Cuti sekolah akhir tahun 2018 kali ini kami memilih untuk ke Satun, Thailand dengan memandu kereta masuk ke negara Thailand seperti yang kami buat dahulu pada tahun 2015 semasa bercuti berkereta ke negara Thailand melalui Sungai Golok ke Haadyai dan dari Haadyai ke Koh Samui.
Dua hari sebelum masuk ke negara Thai, kami bercuti-cuti Malaysia dahulu dengan bermalam di Gunung Jerai dan Alor Setar.
Dalam perjalanan ke Gunung Jerai, kami singgah makan tengahari di restoran Nasi Bamboo Sg. Klah di Sungkai, Perak, yang pertama kali kami singgah Jun lepas semasa pulang dari berhariraya di kampung. Banyak pilihan lauk pauk yang enak, restorannya bersih dengan harga yang amat berpatutan sertai dikunjungi ramai orang setiap masa.
Selesai makan tengahari, kami terus ke Gunung Jerai yang terletak lebihkuirang 300km dari restoran. Pemanduan semasa mendaki ke puncak Gunung Jerai melalui jalan selorong yang berliku.
Kami menginap di The Jerai Hill Resort, yang ditempah dua tiga hari sebelum bertolak.
Sesampai di unit penginapan, kami terus bersiar-siar di kawasan penginapan sambil menghirup udara gunung yang segar.
Taman permainan kecil dan kolam mandi terletak berhadapan dengan unit penginapan kami.
Persekitaran resort.
Sampai ke kawasan tinjau dari atas gunung yang berhampiran dengan reception resort. Kelihatan sawah padi yang terbentang luas.
Unit penginapan bertingkat di bahagian hadapan resort
Kawasan reception resort
Pemandangan menjelang senja di unit penginapan (foto menggunakan filter berwarna kuning)
Kabus mula menutupi kawasan diwaktu senja menjelang malam.
Esoknya mengambil udara nyaman dan segar diwaktu pagi, mencuba filter bewarna merah untuk merakam terbitnya mentari.
Setelah check-out kami singgah di Muzium Perhutanan Gunung Jerai dalam perjalanan turun, tapi muzium itu ditutup kerana kerja-kerja pengubahsuaian.
Banyak tempat boleh diterokai (dengan berjalan kaki) di atas Gunung Jerai ini sekiranya menginap di sini lebih lama.
Setelah turun dari Gunung Jerai, kami terus ke bandar Alor Setar yang jauhnya kurang dari 50km.
No comments:
Post a Comment