Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Saturday, 27 February 2016

Winter di Tokyo, Hakone

31 Disember 2016


Bermula dari Koyama... hari ni aktiviti bermula awal pagi kerana kami ingin berada di Hakone (lebihkurang 100km dari Tokyo) seawal mungkin untuk menjelajah kawasan sebelum terbenam matahari jam 5 petang.




Lebih jimat untuk mengambil Hakone Free Pass untuk ke Hakone (menggunakan keretapi laju Romance Car atau rail biasa dari Shinjuku) dan bersiar-siar di Hakone menggunakan semua pengangkutan awam yang tersedia..


Kawasan yang ingin dijelajahi di Hakone....

Papan tanda amaran "keganasan terhadap petugas stesen"?



Ke Shinjuku untuk ke stesen Odakyu Shinjuku, menaiki Romance car...




Pada hari sebelumnya, semasa membeli Hakone Free Pass di Odakyu Travel Desk (stesen Shinjuku), kami terus menempah keretapi Romancer Car limited express (kerana ianya terhad) untuk sampai lebih cepat ke Hakone berbanding dengan rail biasa. (harga tiket Romance car ini telah termasuk dalam harga Hakone Free Pass)



Di stesen Shinjuku (Odakyu line) sementara menunggu untuk menaiki keretapi yang dijadualkan berlepas jam 9.30 pagi untuk ke stesen Hakone-Yumoto....










Keretapi dah sampai.. off to Hakone...





Dalam perjalanan ke Hakone..







Sampai di stesen Hakone-Yumoto







Keluar stesen Hakone-Yumoto untuk menaiki bas ke Ashi Lake...



Sebelum itu, round kawasan sekitar stesen dulu..









Hakone Tozan Bus ke Lake Ashi..






Di sepanjang perjalanan bas ...









Sepatutnya turun di stesen Motohakone-ko untuk menaiki feri.. tetapi terlalut hingga ke stesen penghujung Tozan Bus, stesen Hakone Machi-ko. Ada juga feri di sini, tetapi tambangnya tidak termasuk dalam Hakone Free Pass..






Round kawasan dulu sementara menunggu bas untuk berpatah balik ke stesen Motohakone-ko..






Stesen Motohakone-ko.. setelah berpatah balik dengan bas..







Tidak berpeluang menaiki feri ini pada tahun 2001 dulu akibat angin kencang...



Cari sarapan pagi dulu sebelum menaiki feri Lake Ashi..




(7-11 Hakone)

Dah beli breakfast.. makan di tepi tasik...

si peminat kucing berkongsi sarapan..


Jeti Lake Ashi cruise...







Dalam pelayaran dari Motohakone-ko ke Togendai-ko..












Sampai di jeti di Togendai-ko, naik Hakone Ropeway pula ...









Explore view point, dalam hutan kecil di stesen Ubako.. 

















Perkhidmatan ropeway dari Ubako ke Owakudani dan seterusnya ke Sounzan ditutup sementara waktu apabila pihak berkuasa mengesan kegiatan seismik/gunung berapi. Bas disediakan dari Ubako terus ke Sounzan..


Di Sounzan..




Dari Sounzan, stesen berikutnya, Gora, menggunakan cable car..






Sampai ke bawah, naik local rail/tren untuk ke stesen Hakone-Yumoto..





Ada lagi kawasan menarik untuk bersiar sebelum sampai ke stesen Hakone-Yumoto, tetapi kami tidak berhenti oleh kerana hari dah hampir gelap..




Sampai di stesen Hakone-Yumoto, naik tren biasa (bukan express Romance Car) untuk ke Shinjuku, Tokyo.. (seat keretapi tu hangat... ada pemanas.. selesa duduk musim sejuk begini)




Dari Shinjuku, balik ke Koyama, sempat lagi ke restoran sushi yang sama, untuk dinner. Kami di antara pelanggan terakhir yang dined in malam itu...




No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...