Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Friday 7 July 2023

Norway Trip Day 4 - Steinsdalsfossen, Norway (Mei/Jun 2023)

Di sebelah petang selepas bersiar-siar di bandar kecil Voss, kami ke Steinsdalsfossen, sebuah airterjun yang terletak lebihkurang 80km dari Voss. Kami menyusuri Hardangerfjord untuk ke sana.


Memandu sebelum ini, walaupun kami tahu kami akan lalu jalan bertol, kami tak pernah perasaan kat mana sebenarnya tol dilaluan itu. Di sini, tol tidak semestinya dikenakan dilebuhraya sahaja, jalan kecil seperti ini pun ada tol. Baru kami nampak papan tanda tol dan camera yang merakamkan maklumat kereta.


Hardarger fjord

Jalan sepanjang Hardangerfjord kebanyakannya sempit dan ada bahagian-bahagian yang tidak cukup ruang untuk berselisih kereta, tetapi disediakan bahu jalan bagi membolehkan kenderaan bertentangan melepasi.



 


Steinsdalsfossen

Pemandangan di sini cantik. Tempat pakir pun percuma (samada ianya percuma pada hujung minggu, kami tak pasti). Boleh berjalan mendaki hingga ke belakang airterjun untuk menikmati pemandangan perkampungan di bawah sana.



Tidak bergegas untuk pulang semula ke Voss menyusuri jalan sempit Hardangerfjord kerana sianghari yang panjang.

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...