Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Sunday, 10 May 2015

Mac 2015 - Trip Rantau Panjang ke Hadyai (Tips membawa masuk kereta sendiri)






Memandu kereta sendiri merentasi sempadan ke negara jiran, Thailand... destinasi yang di tuju ialah Haadyai dan Koh Samui.  Selain dari paspot, dokumen lain yang diperlukan ialah..

1. Geran asal kenderaan (atau salinan geran yang disahkan oleh JPJ Malaysia - bagi geran yang masih "hakmilik dituntut oleh" institusi kewangan). Surat akuan dan pengesahan JPJ juga diperlukan sekiranya bukan tuan punya kenderaan yang membawa geran itu (ini rumit)

2. Insuran kenderaan Thailand.  Insuran boleh dibeli awal untuk mengelakkan kesesakan di imigresen. Boleh membeli insuran untuk tempoh tiga bulan atau setahun

3. Mengisi borang kebenaran membawa masuk kenderaan. Borang ini perlu dikembalikan kepada imigresen Thai sewaktu keluar sempadan untuk memasukki Malaysia semula nanti.


Biasanya, pusat imigresen akan sesak di musim percutian, terutamanya musim cuti sekolah. Kami mengambil masa lebihkurang 1.5 jam untuk melepasi pemeriksaan kastam Ranjau Panjang, untuk cop paspot di kaunter pandu masuk sebelum melepasi sempadan Malaysia.

Apabila sampai disebelah sempadan Thai (Sg. Golok), kereta di pakir di kawasan memakir. Semua penumpang keluar dengan paspot masing-masing untuk ke kaunter imigresen Thai bagi urusan seterusnya.

Penumpang akan teus membawa paspot ke kaunter untuk diperiksa dan dicop masuk sempadan negara Thai.


Bagi pemandu kereta pula (tuan punya kereta):-
  • Cop dulu paspot di kaunter
  • Bagi yang belum ada insuran Thai, beli dulu insuran di kaunter bersebelahan kemudian dapatkan borang kebenaran bawa masuk kenderaan.
  • Bagi yang dah ada insuran, hanya dapatkan borang kebenaran ini (yang juga boleh diuruskan di kaunter sebelah belakang, kurang sesak kerana tidak perlu beratur dengan mereka yang masih perlu beli insuran)
  • Borang kebenaran ini perlu diserahkan balik ke imigresen Thai sejurus sebelum masuk balik sempadan Malaysia nanti. 


Apabila semuanya telah sempurna (paspot telah di cop dan borang kebenaran bawa masuk kenderaan diperolehi), bermulalah pemanduan ke destinasi di negara jiran, setelah melepasi lorong masuk sempadan imigesen Thai.





Sampai di Haadyai atau Hatyai.. tukar duit dulu..
dan juga membeli SIM wifi supaya senang mengguna Waze, sipenunjuk jalan ke Koh Samui esuknya.


Cari lokasi hotel yang telah ditempah sebelumnya..
Siam Center Hotel tidak jauh dengan Hamid Restoran dan Salma Restoran.






Jamu mata.. shopping-shopping..





Latihan sebelum memulakan tugas (?) polis, pengawal Thai di kawasan bandar terutamanya di kawasan tumpuan pelancong..



Menuju ke pasar terapong Haadyai, kira-kira 20 minit dari pusat bandar...






Pasar terapung Klong Hae Market, terletak berdekatan Wat Klong Hae

Buka pada hari jumaat, sabtu dan ahad sahaja, dari jam 3.00 hingga 10.00 malam.




Tidak susah mencari makanan halal.  Beberapa restorant ada disenaraikan di sini..

Esoknya... pemanduan menuju Koh Samui....

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...