Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Showing posts with label Lucknow. Show all posts
Showing posts with label Lucknow. Show all posts

Thursday, 18 December 2014

India Nov 2014 - Day 4 - Dari Lucknow ke Agra


Ini gambar depan Hotel Piccadily. Kena masuk melalui imbasan keselamatan. Di mana-mana hotel India yang kami tinggal, semuanya macam ni.

Phoenix Mall tidak jauh dari hotel kami. Pagi sebelum check out, kami berjalan kaki untuk meninjau mall tersebut.


Pintu masuk utama Phoenix Mall pun sama. Kena imbas untuk masuk.


Ini salahsatu kedai yang ada dalam Phoenix Mall. Ada juga alat imbasan di pintu masuk.


Kebanyakan kedai di Phoenix masih tutup kerana masih awal pagi (sebelum jam 11 pagi). Kami balik ke hotel untuk urusan check out.  Dalam perjalanan menuju ke stesen keretapi, sempat lagi singgah di Hazratganj untuk menukar baju yang tersilap saiz di kedai adachikan.

Di kawasan membeli belah yang terletak di Hazratganj, Lucknow... berdekatan dengan adachikan



Di dalam kedai adachikan... 




Selepas membelibelah di kedai ini, kami hanya perasan bahawa kami tertinggal sebuah beg plastik yang mengadungi barangan yang kami beli di Phoenix Mall sebelumnya. Kami hanya menyedarinya setelah berada di dalam keretapi menuju Agra. Dalam keretapi, kami menelefon kedai adachikan tersebut untuk memastikan barangan tersebut sememangnya tertinggal. Keesokan harinya kami meminta Praveen (pemandu pelancong kami di Lucknow) untuk mengambilnya di adachikan, kemudian poskan ke Delhi ke pejabat GoMy Journey (tour operator kami). Barangan itu selamat sampai ke tangan kami setelah kami pulang semula ke Delhi 10 hari kemudian.


Di Lucknow Junction Railway Station, kami menunggu train 12003 Swarna Shatabdi yang bermula di Lucknow dan berakhir di New Delhi. Kami turun dipertengahan jalan iaitu di Tundla Junction, yang berdekatan dengan Agra.


Tiket koc kelas 1 (First Class AC Chair) ditempah sejak awal-awal lagi. Siap ada nama ditampal di bahagian luar koc berkenaan.


(Ini penumpang yang duduk atas Koc Kelas 1 juga, cuma tak bayar harga tiket aja)

Di dalam koc. Makanan disediakan sebanyak dua kali dalam perjalanan kami yang mengambil masa 3 jam lebih untuk sampai ke Tundla.  Kami hanya makan biskut kering dan minum jus dalam tin saja. Soup, kopi, teh dan lain-lainnya kami tak sentuh (phobia nasihat sakit perut air India - Alhamdulillah di sepanjang percutian kami, tidak seorangpun kena sakit perut/ceret beret)


Di stesen Tundla, Sunir, driver kami telah siap tunggu kami. Beliau memandu dari Delhi. Sampai lebihkurang 7.20pm, hari sudah gelap.


Kami terus ke Agra dan singgah di restoran berdekatan dengan hotel kami. Of course, menu yang sama lagi dengan tambahan roti nan.



Hotel kami di Agra - Taj Gateway...




Keesokan harinya selepas sarapan pagi, bersiap-siap untuk mengunjung The Red Fort, Taj Mahal dan Ud-Daula Tomb.

Tuesday, 16 December 2014

India Nov 2014 - Day 3 - Lucknow



BARA IMAMBARA

Tarikan utama Lucknow adalah Bara Imambara. "Bara" walaupun ejaannya serupa tapi cara sebutannya adalah berlainan sedikit. "Bara" bermakna "grand", "besar" dan "Imanbara" bermakna "tempat Imam", "Imam's place/shrine". 

Imambara-imambara yang terdapat di Lucknow ini dahulunya dibina oleh Nawabs (bermakna wakil pemerintah, nazir, chief minister). Sejarah Nawabs boleh dibaca di SINI. Imambara ini selalunya dijadikan tempat berkumpul dan Imam kawasan di situ akan memberikan ceramah/makluman keagamaan. Ianya bukan tempat untuk solat (yang dilakukan di masjid-masjid). Di sini biasanya ada makam Nawab yang membina imambara tersebut.

(Dalam perjalanan menuju ke Bara Imambara)
Tiket untuk memasuki kawasan Bara Imambara. Tiket ini juga sah (combined pass) untuk memasuki kawasan Chota Imambara yang ada berdekatan.


Berikut ini adalah foto-foto di kawasan perkarangan Bara Imambara.

(Praveen, tourist guide kami di Lucknow)

Dan yang berikut ini adalah sebahagian dari bahagian dalaman Bara Imambara.


lucunya..mamat ni tetiba je datang nak tumpang bergambor..

Makam Nawab Asafu'd Dawlah Bahadar yang membina Bara Imambara ini


Untuk naik ke bahagian atas, bayaran tambahan dikenakan. Tourist membayar tiket dengan harga berganda jika dibandingkan dengan harga tiket untuk pelancong tempatan. Contohnya, untuk memasuki labyrinth ini, "foreigner" membayar Rs500/person berbanding dengan Rs50/person bagi orang tempatan. Polisi ini dilakukan di mana-mana tempat tarikan pelancongan di India (at least, di semua tempat yang kami lawati di India).  Kebanyakan tempat tidak dibenarkan memakai kasut, mesti ditinggalkan diluar.  Yang tak bestnya tahi burung merata-rata tempat... so pastikan memakai stokin selalu ataupun bawa selipar hotel bila nak pergi jalan-jalan.


Sebahagian dari foto-foto setelah kami berada di kawasan atas bangunan.


(Cara dahulu memberi isyarat dengan melakukan ketukan-ketukan di dinding)




Foto-foto pemandangan dari atas


Di bawah lindungan pokok-pokok, terdapat penempatan orang-orang tempatan (tempat tinggal orang sekitar yang tidak mempunyai rumah/penempatan yang tetap)




CHOTA IMAMBARA  & RUMI DARWAZA

Chota Imambara dibina oleh Muhammad Ali Shah (Nawab ke-3). Di sini terdapat makam beliau sendiri dan juga ibunya. Antara tarikan yang berdekatan di sini adalah Rumi Darwaza yang merupakan sebuah pintu gerbang.

(RUMI DARWAZA)

Sekitar perkarangan Chota Imambara

 

 Bahagian dalam bangunan Chota Imambara





Kami diberitahu oleh pemandu pelancong bahawa benda ini (gambar di bawah - dah lupa apa namanya), akan diarak sekitar Lucknow pada setiap awal Muharram. Rekabentuk benda ini tidaklah sama dan berlainan yang ada di setiap imambara. Setiap tahun mereka akan buat yang baru.


Di setiap imambara, ada tujuh ruangan yang dibina untuk meletakkan/mempamerkan barangan seperti benda di atas dan juga naskah qur'an seperti gambar di bawah.  Dua daripada 7 ruangan tersebut (ruangan paling tepi di sebelah kiri dan sebelah kanan) tidak digunakan untuk mempamerkan apa-apa dan hanya digunakan sebagai laluan. Mengikut kata pemandu pelancong, ruangan pertama adalah sebagai mengenang Nabi Muhammad (mereka panggil Muhammad Syarif from Mecca?), ruangan kedua untuk Sayyidina Ali, yang ketiga untuk Sayyiditina Aisyah, keempat untuk Imam syiah mereka dan yang kelima untuk benda yang mereka arak disekitar Lucknow pada setiap awal Muharram.


Foto di bawah ini sebenarnya mengandungi tulisan al-qur'an yang amat halus, katanya cukup 30 juzuk dalam satu frame gambar di bawah ini.


(Foto dari kamera Samsung)
(Foto dari Samsung S2)
Ini gambar diluar pintu gerbang Chota Imambara. Lucknow ini terkenal dengan Chikan (embroidery kapas). Kami mengambil kesempatan untuk membeli chikan di kawasan membeli belah di Hazratganj,


SUV kami telah menunggu diluar untuk membawa kami ke restoran makan tengahari. Ya. Menu yang sama juga sejak sampai, chicken beryani, basmathi dan boneless butter chicken non-spicy curry.




IMAMBARA SHAH NAJAF


Foto di kawasan dalam imambara Shah Najaf ini tidak dibenarkan. Imambara ini terletak di kawasan lain.






SEKITAR LUCKNOW

 


 
"Laundry?" Kawasan di mana mereka menjemur kain kapas
untuk diproses menjadi pakaian.



 

Antara tempat tekstil yang kami lawati di Lucknow...


Keesokan hari kami bertolak ke Agra dengan keretapi.


Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...