Nasrid Palace; kehalusan senibina Islam yang tiada tandingnya
Nasrid Palace
Nasrid Palace; ukiran memenuhi ruang dinding dan siling
Nasrid Palace
Nasrid Palace ; Court of the Lions
Nasrid Palace
Generalife
Generalife
Generalife
Alhambra merupakan tarikan utama di Granada, terletak di kaki gunung Siera Nevada tersenarai antara tapak warisan dunia oleh UNESCO. Sebaik-baiknya perlu merancang lawatan kerana sejumlah pengunjung dihadkan dalam sehari dan untuk mengelak membuang masa beratur panjang, tiket boleh dibeli secara online.
Kompleks Alhambra terbahagi kepada empat bahagian iaitu:
Alcazaba - merupakan kubu pertahanan tentera,
Nasrid Palaces - merupakan tarikan utama, ciri-ciri senibina dan kehalusan seni Islam masih terpelihara rapi. Terdapat tiga istana dari masa yang berbeza. Mexuar Palace Ismail dan Muhammad V (1362 -1391); Comares Palace Yusuf (1333-1354) dan Muhammad V (1362-1391); Palace of the Lions Muhamad V (1362-1391)
Partal
Generalife - lower gardens, upper garden dan Istana Generalife.
Masa lawatan ke Nasrid Palace adalah setiap setengah jam dan pengunjung perlu menetapkan masa yang akan dicetak pada tiket. Kami bermula pada jam 10 pagi dan memilih jam 11.30pagi untuk masuk ke Nasrid Palace. Cukuplah masa untuk singgah, bergambar, melawat Alcazabar, dan berehat dengan minuman panas sebelum masuk ke Nasrid. Jika berjalan terus dari pintu masuk ke Nasrid Palace mengambil masa 20 minit. Keluar dari Nasrid Palace mengikut laluan ke Generalife. Luangkan 3.5-4 jam untuk berjalan keseluruh kawasan Al-hambra.
Bayaran parking kereta kira-kira 8euros untuk 4jam.
Perjalanan ke kawasan pergunungan Sierra Nevada (National Park)... cantiknya pemandangan...
Embalse de Canales (Canales Reservoir) - dari jauh
Sebelum menaiki kereta kabel, beli dulu tiket dan sewa peralatan ski di sini...
Terujanya Theha... pertama kali dapat menyentuh salji, selepas sekian lama bermimpi..
Cable Car untuk ke puncak gunung untuk pemain ski atau sekadar meninjau panorama
Hotel Melia...menyediakan tempat parking kereta bawah bangunan
Nota kembara,
1. Perjalanan dari Torremolinos ke Siera Nevada sejauh 2.5 jam, dipandu arah oleh GPS dan Wazer, lancar dan senang... tidak perlu lagi terkial-kial dengan peta kertas seperti zaman dulu-dulu...(hihihi... terkenang 20 tahun yg lampau semasa di USA). Cantiknya pokok2 kering di kiri kanan jalan, daun kuning keemasan... kagum... syukur... berpeluang menghirup udara di sini...
2. Siera Nevada, yang popular di kalangan pelancung sebagai tempat meluncur ski antara bulan December hingga April atau awal Mei, merupakan station ski yang paling tinggi di Sepanyol.
3. Jika bercadang untuk meluncur, peralatan boleh disewa di situ. Dua jenis tiket cable car, samada untuk meluncur atau sekadar meninjau permandangan.
Terletak 17km dari bandar Granada. Satu laluan berturap diseluruh empangan dengan pemandangan tasik dan persekitaran pergunungan, merupakan tempat kegemaran peminat sukan basikal bukit. Bandar-bandar kecil yang berhampiran empangan masih mengekalkan senibina lama Sepanyol seperti Moorish dan kini menjadi tempat tarikan pelancung.
Airport Malaga yang lengang...lancar je semua urusan...
Kaunter sewa kereta
Pantai Torremolinos cuma dalam 100 meter saja dari Apartment
Kreativiti pasir...dan mereka mengharapkan sumbangan di atas usaha mereka
Suhu 7c dengan tiupan angin sejuk... pantai sepi dengan pengunjung
Jalan yang sempit...cabaran memandu di kawasan bandar Sepanyol
Jalan2 di pusat bandar Malaga, di kawasan sekitar Calle Larios
Plaza Mayor...mall shopping tak jauh dari airport Malaga... di sini pun ada kebab halal
berkereta ke Marbella...
Kawasan pedestrian berdekatan Plaza de la Merced, Malaga sesak dengan pengunjung
di Marbella
di Marbella...
Marbella ialah bandar pelabuhan... kapal layar... deretan butik berjenama mewah...
nota kembara,
1. Malaga, adalah salah satu antara bandar yang tertua di dunia, yang diasaskan pada abad ke-8 oleh orang-orang Phoenicia. Di sini tempat lahir Picasso dan terdapat Museum Picassa mempamerkan lukisan, cetakan dan arca, berdekatan dengan Plaza de la Marced, pusat bandar Malaga,
2. Alcazaba, kubu yang dibina semasa pemerintahan Islam menguasai pemandangan bandar dari pantai. Dengan memanjat ke bahagian atas gunung Gibralfaro akan dapat menyaksikan panorama bandar yang cantik. Istana Gibralfaro boleh didapati beberapa meter jauhnya, adalah bangunan kuno lama yang digunakan untuk melindungi Alcazaba.
3. Bersiar-siar di bandar Malaga - sekiranya mempunyai banyak tenaga boleh menyusuri jalan dan lorong yang sempit di kawasan sekitar Calle Larios, berpuluh-puluh kedai boleh di dapati di setiap sudut. Pada akhir Calle Larios ialah Plaza de la Merced merupakan tempat pertemuan yang penuh dengan bar dan kafe.
4. Menaiki pesawat British Airways dari London City Airport, mengambil masa 2 jam perjalanan. Airport Malaga, agak besar juga tapi tak sesibuk mana, tidak perlu mengisi borang ketibaan dan proses keluar yang mudah. Selepas pemeriksaan paspot, ambil bagasi dan terus ke kaunter sewa kereta yang telah ditempah awal. Selesai bayaran, mengambil kereta di aras bawah bangunan yang sama. Bayaran selain daripada sewa ialah insuran, yuran pemulangan satu hala (kerana kereta akan dihantar ke Madrid), petrol (pilihan) dan deposit. Harga minyak diesel, euro1.37 /liter
5. Menuju ke Apartmen di Torremolinos... hanya 10 minit dari airport.
Kawasan berpantai sepanjang-panjangnya.. Torremolinos..Costa de sol.. dan Benalmadena menawarkan banyak excursion feri/cruise (sayangnya terlepas pandang sunset cruise...)
Di sepanjang pantai banyak restoran makanan laut... kalaulah ada yang halal teringin juga merasa nasi paella seafood... Murahnya seafood.. beli dan masak sendiri dengan perencah yang dibawa...terlupa akan kolestrol...diet...
6. Benalmadena cable car
Menaiki kereta kabel selama 15 minit ke atas gunung Calamorro, ketinggian 800m dari aras laut... menikmati pemandangan menyeluruh yang mengasyikkan. Jika bertenaga boleh membeli satu hala tiket untuk naik ke atas dan berjalan kaki menuruni bukit.
7. Jalan-jalan ke Marbella... 40 minit dari Torremolinos.
Persekitaran semulajadi yang berlatar gunung Siera Blanca, pantai tenang yang terdapar luar..pelabuhan kapal layar mewah...perumahan yang ekslusif.. dan deretan butik berjenama mewah.. bergabung memberikan pemandangan yang cantik dan mempesona. Tidak hairanlah ramai pelancong dari golongan selebriti dan orang kaya yang berkunjung ke sini.
Puerto Banus (source: mr google)
8. Sepanyol terletak di garisan masa GMT + 1jam... bermaksud 7 jam kebelakang dari waktu di Malaysia.
Tukaran wang; euro1 ~ rm4.40
Tarikh berkunjung; 19.12.2013 - 24.12.2013
"Menangislah anakku, bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yang hilang kerana kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki".
Begitulah ucapan seorang bonda raja dalam sejarah Islam di Andalus, Sepanyol. Ia diucapkan oleh Aisyah kepada anaknya, Abu Abdullah daripada puak Bani Al-Ahmar, Raja terakhir kerajaan Islam Granada pada 21 Muharam 897 Hijrah yang memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kepada Raja Kristian Sepanyol, Ferdinand dan Isabella.
Dengan itu, berakhirlah era Kerajaan Islam di bumi Eropah setelah berkuasa 800 tahun. Bani Al-Ahmar merupakan puak yang menguasai wilayah Islam terakhir di Sepanyol iaitu Granada dari 620 Hijrah hingga 897 Hijrah.
Perjanjian yang melibatkan 67 perkara itu, termasuklah jaminan keselamatan orang Islam di Sepanyol, tetapi pada akhirnya ia tidak pernah direalisasikan.
Malah, 300 tahun kemudian, Islam dan tanda-tandanya semakin terhakis di bumi Sepanyol, seolah-olah Islam dan tamadunnya tidak pernah wujud di negara itu walaupun ia pernah menyinari dan menerajuinya 800 tahun.
Perjanjian ini akhirnya dimeterai kerana menerima banyak tekanan daripada orang Kristian Sepanyol, termasuk kejadian paling memilukan dalam sejarah Islam pada 892 Hijrah.
Ketika itu, beribu-ribu umat Islam yang dijanji boleh menyelamatkan diri dengan berlayar ke Afrika dibunuh beramai-ramai secara kejam atau tanpa perikemanusiaan.
Dalam tragedi tersebut, umat Islam mati bermandikan darah angkara tentera Kristian. Sebelum dibunuh, mereka bersembunyi di rumah masing-masing.
Bagi membunuh penganut Islam, tentera Kristian menggunakan satu penipuan besar. Tentera Kristian membuat pengumuman bahawa orang Muslim Granada boleh meninggalkan rumah secara aman bagi menaiki kapal untuk berlayar meninggalkan Sepanyol sambil membawa barangan keperluan masing-masing.
Tentera yang sama juga memaklumkan jaminan keselamatan bagi mereka yang ingin meninggalkan Sepanyol. Pun begitu, masih ramai yang meragui tawaran tersebut.
Bagaimanapun, selepas umat Islam melihat sendiri kapal di pelabuhan telah disediakan untuk membawa mereka belayar, barulah mereka menerima tawaran berkenaan.
Keesokan harinya, beribu-ribu warga Muslim Granada keluar membawa barang keperluan menuju pelabuhan. Pun begitu, bagi yang tidak mempercayai tawaran tentera Salib itu, mereka terus bertahan dan bersembunyi di rumah masing-masing.
Sesudah umat Islam berkumpul di pelabuhan, tentera Kristian segera menggeledah rumah yang ditinggalkan, kemudian membakarnya.
Umat Islam yang ada di pelabuhan pula tergamam apabila tentera Kristian membakar kapal yang dikatakan akan membawa mereka keluar dari Sepanyol.
Ketika kapal ditenggelamkan, umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Majoritinya wanita dan kanak-kanak, sedangkan tentera Kristian mengepung dengan pedang terhunus.
Setelah menerima arahan ketua tentera, umat Islam di pelabuhan itu dibunuh kejam tanpa secebis simpati. Jerit tangis dan takbir terus terdengar, tetapi secara buas tentera Kristian semakin ganas membunuh warga awam yang sama sekali tidak berdaya.
Seluruh Muslim Andalusia yang ada di pelabuhan ketika itu berakhir dengan maut. Darah mengalir di merata-rata. Laut yang biru di pelabuhan bertukar menjadi merah kehitamhitaman. Itulah kisah menyedihkan dalam sejarah umat Islam yang tidak boleh dilupakan.
Selepas kejadian itu, dalam pemerintahan Sepanyol selama 300 tahun, yang pasti, tidak ada tanda atau simbol Islam yang kekal di negara tersebut.
Umat Islam diugut dan diseksa oleh tentera Kristian Sepanyol dengan pelbagai ugutan dan seksaan yang sangat kejam, mengerikan dan menakutkan serta tidak ada langsung belas kasihan.
Mereka (penganut Kristian di Sepanyol ketika itu) tidak mahu Islam wujud langsung. Ekoran itu, umat Islam amat tersepit, sehingga ada yang mengaku Kristian, padahal mereka masih Muslim. Ia terpaksa dibuat kerana terlalu perit ancaman yang terlalu sukar untuk diceritakan secara lisan.
Sebenarnya, Islam mula masuk ke Sepanyol pada 92 Hijrah di bawah kepemimpinan Panglima Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa. Selepas kemasukan mereka melalui Jabal Tariq (Gibral Tar) pada tahun itu, Sepanyol kemudian muncul menjadi negeri paling makmur.
Pasukan Islam tidak hanya berhenti di Sepanyol, malah terus memperbesarkan empayar ke negara sekitar seperti Perancis. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou dan Tours.
Walaupun pasukan Islam sangat kuat dan memiliki kekuasaan yang luas, tetapi mereka tetap mengutamakan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah barat yang juga kawasan pergunungan.
Islam sudah menerangi Sepanyol dan oleh kerana sikap penguasa Islam begitu baik dan rendah diri, ia terus mendorong warga Sepanyol yang tulus dan ikhlas memeluk Islam. Mereka bukan hanya beragama Islam, namun amat mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca al-Quran, malah bertingkah laku berdasarkan al-Quran. Suasana sedemikian berlangsung hampir enam abad.
Pemimpin Islam ketika itu cukup berwibawa dan digeruni. Abdul Rahman al-Dakhil sebagai contoh, adalah individu yang menyambung Kerajaan Bani Umayyah di Andalus setelah Umayyah di pusat iaitu di Damsyik telah jatuh.
Abdul Rahman al-Dakhil pernah dijemput oleh pemimpin Kristian yang dibantunya ketika memerangi musuh. Beliau turut dipelawa minum arak, tetapi ditolak secara diplomasi dengan berkata: "Aku memerlukan tambahan untuk otakku bukan untuk mengurangkannya".
Pun begitu, ketika Islam kian kukuh di Andalus berabad-abad lamanya, ia tetap dikeliling orang kafir Sepanyol yang sedia menanti untuk menghapuskan Islam, tetapi selalu gagal. Beberapa kali dicuba, namun tidak berhasil. Mereka kemudian menghantar perisik untuk mengkaji kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik menemui cara bagi menakluki Islam di Sepanyol, iaitu melemahkan iman dengan serangan pemikiran dan budaya.
Musuh kemudian secara senyap menghantar arak secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk golongan muda agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca al-Quran.
Punca lain adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri sehingga mewujudkan 20 puak yang mempunyai negeri masing-masing. Antaranya Bani Jahur, Bani Ibad, Bani al-Aftas dan Bani Nun.
Ekoran wujudnya pelbagai puak, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut kembali tanah. Apa yang menyedihkan, ada umat Islam yang menjual agama dan negara demi kepentingan peribadi.
Contohnya, Gabenor Daerah Balansiah, Abu Zaid ketika berdepan dengan rakyatnya yang memberontak, dia terus membuat perjanjian dengan Raja Kristian Choinawi untuk membantu menghapuskan pemberontakan tersebut.
Habuannya, Abu Zaid akan memberikan beberapa kawasan kepada Choinawi dan membayar jizyah tahunan kepadanya. Jizyah dalam Islam mesti dibayar oleh bukan Islam kepada pemerintah Islam, tetapi apa yang dilakukan oleh Abu Zaid yang beragama Islam adalah terbalik, apabila berjanji membayar jizyah kepada Choinawi yang beragama Kristian.
Sebenarnya, 800 tahun bukan singkat. Selepas umat Islam menghidupkan Sepanyol dan menjadikannya bangsa bertamadun berbanding bangsa lain di Eropah, akhirnya seolah-olah kehebatan tersebut tidak pernah wujud.
Apa yang pasti, Sepanyol sekarang bukan Sepanyol dulu. Sepanyol hari ini bukanlah Andalus pada satu masa dulu.
Mezquita-Katederal de Cordoba di Sepanyol sarat dengan sejarah tamadun Islam.
Bunga gergasi... saya mendapat inspirasi di sini..
kelopak S - saiz 9in panjang x 7in lebar, 9 helai kelopak diberlukan. Setiap 3 kelopak digam menjadi 1 kelopak ( menjadi 3 kelopak kesemuanya)
kelopak M - size 11in panjang x 10in lebar, 9 helai kelopak diperlukan, dicantum setiap 3 kelopak menjadi 1 kelopak (menjadi 3 kelopak kesemuanya)
kelopak L - size 13in panjang x 12in lebar, saya membuat 8 kelopak, digam setiap 2 kelopak menjadi 1 kelopak (menjadi 4 kelopak kesemuanya)
bahagian tengah - saiz 17cm x 26 cm, sebanyak 6 helai disusun berlapis-lapis..
menggunakan kerta tissue nipis saiz 50cm x 65cm harganya rm15 untuk pak 25 helai, saya beli di Nilai 3
Memerlukan 10 helai kertas.
Ini hasilnya... bunga gergasi A
Saya rasa lebih sesuai jika menggunakan kertas tisu yang tebal sedikit supaya kelopaknya tidak lembut sangat.
.
Bunga ini menggunakan teknik Sofia Abbas, di mana kelopak tidak gunting.
Kertas digunting bulat pada hujungnya..
kedutkan, lipat dan ikat dengan dawai halus
untuk kelopak S, saya guna 5 keping kertas dan kelopak M juga 5 keping kertas hasilnya.. bunga gergasi B Jika ingin hasilkan bunga yang lebih besar, boleh ditambah dengan kelopak L
Percubaan pertama.. kaedah bunga A, saya menggunakan kertas crepe yang harganya 60sen sekeping.
Cara menggunting hujung kertas yang berbeza akan memberi hasil yang berbeza, saya gunakan untuk bahagian tengah bunga. sila ke sana..
Malaysia in Lonely Planet’s top 10 countries for 2014
October 29, 2013
Legoland in Johor is one of the attractions that would draw more tourists to the country, according to Lonely Planet magazine. - October 29, 2013.Malaysia is the only Asian country to have made the cut in Lonely Planet’s Best in Travel 2014 – Top 10 countries, ranking 10th on the list.
The list published by the travel publication placed Malaysia as one of the countries to visit due to “an array of new attractions”.
“The headline grabbers are the largest bird park in Southeast Asia in Malacca, Legoland Malaysia and Hello Kitty Land in Nusajaya, which are packing in both locals and Singaporeans flocking across the causeway,” said the world’s largest publisher of travel guide books.
“The new second terminal in Kuala Lumpur International Airport, catering mainly to the booming budget airline sector, is another major factor in attracting more visitors,” it added.
The travel guide recommended sights in Borneo, including Kudat as an off-the-beaten-track spot, Pulau Gaya and cycling-tourism in Sabah.
The guide book described Malaysia as “like two countries in one, cleaved in half by the South China Sea”.
“The multicultural peninsula flaunts Malay, Chinese and Indian influences, while Borneo hosts a wild jungle of orang-utans, granite peaks and remote tribes,” it said.
The list, published on the travel site yesterday, named Brazil as the top country to visit in 2014 since the FIFA World Cup will be held there next June and July. Other countries/regions making the cut are Antartica (2), Scotland (3), Sweden (4), Malawi (5), Mexico (6), Seychelles (7), Belgium (8) and Macedonia (9).
In the same category in 2013, two Asian nations were listed – namely Sri Lanka and South Korea.
Last month, CNN published the world’s 10 best shopping cities according to data in the Globe Shopper City Index by Global Blue, a firm that mediates transactions between consumers, merchants and banks. Kuala Lumpur ranked 4th, besting Hong Kong, Paris, Dubai and Madrid in the index. - October 29, 2013.
Malaysia advanced for the first time
into a top 10 ranking of nations the World Bank deems
friendliest to businesses as Singapore (SGDPQOQ) led the annual
competitiveness scorecard for an eighth straight year.
Malaysia vaulted to sixth from 12th a year ago after easing
procedures for registering a company, applying for a
construction permit and getting electricity, the bank said in
its 2014 “Doing Business” report. Rounding out the top five
after Singapore were Hong Kong, New Zealand, the U.S. and
Denmark, unchanged from a year ago. China slid five spots to
96th, while the U.K. dropped to 10th from seventh.
Buildings stand under construction in Kuala Lumpur. Photographer: Sanjit Das/Bloomberg
Bureaucracy has improved under Malaysian Prime Minister
Najib Razak’s economic and government transformation programs,
even as the Southeast Asian grapples with crime and corruption.
While the country moved to 54th from 60th place among 176
countries in Transparency International’s Corruption Perceptions
Index last year, it was ranked worst for bribery among 30
countries surveyed.
“Malaysia has done a good job in streamlining business
processes in the past few years,” K.M. Loi, secretary-general
of Transparency International’s Malaysia arm, said in a phone
interview today. “But we still need to strengthen business
integrity and anti-bribery practices. Corruption hurts
everybody.”