Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Monday, 25 July 2022

Genting Highland selepas PKP (Mac 2022)

 Rombongan Che Kiah meninjau Genting Highland selepas PKP dimansuhkan.

Meninjau kawasan luar sebelum memasuki kawasan Hotel Genting/Taman Tema Genting.

  Pemandangan dari kawasan dalam hotel dan Indoor Theme Park (tiada caj tiket masuk)

Pemandangan Outdoor Theme Park dari hotel.


Tip : Beli tiket masuk (Outdoor Theme Park) secara atas talian (online)

Kami tidak dapat membeli tiket di kaunter hari itu kerana pembelian di kaunter hanyalah dibenarkan untuk warga negeri Pahang (harga tiket lebih murah untuk warga Pahang) dan OKU (?). Kami kena pergi ke kiosk bersebelahan untuk membuat pembelian secara online.

Indoor Theme Park. 



Cerita Makan Malam.

Sebelum balik, kami ke sebuah restoran makanan laut di bahagian luar hotel Genting. Makanan sedap dan harga agak berpatutan di kawasan Genting Highland itu. Kos makan malam rombongan Che Kiah adalah dalam dua digits.

Peringatan - Sekiranya membuat pembayaran secara kad, pastikan jumlahnya dulu sebelum masukkan pin untuk meluluskan pembayaran.

Dah tabiat tak check dulu sebelum menekan pin. Setelah ambil resit (yang dicetak dari mesin kad kredit), mak datok! baru perasan pembayaran yang dibuat adalah terlebih satu digit. Dah jadi ribuan ringgit pulak harga makan malam rombongan Che Kiah tu.

Kelam kabut staff restoran cuba betulkan balik pembayaran. Cuba kensel balik pembayaran tak dapat, call pihak bank pula ada masalah line. Akhirnya, pekerja tu call boss restoran dan boss tu transfer masuk bayaran ribuan tadi ke dalam akaun, dan caj makan malam dibuat sekali lagi dengan jumlah yang betul.

Yang ni bulan merah mengambang dekat dengan kawasan rumah setelah sampai balik dari Genting Highland.





No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...