Day 3 - 26/6 Selasa : REYKJAVIK ke LAMBAFELL (270km)
Seawal jam 6 pagi, dah bersiap-siap untuk mula memandu. Hujan gerimis, sempat rakam kelibat pelangi di kawasan penginapan sewaktu gerimis berhenti seketika. Cuaca cepat sangat bertukar, dari cerah kemudian langit diliputi awan hitam, dan sepantas tu jugalah pelangi menghilang.
Masih terlalu awal pagi. Þingvellir National Park pun masih belum dibuka lagi. Meninjau kawasan sekitar untuk disinggah.
Airterjun Oxararfoss
Ada beberapa tempat yang menarik untuk dilawati dalam sekitar 10km radius di Þingvellir National Park ini. Tempat2 tumpuan mempunyai papan-arah yang jelas dan senang dikunjungi dari tempat parking kereta. Kami berada di sini lebih dari 2 jam.. itu pun bukan semua tempat disinggah. P1, P2 dan seterusnya itu ialah parking yang berdekatan dengan tempat tarikan tersebut.
Salahsatu tarikannya adalah Silfra, garis sempadan North America dan Eurasian plates. Tempat ini menjadi tumpuan penyelam-penyelam/snorkelling air tawar.
Bersiar-siar (jalan kaki) di kawasan sekitar Pingvallakirkja, (kirkja bermaksud gereja) antara gereja yang terawal dibina di Iceland.
Selepas itu kami menuju ke Geysir. Sebelum sampai, singgah makan aiskrim dulu di Estidalur farm
Tips: Laugarvatn Fontana, tempat dimana roti dibakar menggunakan suhu dari geothermal, 32km daripada pingvellir sebelum sampai ke Geysir (kami tidak singgah di sini).
Menunggu geysir memancurkan air panas, setiap beberapa minit sekali. Masing-masing dah standby dengan kamera. Kami hanya memerhati dari jauh. Bau sulfur agak kuat menusuk hidung.
Dari Geysir ke Gullfoss Falls, air terjun yang paling lebar di Iceland. Untuk sampai ke situ perlu berjalan kaki melalui laluan cerun 300m. Kasut yang sesuai sangat penting dan baju hujan yang dibeli tadi berguna di sini.
Hari petang barulah kami sampai ke kawasan berdekatan dengan tempat penginapan seterusnya di Lambafell. Sebelum sampai, singgah dulu di Seljalandsfoss. Air terjun yang menjunam jatuh ini boleh nampak dari jalan utama ring road lagi.
Mendaki untuk ke bahagian belakang airterjun.. laluan agak licin dan basah dengan tempias air dan hujan yang renyai2. Pengunjung pula agak ramai menyebabkan laluan agak sukar. Tapi bila dah berada di situ, rasanya tak mahu bergerak kemana2 lagi, menikmati indahnya kejadian alam ini sepuas-puasnya..
Di belakang airterjun..
Pakir di kawasan Seljalandfoss ini dikenakan bayaran. Ada meter dan bayaran boleh dibuat melalui wang tunai ataupun kredit/debit card. Bayaran pakir untuk sehari suntuk dlm 700 Iceland kroner (lebihkurang RM28)
Kemudian kami terus ke Skogafoss, melewati tempat penginapan kerana esok pagi-pagi boleh terus ke destinasi seterusnya tanpa perlu singgah di airterjun ini lagi. Hari masih cerah walaupun jam ditangan sudah menunjukkan jam 6pm lebih.
Agak kepenatan juga untuk sampai ke puncak air terjun dengan mendaki anak tangga yang tinggi. Foto-foto pemandangan dari atas.
Turun ke bahagian hadapan airterjun..
Ini pula pemandangan ke arah kawasan airterjun dari jalanraya diluar sana. Bunga purple ini namanya Alaskan Lupine flower hampir dikebanyakan tempat kami temui di Iceland. Tapi di sini seluas-luas kawasan dipenuhinya..
Dalam jam 8pm lebih kami berpatah balik untuk ke tempat penginapan di Welcome Holiday Home.
Penginapan yang 'simple' tetapi lengkap segalanya, peralatan memasak pun disediakan. Tapi kami hanya satu malam di sini.
Ringkasan perjalanan hari ini.
No comments:
Post a Comment