Day 6 - 29/6 Jumaat : Akureyri, Ólafsfjörður dan Siglufjörður
Akureyri terletak di utara Iceland, merupakan bandar kedua terbesar selepas Rekjavik. Bandar yang cantik dikelilingi banjaran gunung-gunung yang tinggi, yang masih ada sisa salji dipuncaknya. Purata suhu pada musim panas ialah 14C. Impian untuk melihat dengan jelas matahari selepas jam 12 tengahmalam masih tidak kesampaian memandangkan awan yang tebal meliputi hampir keseluruhan ruang udara.
Hari ini, hampir keseluruhan itinerary yang dirancang berubah. Lawatan pertama di hari ke-2 di Akureyri, kami ke Folk Art Museum Safnasanid berdekatan dengan tempat penginapan di Svalbardseyri. Terlalu awal pagi lagi untuk dibuka. Ambil foto di bahagian luar museum saja.
Hari ini, hampir keseluruhan itinerary yang dirancang berubah. Lawatan pertama di hari ke-2 di Akureyri, kami ke Folk Art Museum Safnasanid berdekatan dengan tempat penginapan di Svalbardseyri. Terlalu awal pagi lagi untuk dibuka. Ambil foto di bahagian luar museum saja.
Anjing penjaga (?) di dalam museum yang berlari turun tangga apabila perasan kelibat kami di kawasan luar
Ada tempat pakir overlooking bandar Akureyri di seberang sana laut... jika taknak pening2 nak cari tiket parking, boleh naik city bus yang tambangnya percuma.
Nun di hujung sebelah kiri foto di bawah ini adalah landasan kapalterbang.. ada sebuah kapalterbang kecil sedang berlepas sewaktu foto ini diambil..
Akureyrarkirkja menjadi simbol kepada bandar Akureyri adalah sebuah gereja lutheran
Salahsatu di antara banyak cruise liners yang singgah di Akureyri. Foto yang di ambil dari kawasan perkarangan Akureyrarkirkja, yang tadinya foto diambil dari tanah tinggi di seberang sebelah sana
Di bahagian bawah Akureyrarkirkja, tempat kami pakir kereta sekejap tanpa bayar parking kerana hari masih awal pagi. Lagipun, dari keterangan yang ada di situ, nampak gayanya tiket pakir boleh dibeli dari bank (?) di sekitar yang masih belum dibuka waktu itu dan juga di stesen-stesen minyak.
Mural di tempat kami pakir kereta..
Kemudian kami ke Botanical Garden, tiada bayaran masuk dikenakan..
Seterusnya kami pusing-pusing pusat bandar Akureyri. Hof Cultural and Conference Center, adalah salahsatu landmark yang ada di bandar Akureyri.
Ini pula Laxdalshús, rumah tertua di Akureyri yang dibina pada tahun 1795 dan dikekalkan/preserve sebagai sebuah museum sehingga hari ini..
Ini tugu yang menandakan penempatan pertama di Akureyri yang bermula pada tahun 890... Patung Helgi the Lean and Thorunn Hyrna. Ianya berdekatan dengan balai polis Akureyri, tetapi kami dua kali pusing kawasan itu sebelum jumpa tugu ini.
Sebelah tengahari pula, kami keluar Akureyri mengarah ke utara untuk lunch di salah sebuah restoran seafood yang ada di sana..
Melewati Dalvik, tetapi tidak masuk singgah ke pekan ini. Selepas Dalvik menyusur ke pekan Olafsfjordur pula, memandu di cerun gunung, berlatarkan gunung ganang di kiri dan di kanan pula hamparan laut yang tiada sempadannya. Pemandangan yang sangat cantik. Sebetulnya tak ada tempat yang tak cantik di Iceland ni, tak kira di kawasan mana yang kita terokai. Kemudian melalui terowong sepanjang 4.3km, dengan satu laluan sahaja. Ada beberapa tempat/ruang perselisihan disediakan bila kenderaan berselisih.
Ólafsfjörður - singgah di pekan ini sebenarnya untuk meninjau cafe makanan laut sekiranya ada, tetapi tidak jumpa yang berkenan. Pekan sekecil ini pun ada kolam renang awam, di mana air panasnya dari sumber semulajadi geo-thermal.
Untuk sampai ke pekan seterus, iaitu Siglufjörður, kami melalui 2 lagi terowong satu lorong (laluan satu kenderaan saja) yang mana lebihkurang setiap 100m (?) ada ruangan tepi untuk kenderaan berhenti memberi laluan kepada kenderaan satu lagi. Terdapat dua terowong, Southern tunnel sepanjang 6.9km dan Northern tunnel sepanjang 3.7km.
Keadaan menjadi tricky sedikit apabila bilangan kenderaan meningkat, selalunya dengan kenderaan para pelancong di musim puncak. Iceland yang keluasannya 103,000 kilometer persegi hanya mempunyai bilangan penduduk seramai 350,000 lebih sahaja (bancian March 2018) berbanding dengan Kuala Lumpur yang mempunyai keluasaan 243 km. persegi yang populasinya mencecah 1.8 juta orang (bancian 2017).
Dibawah ini sedikit rakaman video bila memandu melalui terowong ini...
Dan apabila bilangan kenderaan pada sesuatu masa itu agak terlebih, sehingga ruang tepi yang disediakan untuk kenderaan berselisih tidak memadai, maka terpaksalah cuba berselisih juga dengan ruangan yang sempit.
Pemandangan di sekitar pekan Siglufjörður...
Dan apabila bilangan kenderaan pada sesuatu masa itu agak terlebih, sehingga ruang tepi yang disediakan untuk kenderaan berselisih tidak memadai, maka terpaksalah cuba berselisih juga dengan ruangan yang sempit.
Pemandangan di sekitar pekan Siglufjörður...
Restoran makanan laut Hannes Boy... makan tengahari di sini hari itu..
Mula meninggalkan pekan ini untak balik ke Akureyri..
Berhenti sekejap di rumah burung (masih lagi di pekan Siglufjörður) ..
Setelah sampai semula di Svalbarðseyri (kawasan tempat penginapan), kami singgah dulu rumah api yang terletak berdekatan dengan tempat penginapan.
No comments:
Post a Comment