Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Friday, 31 October 2014

India November 2014 - Memohon Visa India

UPDATE 

Sejak pertengahan tahun 2015, kerajaan India telah membolehkan pelancong-pelancong Malaysia memohon e-visa untuk ke India. Permohonan visa boleh dibuat secara online, tanpa lagi perlu menghadirkan diri ke pusat-pusat IVS. Pemegang e-visa boleh memasukki India melalui lapangan terbang yang boleh memproses kemasukan ke negara India melalui e-visa. Sila pastikan lapangan mana yang anda akan mendarat, selalunya lapangan terbang yang ada penerbangan terus dari Malaysia akan ada fasiliti proses kemasukan melalui e-visa ini. Terdapat 9 buah lapangan terbang di India yang boleh memproses kemasukan ini dan lapangan-lapangan berikut akan (ataupun sudah) ditambah :-
Jaipur, Amritsar, Gaya, Lucknow, Trichy, Varanasi and Ahmedabad. 
Sila layari laman Visa Online ini untuk keterangan lanjut serta memohon e-visa.


ARTIKEL ASAL

Permohonan Visa untuk memasuki India oleh rakyat Malaysia dikendalikan oleh India Visa Centre, IVS - (KLIK DI SINI). Di Malaysia, terdapat 9 buah IVS, iaitu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bharu, Kuantan, Kota Kinabalu, Kuching, Ipoh, Melaka dan Seremban.


Proses permohonan Visa Perlancongan (Tourist Visa) secaranya amnya adalah seperti berikut:-
1. Mengisi borang permohonan secara elektronik di online (Borang tulis tangan tidak diterima)
2. Hadir ke IVS pilihan anda untuk submit borang permohonan yang telah lengkap/siap dicetak bersama-sama dokumen lain (Paspot;2 keping foto saiz 2in x 2in; salinan paspot (untuk mukasurat yang mempunyai makumat diri dan tandatangan); confirmed air tickets; dan salinan surat beranak untuk anak-anak bawah 12 tahun.
Pemohon yang berusia 12 hingga 70 tahun diwajibkan hadir ke IVS untuk "Biometrik". Untuk pemohon bawah 12/lebih 70 tahun, tidak perlu hadir. Hanya borang lengkap bertanda-tangan/cap jari (seperti dalam paspot) perlu dibawa.
Bayaran (tunai) fee visa ialah RM168 seorang serta service charge (RM44 seorang).  Resit akan diberi bersama tarikh untuk datang semula ke IVS untuk mengambil visa (selalunya selepas 3 hari permohonan)
3. Datang semula ke IVS tersebut dengan resit bayaran untuk mengambil visa. (Sekiranya pengambilan melalui pos, charge tertentu akan dikenakan)

Mengisi Borang Permohonan Secara Online

Keterangan lanjut untuk permohonan "Tourist Visa" boleh didapati DI SINI.

Untuk mengisi borang permohonan, sila lawat "Online Indian Visa Form" dan klik "Online application link" yang tertera di laman tersebut.

Setelah anda klik link "Online application link" tersebut anda akan lihat borang permohonan tersebut. Sila catit "Temporary Application ID" yang tertera di ruang atas borang. Anda perlu memasuki  Temporary Application ID ini sekiranya anda tidak sempat habis mengisi borang dan ingin menyambung mengisinya di lain waktu. Terdapat 3 mukasurat yang anda perlu isi.

Setiap pemohon (termasuk anak-anak) perlu mengisi satu borang tersendiri (setiap orang akan mendapat Temporary Application ID masing-masing)

Sila isi segala butiran dengan tepat dan benar. Selagi anda tidak mencetak borang permohonan, selagi itu anda boleh mengubah butiran yang anda telah isi.


SEKIRANYA terdapat kesilapan butiran setelah anda mencetaknya, anda hendaklah membuat permohonan lain dengan mengisi semula borang ini dari langkah pertama serta menggunakan Temporary Application ID yang baru.

Semua borang permohonan hendaklah diisi secara electronik iaitu,. isi secara on line. Semua butiran "tulis tangan" akan di reject.

Anda boleh "upload" foto anda ke dalam borang online ini sekiranya mahu, ataupun (lebih senang) bawa saja foto anda ke IVS (either case anda kena bawa juga foto ke IVS).

Tiada sebarang bayaran dikenakan semasa mengisi borang di online. Semua bayaran hanyalah dibuat secara TUNAI di IVS pilihan anda.

Kesilapan yang kami telah lakukan:-
1. Gambar (foto pemohon) tidak mengikut ukuran 2 inci x 2 inci dan background warna "PUTIH"
2. Tidak meletakkan "BIN/BINTI" dalam nama kami. (Nama hendaklah EXACTLY sebagaimana tercatat di dalam paspot kita)
3. Salah satu daripada borang yang kami isi, tertinggal maklumat "Negara-negara yang pernah dilawati."
4. Salinan photostat muka depan paspot saja (mukasurat paspot yang ada tandatangan/ cap jari tidak dikemukakan)
Untuk kesilapan (1) gambar foto, di atas, walaupun saiz foto memang telah dinyatakan di laman visa itu, kami ingat gambar ukuran paspot biasa kira okay la. Saiz 2" x 2" ini agak pelik bagi kami. Kena reject juga. Untuk menjimatkan masa dan perjalanan ke IVS, kami pun ambil foto baru di IVS itu sendiri. Kena charge RM15 seorang untuk empat keping gambar yang bersaiz pelik itu.

Kesalahan (2) tidak meletakkan "BIN/BINTI" sedangkan dalam paspot ada "BIN/BINTI". Borang kami kena reject. Kami ada pilihan samada balik ke rumah dan buat semula borang permohonan yang baru di online, ataupun upah depa di IVS itu untuk buat semula borang.

Kesalahan (3) Oleh kerana mereka charge RM15 lagi untuk membuat semula borang permohonan baru (depa yang isikan kat komputer depa), untuk 4 orang pemohon, kami kata okayla... bayarla RM15 lagi dan isi maklumat yang tertinggal itu.

Kesalahan (4) kena bayar 50 sen bagi setiap salinan photostat.


Tips:-
i) Untuk visa perlancongan, sila pilih "Validity" = 6 bulan dan "Multiple Entries" kerana harga visa dan service charge adalah sama untuk 1 hingga 6 bulan, samada "Single Entry" maupun "Multiple Entries"

ii) Catit no. POSKOD referee di India dan referee di Malaysia (maklumat referees ini ditanya di dalam borang) - Walaupun kita isi borang permohonan dengan segala butiran, tidak semua butiran akan tercetak apabila kita mencetak borang tersebut, contohnya, POSKOD ini.

iii) Datang ke IVS sebelah pagi sebelum 12 tengahari. Dibuka pada pukul 9 pagi (kami mula masuk jam 8.45pagi untuk menyerahkan borang). Orang ramai. Sistem pengurusan permohonan adalah manual dan tidak canggih. Masa menunggu agak lama. Ruang terhad. Kerusi duduk tidak cukup. Aircond tak kuat. Kalau borang permohonan tu everything ok dan anda adalah yang terawal sampai ke IVS, mungkin ianya akan mengambil masa satu jam lebih untuk selesai.
(Giliran permohonan secara manual... ada yang diberi nmbor dan ada yang tidak)

(Walaupun awal pagi telah sampai, hampir tengahari baru selesai, itupun kena datang balik esoknya untuk submit yang anak bawah 12 tahun punya)

Kami selesai urusan memajukan permohonan visa tersebut tetapi terpaksa datang semula ke IVS keesokan harinya untuk memajukan borang anak yang berusia 12 tahun ke bawah. Borang yang dibuat semula itu perlu di cap jari (as per paspot) oleh anak.


(Bahagian atas mukasurat depan borang permohonan yang telah siap dicetak)

(Bahagian bawah mukasurat akhir borang permohonan yang telah siap dicetak)

Kami telahpun mengambil visa kami petang tadi. So...beres urusan visa....!! Inilah lebihkurang rupa visa yang ditampal dalam paspot kita tu..hehehee..






No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...