang kami singgah ialah Tinseltown di Great Portland Street, di belakang kedai Topman Oxford Street.











Tarikh berkunjung: 31.12.2013 - 06.01.2014

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...