Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Wednesday, 10 January 2018

Fremantle - December 2017

23 Disember 2017

Itinerari sebelah pagi pada hari ini adalah kawasan Fremantle (sering juga disebut 'Freo') yang jauhnya lebihkurang sejam perjalanan dari homestay di Elward Way. Dari homestay, kami memilih jalan tepi laut (highway 71) untuk menikmati pandangan tepi laut (Indian Ocean / Lautan Hindi). Jalan tengah (melalui South Perth) untuk ke Fremantle adalah lebih jauh sedikit tetapi lebih cepat berbanding dengan jalan tepi laut.


Apabila sampai di Fremantle, tempat pertama kami singgah adalah Rainbow Sea Container yang merupakan suatu skulptur/koleksi Public Art Fremantle.

 
 
 
 

Pandangan ke Swan River yang terletak di bawah, dekat dengan taman ini..



Dari situ kami ke satu lagi icon Freo, iaitu The Old Round House, yang mula dibina pada 1830 dan disiapkan setahun kemudian.


Pandangan ke hadapan dari tangga The Round House ini adalah menarik oleh kerana cat jalur kuning yang di cat di bangunan dan jalanraya membentuk suatu lingkungan..


Parking berdekatan The Round House agak terhad, lalu kami memakir di tanah kosong (bukan tempat pakir) tepian laut, di Old Water Front.


 Dari sini kami masuk terowong untuk tiba di bahagian hadapan The Old Round House


Pemandangan sekitar The Old Round House

 
 


Sebelum meninggalkan the Round House, kami memandu hingga ke hujung jalan di mana terdapat rumah api sambil melihat kawasan sekitar..


Kemudian kami meninjau ke penjara Fremantle. Kawasan masuk bertiket, kami hanya melihat dari luar kerana nak ke E-Shed Market dan Freemantle Markets.. apa lagi kalau tak bershopping..



Di E-Shed Market.. lebihkurang macam bazar tempat kita... semakin suram kerana persaingan dengan Freo Market.  Pelancong Malaysia pasti akan berkunjung ke sini kerana ada dua kedai cenderamata yang sering disebut-sebut harganya yang murah iaitu Megabes dan Aussin yang kedudukannya sebelah menyebelah sahaja.  Megabes juga mempunyai satu lagi cawangan di freo market.



FreO Market... lebih banyak barangan, dan lebih moden berbanding dengan E-Shed.. dalam market ini beli aiskrim yang di canai untuk Theha, bukan aiskrimnya sangat yang menarik tetapi peniaganya yang datang dari Penang.. (tak amik foto pulak).  Honey cake di sini pun tak kurang enaknya..

 

Pengunjung Malaysia yang pernah datang ke Fremantle merekomenkan Kailis Fish & Chips.. 


Kami makan tengahari di restoran fish & chips juga, tetapi di Cicerellos yang terletak disebelah restoran Kailis. Hidangan 'Family Menu' untuk kami berlapan dalam sekitar AUD$90++.

Ramai juga pengunjung restoran yang memberikan tiket pakir (yang belum tamat tempoh waktu) kepada pengunjung yang baru sampai ke tempat pakir di sekitar restoran-restoran ini. Pakir tidaklah mahal sangat, dalam AUD$2 untuk sejam (kalau tak silap), masukkan syilling dalam meter untuk mendapatkan tiket pakir (dipaparkan di dashboard)


Setelah makan tengahari, kami pun menuju ke Perth city pula...mencari strudels...

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...