Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Saturday, 11 October 2014

Turki (Jun 2011) Part 1 : Foto-foto percutian

Setelah kami kurang berpuas hati dengan pakej percutian berkumpulan (group tour) yang ekonomi semasa ke China dahulu, kami mencuba pula pakej percutian berkumpulan yang agak mahal sedikit untuk ke Turki. Oleh kerana ianya pakej yang "up" sedikit, kami hanya pergi berdua, tidak bersama anak-anak.

Bukan kami tidak berpuas hati dengan kualiti pakej group tour ekonomi, tetapi yang membuatkan kami merasa serik adalah jadualnya yang terlampau padat sehinggakan kami tidak merasanya bahawa ianya suatu "vacation" di mana kita akan lebih bersantai sambil melawat tempat orang. Bayangkanlah, sampai dah lewat petang, dari airport singgah makan malam dan terus ke show sebelah malam pada hari ketibaan tu. Balik hotel dah tengah malam, esok pagi-pagi lagi kena bangun untuk perjalanan yang agak jauh.

Pakej yang "up" ini lebihkurang juga kerana ada di antara itinerary yang melibatkan lawatan yang memang dibuat supaya para pelancong akan melawat sambil membeli belah contohnya seperti kilang pakaian kulit, yang mana harganya mungkin lebih mahal jika dibandingkan kalau kita rajin mencari di kedai-kedai pakaian kulit di bandar. Cuma pakej yang "up" relaks sedikit, tidak tight sangat jadualnya, dan hotel-hotel serta meals seharian tu lebih ummphh.

Semasa di Turki, kami diiringi oleh pemandu pelancong Turki yang berpengalaman serta knowledgeable. Puas hati dengan penerangannya di setiap tempat yang dilawati. Sekarang ini, beliau mungkin telahpun memulakan bisnes perlancongannya sendiri sebab beliau memang ada menyebut bahawa ini adalah kali terakhir beliau bertugas sebagai pemandu pelancong yang bekerja makan gaji dengan syarikat. Kata beliau, akan berhenti dan memulakan bisnes perlancongannya sendiri di tahun berikutnya.


Pengalaman percutian (secara berkeluarga) kami bolehlah disimpulkan seperti berikut:-
  1. Kami inginkan pakej yang paling ekonomi tapi tidak mahu meletihkan (bukan namanya percutian pada hakikat sebenarnya, cuma lawatan sana-sini dengan masa yang singkat)
  2. Kami inginkan pakej percutian yang pada hakikatnya memang percutian, bukan hanya setakat berjalan-jalan sana-sini, tetapi tak maulah pada harga yang agak mahal.
  3. Kami berpuas hati dengan membuat pakej percutian kami sendiri melalui tempahan terus atas talian, tapi ini memerlukan perancangan awal dan teliti, serta agak "laborious" untuk disiapkan.
Hari ini, kami berpuas hati melaksanakan percutian keluarga, melalui kelab percutian kami samada melalui Dreamtrips ataupun melalui the world's leading travel booking website... dreamtripsLife, yang disediakan ekslusif untuk ahli-ahli.

Ingat-ingat lupa.. tetapi pada hari ketibaan ke Istanbul itu kami bermalam di sebuah hotel di Izmit.







Merakam gambar stadium semasa perjalanan ke Izmit sejurus tiba di lapangan terbang Turki. Cantik jer kereta-kereta yang nampak sebaris..







Marmara Sea dari suatu sudut pemandangan jalanraya











Perjalanan untuk ke Bursa, pusat pemerintahan pertama Empayar Ottoman di Turki dari tahun 1335 hingga 1413. Angin agak sejuk semasa menaiki feri untuk menyeberang ke sebelah sana.



Di Bursa, tidak jauh dari pakir bas pelancongan kami. Tertarik dengan kedai roti (fresh). Di sebelah kanan photo di bawah (tak nampak, kerana photo ini diambil untuk merakam gambar jalan yang menurun kebawah). Cuba buat perbandingan harga petrol di Turki pada waktu itu (2011)


Masjid Hijau Bursa (Yeşil Cami) ....


Kampung atau "countryside" di Bursa, CUMALIKIZIK, yang dianggap sebagai "civil masterpiece" yang dibina semasa pemerintahan Sultan Orhan Gazi (1326-1360).



Seronok benar nampak dok tengok harga minyak. Agaknya masa tu harga minyak menjadi isu kot kat Malaysia. Tak ingat dah apa cerita. Masa harga minyak dinaikkan sehingga 70sen (subsidi ditarik sebanyak 70 sen), kami berada di UK waktu tu.


Rasa-rasanya ini tempat kami singgah di sebuah restoran untuk makan tengahari. Tak ingat dah apa nama tempat dan restoran tu. Bunga-bunga tu ditanma dibahagian depan restoran. Yang sebelah bunga tu adalah pemandangan seberang jalan hadapan restoran. Photo yang single itu adalah pemandangan arah jalan yang akan dituju selepas makan tengahari.


Selepas makan tengahari, kami melawat The Asklepion (Healing Center) di Pergamum.  Asklepion di zaman Greek dan Rom kuno, adalah merupakan biara/temple yang suci bagi tuhan Asclepius. Cerita lebih lanjut mengenai Asklepion ini boleh dibaca di SINI.


Ephesus, The House of Virgin Mary. Adalah dipercayai oleh penganut agama Kristian, kediaman terakhir Virgin Mary dipercayai berada di kawasan tanah tinggi ini. Klik DI SINI untuk membacanya dengan lebih lanjut.


The Ruins of Ancient City Pergamum



Kalau tak silap ini adalah satu shot dari bilik hotel kami di Kusadasi



Entri ini dah jadi terlalu panjang agaknya. Kami akan sambung kemudian nanti. Part 2 akan menyusul selepas ini...

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...