Destinasi berikutnya adalah Podgorica, Montenegro, singgah untuk satu malam. Jarak dari Sarajevo ke Podgorica lebihkurang 350km. Tiada plan yang khusus dalam route ini, cuma akan berhenti secara on-the-go sekiranya ada tempat-tempat yang menarik di sepanjang jalan.
Highway A1 semasa keluar dari Sarajevo dikenakan toll. Boleh bayar cash ataupun kad.
Selepas keluar dari highway/Sarajevo, mula nampak aliran sungai di sebelah jalanraya. Tidak ingat nama daerah/tempat ini yang masih dalam Bosnia.
Berhenti seketika untuk betulkan urat kaki dan menghirup udara nyaman dan segar, sambil-sambil ambil foto di tepi jalan. Tidak banyak kenderaan kelihatan lalu-lalang.
Di sebahagian laluan, nampak di dua tiga tempat, kawasan-kawasan resort-resort penginapan untuk aktiviti sungai seperti berkayak. Cantik kawasannya, tetapi semasa kami lalu, resort-resort nampaknya ditutup, bukan musimnya untuk beroperasi.
Perjalanan menghampiri border crossing, memasuki jalan yang agak sempit, tidak rata dan sebahagiannya berlopak. Walaupun suasana jalanya nampak macam masuk kampung, kami ada berselisih dengan bas (express) antara bandar yang datang dari Montenegro untuk ke Bosnia.
Sampai di Hum border crossing di sebelah Bosnia, manakala sebelah Montenegro pula adalah Brijeg/Pluzine. Kecil saja border crossing ini.
Ini dia border crossing station yang nampaknya macam bangsal ataupun rumah container. Imigresennya mesra, senyum walaupun tidak bertutur dalam dalam bahasa yang kita boleh faham. Nampak gembira melayan apabila dihulurkan paspot Malaysia.... "Malazie...!" Lebihkurang begitulah dengar dia sebut.
Foto ini pula sejurus melepas stesen cross-border, jambatan di atas aliran sungai yang menentukan belah Bosnia dan Montenegro. Oleh kerana tak ada kenderaan lain, bolehlah kami berhenti sekejap di atas jambatan ini.
Sebelah Montenegro, sebaik saja melepasi jambatan. Berhenti sekejap untuk berfoto.
Kawasan ini berdekatan dengan Durmitor National Park yang mana ekologi hutan simpan dan hidupan terpelihara di bawah kawalan UNESCO. Kawasan yang bergunung-ganang yang dikelilingi Sungai Tara dan Sungai Piva antara yang tercantik dan terbersih di dunia. Boleh dikatakan sepanjang-panjang jalan ini mengikuti aliran sungai yang cantik pemandangannya. Sangat terasa suasana alam semulajadi.
Kami sampai ke stretch yang banyak terowong dengan pemandangan cantik sungai Tara di sebelah jalanraya. Terowong bersaiz kecil yang ditebuk pada banjaran gunung batu, tanpa mengubah struktur asal alam sangat unik kejadianya. Kami cuba mengira berapa banyak laluan terowong yang ada, mungkin lebih dari 50 agaknya.
Jika bercadang bermalam di sini, boleh singgah di Pluzine dan boleh meneroka hingga ke Zabljak, bandar tertinggi di Montenegro. Sayangnya kami tidak punyai cukup masa kerana itu merupakan satu episod lain yang panjang pula. Beberapa panoramic road yang terdapat di sini ialah The Crown of Montenegro, The Circuit around Korita dan Durmitor Ring.
Kena agak berhati-hati memandu di sini kerana terdapat ketulan-ketulan batu yang jatuh ke atas jalanraya, yang jatuh dari lereng bukit. Ada juga ketulan batu yang agak besar.
Kami terlanggar satu ketulan batu yang nampaknya agak kecil, tetapi berbunyi juga dentuman kecil di bahagian bawah kereta bila tidak sempat hendak betul-betul mengelaknya.
Kami terlanggar satu ketulan batu yang nampaknya agak kecil, tetapi berbunyi juga dentuman kecil di bahagian bawah kereta bila tidak sempat hendak betul-betul mengelaknya.
Ada kawasan yang boleh park kereta di tepi untuk ambil foto.
Sampai ke penghujung di mana jalanraya tidak lagi seiring dengan aliran sungai. Kami mula memasuki jalan menuju kawasan penempatan/pekan/bandar.
Sampai saja ke Podgorica, kami terus saja ke apartment penginapan. Parking di tempat yang ditunjukkan lokasi apartment, kami telefon host kerana tidak tahu yang mana satu apartment yang kami tempah. Host yang ada berdekatan terus datang berjumpa kami, rupa-rupanya kami memang parking betul-betul di depan unit apartment yang di sewa.
Oleh kerana kami sampai pada waktu sudah petang, selepas meletakkan barang-barang di apartment, kami terus keluar ke bandar Podgorica. Singgah di kawasan shoppingnya. Agak tidak menarik di Podgorica ini, lagipun kami rasa harga barangannya lebih mahal berbanding dengan tempat-tempat kami kunjungi sebelum ini di Balkan.
Hari dah gelap, hanya foto masjid Starodoganjska ini sahaja yang kami dapat ambil semasa di Podgorica. Kami memutuskan untuk bertolak pagi ke Kosovo memandangkan tidak apa apa-apa yang menarik bagi kami di Podgorica ini.
No comments:
Post a Comment