Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Wednesday, 17 January 2018

North Perth, Cervantes - Dec 2017

24 Disember 2017

Sehari sebelum hari Krismas kami memandu ke arah utara Perth ke area Cervantes, sejauh lebihkurang 270km sehala. Dalam perjalanan kami singgah ke tempat-tempat berikut:-

Kami sampai agak awal pagi di Nanchep National Park. Tiada orang, kecuali sebuah kereta lain. Kami singgah pun tidak lama, sekadar untuk melihat kawasan dan tidak bersiar-siar secara menyeluruh di dalam kawasan. Kami jumpa banyak kangaroo liar di sini, sedang makan dan melompat-lompat.  Bila dihampiri mereka menjauh masuk ke dalam semak.

 
 
 

Dalam perjalanan ke Moore's River Estuary, ternampak sign board Gravity Discovery Center. Detour 15km ke kanan jalanraya untuk ke tempat itu. Walaubagaimanapun, tempat itu ditutup kerana menjelang hari Krismas (agaknya). 


Moore's River Estuary tidak ada di dalam itinerari asal kami, tapi dicadangkan oleh tuanpunya homestay. Ia adalah tempat pertemuan Moore river dengan Lautan Hindi. 

Menarik sebagai tempat perkelahan dan mandi-manda dengan pemandangan yang indah.  kami mencari tempat yang sesuai untuk berkelah, buka bekal yang dipak dari rumah.  Rezeki murah.. tuan rumah pun bekalkan roti canai dengan kari kambing dan sambal yang sangat enak.

 
 
 

Dari Moore river kami bergerak ke Lancelin untuk ke tempat orang main sand boarding. Cuaca nampak amat panas dari dalam kereta. Dari jauh dah nampak dataran pasir halus putih melepak. Angin bertiup agak kuat, rasa nyaman dan bila berjalan-jalan tanpa selipar/kasut, pasir yang dipijak pun terasa sejuk.

Dalam perjalanan, ada nampak beberapa tempat untuk menyewa papan luncur ini. Kami sewa papan luncur di tempat bermain dengan harga $AUD10 sekeping untuk 2 jam. Tinggalkan lesen memandu kepada penyewa.

 
 
 
 

Ada dua jenis papan luncur.. yang duduk dan berdiri.  Letih dok turun-naik memanjat bukit pasir untuk bermain papan luncur, masa turun seronoklah... tak sampaipun 2 jam bermain, kami mula beredar untuk ke Pinnacles. Berdekatan dengan tempat bermain papan luncur, kami singgah sebentar di Lancelin Lookout point untuk menikmati pandangan laut yang berlatar-belakangkan tempat kami bermain papan luncur tadi.

 
 
 

Kemudian barulah kami ke The Pinnacles yang merupakan tarikan utama di kawasan Cervantes ini. The Pinnacles adalah kawasan padang pasir yang dipenuhi oleh ceracak batu kapur.  Bayaran masuk ialah $AUD12 untuk satu kenderaan.  Ada dua cara untuk meninjau kawasan itu samada berjalan kaki atau pun dengan kereta mengikut trek masing-masing.  Parking ada tersedia di beberapa tempat untuk berhenti seketika.
".... just how limestone formed in the shape of pinnacles continues to puzzle scientists...."
 
 
 
 
 
 

Sebelum beredar dari tempat ini, kami singgah di visitor center, ada infomasi berkenaan pembentukan limestones dan ada juga kedai cenderamata di sini.  Jam dah hampir 4 petang (taman ini akan mula ditutup jam 4.30pm) kami terus ke Lobster Shack yang tidak berapa jauh dari situ.

Memandangkan menjelang hari Krismas, Lobster Shack telahpun ditutup operasi semasa kami sampai.  Semua kedai lain yang berdekatan pun telah tutup. Penggemar lobster kempunan kerana harga lobster lebih murah jika dibandingkan dengan harga lobster di Malaysia.  


Selepas solat berhampiran padang berdekatan dengan kawasan itu, kami ke Lake Thetis, yang terletak dalam dua/tiga kilometer dari lobster shack.

Lake Thetis adalah salahsatu daripada beberapa tempat di dunia yang ada hidupan marin stromatolite (kehidupan terawal bumi).


Tempat ini juga kosong dari para pengunjung sewaktu kami sampai, hanya sebuah keluarga dari Malaysia yang kami jumpa sampai ke sini tidak berapa kemudian selepas kami sampai.

 
 
 

Jam telah 6pm lebih, kami pun bergerak pulang menempuh perjalanan sejauh lebihkurang 270km untuk sampai ke Perth. Kami tidak risau sangat kepada jalanraya yang gelap (haiwan melintas) kerana musim ini hari siangnya agak panjang. Kami kira, bila hari dah mula gelap kami pun telahpun akan menghampiri kawasan bandar.

Sesampai di rumah.. rezeki kami lagi.. makanan sudah terhidang di atas meja.  Wow.. heaven.. kata anak gembira kerana ada sup kambing kegemaran dan tak perlu menunggu lama untuk makan malam siap.  Kebetulan siang tadi tuan rumah telah mengadakan majlis cukur jambul untuk dua anak buah yang baru lahir.

 



No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...