Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Tuesday, 20 October 2015

Sibenik, Croatia

10 Jun 2015

Petang lebihkurang pukul 5 lebih mula bertolak ke Sibenik dari Plitvice. Waktu siang agak panjang, jam 8 baru matahari nak tenggelam, sedang elok sampai ke Sibenik dengan bajet masa untuk mencari tempat penginapan yang telah ditempah. 

Masing-masing kepenatan meneroka Plitvice tadi.. dan melentuk sepanjang perjalanan selama lebihkurang 2 jam,nak sampai Sibenik baru mula buka mata.  Highway mereka sangat baik dan kenderaan pun tak banyak mana.




Panduan waze tidak membawa betul-betul di depan Apartment Dvije. Tersasar sedikit sebelum jumpa apartment tersebut. 

Host, Jasmina Baric, seorang yang mesra serta peramah, siap bagi cenderamata, hasil kerja tangan jiran mereka untuk kami.  Ahli keluarganya tidak dapat bercakap Inggeris, jadi Jasmina yang akan menterjemahkan bila kami berborak-borak sambil mendapat tips menziarah tempat-tempat di Sibenik. Asalnya kami bercadang untuk ke Dubrovnik, tetapi setelah mendengar saranan mereka, kami mengubah haluan untuk memasuki Bosnia Hezegovina, menziarah Mostar (artikel selepas ini nanti).



11 Jun 2015

Hari pertama di Sibenik, aktiviti hari ini ialah mendobi pakaian sejak hampir dua minggu kami mengembara, dah kehabisan baju bersih untuk dipakai  Apartment menyediakan mesin basuh, cuaca yang agak panas dan berangin membolehkan pakaian senang je kering. Kemudian kami ke pasar basah, 3km dari situ.

Singgah meninjau Coastal Town Area dulu sebelum ke pasar.


Selepas tu ke pasar Sibenik, mencari ikan (Sibenik ribarnica fish market)





Balik ke apartment, masak untuk makan tengahari.  Puas hati dapat masak ikan yang segar, berselera Theha meratah ikan goreng satu persatu.  Dah kekenyangan, rasa malas pula nak keluar jalan-jalan. Tapi bahang cuaca yang mula panas membuatkan kami tak betah berada di rumah... dan akhirnya  kami keluar semula ke "tourist area/ center" Sibenik.  Ia merupakan sebuah pekan kecil yang mula dikenali oleh pelancong.

Sibenik Town Center / Tourist Area








  

















Sebelum balik ke apartment, kami explore kawasan pantai Vodice  ..terletak across laut, boleh nampak dari town/tourist area.  Tuan gerai cenderamata dalam gambar di atas yang tunjukkan (across gerai dia), tetapi kena memandu kereta setengah pusingan untuk sampai ke sana (unless kalau naik bot)







Singgah isi minyak kereta dulu, sebelum balik ke apartment kerana esoknya kami akan ke Bosnia Hezegovina. Di apartment, baru perasan bahawa setiap pembelian, dari ikan segar, groceries hinggalah ke minyak kereta, semuanya dikenakan cukai sebanyak 25% (lebihkurang GST kita 6% yang tidak melibatkan semua barangan)


Ini dah pukul 8 malam lebih, rakam gambar matahari terbenam dari anjung apartment penginapana kami..


Ini host apartment tempat kami menginap, Jasmina Baric dan anaknya yang didokong oleh nenek.


TIPS

Bercerita pasal masak sendiri.. kini semuanya menjadi mudah.. Sabun Taharah tersenarai dalam item yang perlu kami bawa bersama semasa kembara...

Mencuci alatan yang digunakan, satu kali dengan air tanah dan 6 kali lagi dengan air mutlak... selebihnya bertawakal...

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...