Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Showing posts with label Hakodate. Show all posts
Showing posts with label Hakodate. Show all posts

Monday, 4 November 2024

Hokkaido, Jepun (Oktober 2024)

Penerbangan terus KLIA-Chitose, Sapporo dengan AirAsia dibatalkan secara tiba-tiba oleh AirAsia. Sebagai ganti, kami menempah penerbangan ANA, KLIA-Haneda-Chitose. 


Terpaksa bermalam di Haneda kerana penerbangan seterusnya ke Sapporo adalah keesokkan paginya.


Untuk trip kali ini kami menyewa kereta terus dari Toyota. Keseluruhan percutian kami di Hokkaido:-


Tip membawa tunai Yen

Sekarang ini tidak perlu bawa wang tunai (Yen) yang banyak. Walaupun begitu masih ada lagi kedai/tempat makan/pakir etc yang hanya berurusniaga secara tunai sahaja. Selain dari sedikit tempat-tempat urusniaga tunai ini, kesemua perbelajaan kami adalah dengan BigPay (debit card) dan TNG eWallet dengan kadar tukaran matawang asing yang hampir sama dengan kadar internet. Kadar tukaran BigPay adalah lebih menarik sedikit berbanding dengan TNG e-Wallet. 

King Crabs

Salahsatu sebab kami ke Hokkaido adalah untuk merasai king crab. Beli di pasar pagi di Hakodate dan bawa balik masak sendiri.


Kami dapati harga king crab di pasar pagi Sapporo adalah lebih murah dari yang di Hakodate.


Tips HALAL

Google masjid (ataupun komuniti muslim). Di kawasan sekitarnya akan ada restoran dan kedai grocery halal. Di sekitar masjid Sapporo, kami jumpa restoran Jawa (Indonesia), Cafe/Mart Halal dan restoran Pakistan. Kami makan di restoran Pakistan ini, roti Nan nya sungguh sedap.

Pemerhatian HALAL

1. Genghis KhanKami mencarinya di bandar Sapporo setelah ia termasuk dalam senarai recommended muslim friendly restaurants, review di TikTok dan disyorkan oleh tuan rumah penginapan kami. Bila kami sampai di sana, kami diberitahu oleh pengusaha restoran bahawa ianya tidak halal.

2. Restoran Tepanyaki - ada sebuah restoran tengah bandar Sapporo yang mempunyai sijil halal untuk menu muslim (ada dua menu iaitu menu untuk muslim dan menu tidak halal). Walaupun menu muslim restoran ini adalah "certified" tetapi tempat masak Tepanyakinya adalah sama (dengan yang menu tidak halal).

3. Restoran Ramen Fukunoki - Kami makan ramen di sini setelah melihat restoran itu ditampal dengan logo "HALAL" dan menunya adalah muslim friendly kesemuanya. Tidak ada minuman beralkohol juga dalam menunya. 

4. Donburichaya - pada mulanya kami ingin bersarapan di restoran ini sesampainya kami ke New Chitose Airport dari Haneda. Malangnya, kedai masih tutup. Jadi, bagi yang hendak bersarapan di Hokkaido, harus ingat bahawa kedai hanya mula di buka jam 11 pagi.

Donburichaya mempunyai beberapa buah cawangan di Hokkaido. Bila kami sampai di Otaru, kami mencari restoran ini dahulu. Kebanyakan restoran di Hokkaido yang ada menyediakan makanan "muslim friendly / halal" akan menyediakan dua bahagian menu, satu muslim friendly dan satu lagi yang tidak halal. Di Donburichaya ini, di menu muslim, ada dinyatakan bahawa mereka:-

i) tidak mempunyai sijil halal, tetapi untuk muslim menu, bahan-bahan makanannya adalah halal

ii) memasak di dapur berasingan untuk makanan muslim

iii) menyediakan ruangan mussolla/bilik solat di bahagian atas restoran


Tips memandu kereta di Hokkaido

1. Lebih senang memandu berbanding dengan KL kerana mereka berdisiplin.

2. Tiga segi merah adalah "STOP" sign. Ada "STOP" sign ini yang ditulis dalam bahasa Jepun sahaja.
3. Lampu kuning, kita 'BERHENTI' di garisan (bukan pecut untuk kejar sebelum lampu bertukar merah)

4. Bawa (image) translator. Kadang-kadang stesen minyak, parking etc semuanya dalam bahasa Jepun.


Haneda, Tokyo

Kami mendarat hampir tengah malam di Terminal 1, Haneda. Kena check-out luggages. Penerbangan seterusnya adalah jam 7 pagi esoknya di Terminal 3. Ada free shuttle bus, perjalanan lebihkurang 10 minit ke Terminal 3.

Note : - Terminal 3 ditutup tengah malam. Hanya yang menyewa hotel di Terminal boleh memasukki bangunan terminal. Bagi yang menunggu flight, kena tunggu di Terminal 1 (buka 24 jam) dan free shuttle bus ke Terminal 3 akan mula beroperasi jam 5.45 pagi.
 
(Haneda Airport, pintu keluar berdekatan dengan shuttle bus ke Terminal 3)


Noboribetsu

Selepas ambil kereta di Chitose, kami terus ke Jigokudani (Hell Valley), pertengahan jalan dari tempat penginapan pertama kami di Lake Toya.



Lake Toya

Kami di sini satu malam saja. Tidak jumpa tempat makan bertanda halal. Kami cuba restoran sushi, pure sushi (semuanya seafood mentah), setelah bersusah payah bergoogle translate dengan tuan punya restoran, bertanyakan samada dia ada menyediakan daging apa-apa selain daripada seafood.


Keesokan harinya, dalam perjalanan seterusnya ke Hakodate, kami berpatah balik sedikit untuk membeli lagi buah epal dan plum yang telah kami beli semalam sebelum sampai ke tempat penginapan. Terdapat beberapa buah gerai/tuan punya kebun buah-buahan yang menjual hasil mereka di tepi jalan.


Perjalanan ke Hakodate agak jauh, kami singgah di sebuah tempat tumpuan pelancong di kawasan Lake Toya dan kemudian singgah di sebuah farm house.



Hakodate

Dua malam di sini. Selain bersiar-siar di kawasan bandar dan tempat tumpuan pelancong di sekitar Hakodate, kami juga menziarah Goryokaku Park (sejarah) dan menaiki Mount Hakodate (untuk pemandangan bandar Hakodate dari puncak gunung)


Boleh memandu kereta ke atas sehingga jam 4 petang sahaja. Selepas itu, untuk ke atas, kena naik ropeway/cable car untuk menikmati pemandangan bandar Hakodate waktu malam.


Waktu pagi di Omori beach sebelum meninggalkan Hakodate.



Otaru

Perjalanan dari Hakodate ke Otaru juga agak jauh, melalui kawasan tengah (tanah tinggi). Kami bermalam selama dua malam juga di Otaru.

Dalam perjalanan, kami berhenti di sebuah kawasan pakir kereta tepi jalan untuk ambil foto Mount Yotei (puncak yang dilitupi awan)


Sebelum sampai ke bandar Otaru, kami mendaki jalan yang berliku untuk ke Mount Kenashi observation point bagi meninjau bandar Otaru dari puncak atas.


Sampai di Otaru, kami singgah makan di Donburichaya dan selepas itu berjalan-jalan di sepanjang jalan tumpuan pelancong di kawasan restoran tempat kami makan.


Dua malam di Otaru, selain dari pergi ke bandar untuk meninjau Otaru canal, shopping malls etc, kami juga meninjau kawasan pekan nelayan, jauh dari pusat bandar dan ke Shakotan, sebuah kawasan tinjauan dari puncak di tanjung yang juga menjadi tumpuan pelancong.


Suatu malam semasa kami hendak balik ke tempat penginapan kami, kami nampak bulan terang, cuma yang belum pernah kami lihat adalah bulan besar yang separuh bulat, betul-betul separuh bulat. Selalunya kita nampak bulan sabit. Menyesal kami tidak berhenti sekejap tepi jalan untuk rakam foto bulan separuh itu.


Bandar Sapporo

Dalam perjalanan ke Sapporo dari Otaru, kami singgah di Hoheikyo Dam.


Selama tiga malam empat hari di bandar Sapporo, kami ziarah Shiroi Koibita Chocolate Theme Park, Nijo Fish Market, Clock Tower, Odari Park, Tanukikoji shopping street, University of Hokkaido, masjid Sapporo dan juga meluangkan masa di hari terakhir untuk berbasikal di Moeneruma Park.






Di hari terakhir Sapporo, semasa meninggalkan Sapporo menuju Chitose, kami singgah di Hitsujigoaka Hill.



Chitose

Kami menginap di Wing International Hotel, sebuah hotel berdekatan dengan New Chitose Airport. Selepas check in, kami ke Chitose Outlet Mall, tetapi nampak macam tutup semasa kami sampai. Kami kemudian pergi ke sebuah mall berdekatan kawasan itu untuk membeli belah sedikit barangan.


Keesokan harinya, check-out lebihkurang 9.30 pagi kami terus hantar kereta di Toyota Poplar shop. Kami hantar lebihkurang jam 10pagi, dan mereka refund lebihkurang nilai satu jam sewaan kerana kami hantar awal sejam (semasa mula menyewa kereta itu dahulu, kami ambil kereta jam 11 pagi).

Kemudian mereka menghantar kami ke airport dengan shuttle bus.


Penerbangan kami ke Haneda pada jam 3.30 petang dan mendarat setelah hari sudah gelap. Naik shuttle bus percuma untuk ke Terminal 1 bagi penerbangan seterusnya ke KLIA pada jam hampir tengahmalam.

Di Terminal 1, kami makan malam di sebuah gerai kebab Turki (Halal) yang ada di dalam Terminal.

Kami mendarat di KLIA pada jam 6.30 pagi keesokannya. 

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...