Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Showing posts with label Koyama. Show all posts
Showing posts with label Koyama. Show all posts

Saturday, 20 February 2016

Winter di Tokyo, Mushashi Koyama

30 Disember, 2015

Balik dari Harujuku petang tu, barulah boleh meninjau kawasan tempat tinggal, Koyama .


Mencari bahan mentah di pasaraya berdekatan, Ozeki. Tidak lepaskan peluang membeli King Crab untuk dimasak tomyam. Di Malaysia, harganya dua kali ganda (tengok harga di Jusco Bandar Utama).  Selain Ozeki ada juga kedai grocery Tokyo Store di tingkat atas stesen.


Barulah sempat nak rakam gambar apartment tempat tinggal.. biasalah di Jepun.. ruang terhad.. orang Jepun kalau datang Malaysia, memang beraya la mereka.. betapa luasnya rumah berbanding dengan tempat mereka.. Apartment unit studio, walaupun sempit tetapi lengkap segalanya dengan dapur, mesin basuh dan pengering.  Seronok juga bergerak dalam ruang yang sempit.. senang nak capai apa-apa, cuma kena pastikan barang, beg dan kain baju dalam keadaan yamg tersusun.. kalau tak macam tongkang pecah jadinya..







Musashi Koyama PALM Shopping Arcade,

Antara dua shopping arcade yang terpanjang di Tokyo. Shopping arcade ini dibina untuk keselesaan membeli belah dalam apa-apa musim pun.. orangramai dilindungi dari cuaca sejuk, panas, hujan mau pun salji.  Macam-macam kedai ada, rasanya lengkap untuk keperluan penduduk setempat untuk mencari keperluan mereka.  Mode Off, rangkaian kedai bundle yang menjual macam-macam barangan secong hand... buah-buah yang dijual di sini pun agak murah jika berbanding di supermarket.




Menarik perhatian saya..  kedai aksesori di shopping arcade ni.. macam tepi jalan saja dengan suasana orang ramai yang lalu lalang.  Meja display lapang, ada yang diletak di luar kedai... tanpa jaringan jeriji dan pak jaga.  Sempat saya mengintai tengok... nak kata muroh harganya lumayan ribuan RM juga lah.  Oh! amannya berniaga tanpa rasa gusar dan takut.. (mudah-mudahan Malaysia ku akan mencapai tahap keselamatan seperi ini juga)



Bab kucing di Shibuya belum habis lagi.. masuk tinjau kedai kucing di Koyama pula..








Bukan kucing saja..


Menikmati keenakan sushi di tempatnya sendiri... seorang pekerjanya boleh bertutur bahasa inggeris, ramah melayan kami.. hinggakan beberapa kali kami makan makan malam disini..


Friday, 29 January 2016

Winter di Tokyo, Arrival - Koyama

Pertama kali kami ke Jepun pada tahun 2001. Masa itu terasa susah hendak kemana-mana kerana tidak tahu berbahasa Jepun dan tiadanya penggunaan sign dalam ABC. Mujurlah ada guide, i.e saudara yang sedang belajar di sana. Berjalan ke Hakone/Mt Fuji pakai pakej yang ditempah melalui agen di KL sebelum bertolak.


Kali kedua ke Jepun adalah pada bulan April/Mei 2015, pada penghujung musim Sakura.  Selain dari Tokyo, kami ke Osaka dan juga Kyoto, dengan Roof of Japan menjadi itinerari utama kami, selain dari berkunjung ke taman bunga-bungaan. Setelah lebih 10 tahun, Jepun kini sangat mesra pelancung dan senang untuk bergerak sendiri kerana mereka telahpun menggunakan bahasa Inggeris, walaupun masih lagi kebanyakannya bertutur dalam bahasa Jepun. Rasa teruja kerana senangnya mencari maklumat yang dikehendaki


Memenuhi permintaan anak-anak yang teruja dan memilih untuk ke Japan sebagai percutian keluarga. Kami mengakhiri tahun 2015 dan menyambut kehadiran 2016 di Tokyo yang diselubungi musim winter.  Lawatan berkonsep santai tertumpu di sekitar Tokyo sahaja selama 9 hari percutian.



29 Disember 2015


Penerbangan kami kali ini adalah dengan All Nippon Airlines (ANA), pesawat NH816, bertolak pagi dari KUL ke NRT (Narita) Terminal 1. Seperti biasa, kelab percutian kami menawarkan tiket pernerbangan yang paling kompetitif, menewaskan tawaran-tawaran pembekal lain, termasuklah tawaran dari ANA sendiri.

Subuh di KLIA...




 Sampai di Narita lebihkurang jam 4pm waktu Tokyo..



Setelah keluar ke balai ketibaan, kami terus ke aras bawah untuk mendapatkan kad Suica (lebihkurang macam kad Touch 'n' Go). Kad ini sebenarnya boleh didapati di JTB, Kuala Lumpur lagi, tetapi kad Suica kanak-kanak hanya boleh dibeli di Jepun sahaja. Bagi kanak-kanak umur 12 tahun ke bawah, caj tambang pengangkutan awam adalah lebihkurang separuh dari caj orang dewasa. Anda perlu membawa paspot untuk mendapat kad Suica kanak-kanak.




Kami diberitahu oleh Travel Service Center ini bahawa kad Suica boleh didapati di Ticketing Office yang berada di lokasi bertentangan..




Kad Suica dijual dalam denominasi Yen 1,000 / 3,000 / 5,000 dan 10,000. Kami membeli 3 kad bernilai Yen 10,000 setiap satu untuk dewasa dan 1 kad kanak-kanak bernilai Yen 5,000. Nilai ini akan ditolak Yen 500 sebagai deposit, yang akan hangus sekiranya kad ini tidak dipulangkan balik nanti.


Setelah 9 hari berjalan-jalan menggunakan pengangkutan awam Tokyo, nilai kad kami masih lagi ada lebih 1,000 Yen setiap seorang. Waktu penerbangan pulang, kami ke Ticketing Office yang sama untuk memulangkan kad-kad ini. Baki yang ada, bersama deposit Yen 500 dipulangkan kembali secara tunai (dengan sedikit caj perkhidmatan, 100 Yen ? satu kad).  


Kad Suica ini boleh juga digunakan untuk membeli-belah (seolah-olah debit card) tapi kami tidak pernah mencubanya, hanya menggunakan untuk tujuan pengangkutan awam saja. Ianya memudahkan perjalanan tanpa perlu membeli tiket setiap kali hendak menaiki pengangkutan awam.
 


Selesai urusan kad Suica, kami ke kaunter Keisei Skyliner, yang berada bersebelahan, untuk menukarkan dokumen tempahan tiket keretapi ekspress ke Tokyo yang kami tempah atas talian sebelum tiba ke Jepun. Keisei Skyliner menawarkan "discounted" tiket bagi yang menempah perjalanan atas talian sebelum tiba ke Jepun.




Tiket "reserved seat" setelah menunjuk dokumen tempahan (print out selepas membuat tempahan atas talian) dan juga paspot.


Kami membuat dua tempahan sebelum tiba ke Jepun .. perjalananan sehaladari Narita Terminal 1 ke Stesen Nippori (waktu tiba) dan satu lagiperjalanan sehala dari Stesen Nippori ke stesen Narita Terminal 1(perjalanan kembali ke Malaysia). Penukaran tiket perjalanan balikNippori-Narita di buat di kaunter Keisei di stesen Nippori pada hariperjalanan balik.







Sampai di Nippori hari dah pun gelap. Tokyo mula gelap se awal jam 5pm.




Dari Stesen Nippori, kami bertukar keretapi ke JR Yamanote line untuk ke stesen Meguro. Dari sana, kami bertukar keretapi lagi ke Tokyu Meguro line untuk ke stesen akhir yang terdekat dengan apartment kami, stesen Musashi-koyama. Kami sampai lebihkurang jam 7pm.




Keluar stesen, kami tersasar arah kerana terlepas satu lorong semasa berjalan kaki mencari apartment. Akhirnya, kami telefon host kami, yang kemudian datang menjemput kami di stesen. Apartment terletak lebihkurang 200m berjalan kaki dari stesen.


 


Ozeki.. pasar raya terdekat dari apartment, hanya 50m... hampir setiap hari kami singgah untuk membeli bahan-bahan makanan..











Memasak di apartment.... antaranya..



Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...