Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Monday, 24 February 2020

Matka Canyon, North Macedonia - Kembara Balkan (November 2019)

Selasa - 19/11/2019

Terbang dari Istanbul pada 30 Oktober, 2019 dulu, kami menjejak kaki pertama kalinya di bumi Balkan dengan mendarat di Skopje, North Macedonia. Setelah 3 minggu kami mengembara dengan memandu kereta, kami kembali semula ke Skopje pada 18 November, 2019. Kami menginap di apartment yang sama semasa mula-mula sampai dahulu, berehat sehari sebelum kami menziarah perkampungan Matka Canyon, yang lokasi lebihurang 15 km sahaja dari bandar Skopje.  Tempat ini mesti  ada dalam list bila melawat Macedonia.

Perjalanan menuju ke Matka Canyon melalui jalan dalam.. bukan highway..


Selepas melepasi perkampungan Matka, kami sampai di sebuah tempat yang menarik yang terdapat aliran sungai. Ianya merupakan tempat di mana 'track kayak' disediakan untuk pertandingan sukan kayak disamping merupakan tempat perkelahan yang menarik untuk dikunjungi. 

The ECA Junior and U23 Wildwater Canoeing European Championships pernah diadakan disini pada tahun 2018.


Setelah puas bersiar dikawasan 'track kayak' ini kami kembali ke tempat pakir dan nampak ada kereta naik ke bahagian atas walaupun nampak jalannya macam untuk orang berjalan kaki sahaja. 

Kami naik dengan kereta ke atas, sehingga kawasan penghujung di mana terdapat banyak juga kereta memakir di situ. Ada seorang pemandu teksi tempatan yang sedang menunggu penumpangnya bercerita kepada kami tentang tarikan di kawasan itu dan menyarankan kepada supaya naik ke atas lagi dengan berjalan kaki (kereta dah tak boleh masuk)


Rupanya di kawasan inilah terletaknya gua Vrelo. Ianya akan memakan masa berjam-jam untuk ke sana (pergi-balik) dengan berjalan kaki. Biasanya pelancong akan mengambil 'boat ride' untuk ke gua tersebut yang akan mengambil masa sejam (pergi-balik).


Kami hanya bersiar-siar dengan berjalan kaki sehingga ke penghujung sementara laluan jalannya masih elok. Selepas di hujung kawasan pelancongan, jalannya sudah berbatu-batu dan akan memakan masa sejam lebih lagi untuk sampai ke kawasan gua.  Berjalan di laluan track yang tersedia berdindingkan batu canyon satu pengalaman yang sangat luar biasa dan indah.  Pada musim puncak banyak aktiviti dilakukan seperti mendaki, berenang dan berkayak.


Kawasan Hotel Matka Canyon... dengan latar belakang yang sangat semulajadi, tetamu di hotel ini akan terlupa dengan dunia luar.  



Selesai menziarah, kami berhenti seketika di kawasan perkampungan untuk mengambil gambar Masjid Glumovo.


Kanak-kanak balik dari sekolah sewaktu kami lalu.


Nampak macam ramai penduduk di kawasan ini adalah muslim





No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...