Kashan - 24 Mac 2018
Selepas selesai check-in dan meletak barang-barang, kami keluar meninjau bandar Kashan. Foto di bawah ini adalah semasa kami pulang dari meninjau, berjalan kaki melalui lorong untuk ke hotel.
Sebelum masuk, kami meneroka bahagian luar atas bumbung bath house. Bentuk bumbungnya yang unik menarik perhatian pelancung.
Meninjau bahagian dalam bath house
Ini adalah bangunan/struktur bagi memerangkap angin dari pelbagai arah untuk tujuan menyejukkan bahagian dalam bangunan secara semulajadi pada musim panas.
Kemudian kami ke tempat/kilang
Rose water. Perayaan Rose dan Rose Water dianjurkan di pertengahan Mei setiap tahun di Kashan.
Menikmati air minuman rose di Everyday Kashan apabila hari sudah mula gelap, sebelum kami ke tempat lain untuk makan malam.
Masoleum Hilal ibn Ali salah seorang
anak kepada Sayyidina Ali.
Sebahagian dari bangunan lama yang di "frame" kan, berdekatan Sultan Amir Ahmad bath house.
Pemandangan di bandar Kashan..
Kami makan malam disebuah restoran di
Manouchehri House, sebuah boutique hotel yang menghidangkan masakan traditional Iran.
Kashan - 25 Mac 2018
Pada hari berikutnya, hari terakhir kami di Iran, kami mempunyai banyak masa di sebelah siang kerana
penerbangan kami ke Kuala Lumpur adalah selepas tengah malam.
Selepas checked-out hotel Negin, kami menziarah
Aqabozorg, sebuah sekolah dan juga masjid di Kashan.
Lebihkurang 8km dari Aqabozorg, kami ke
Fin Garden, salahsatu tarikan utama di Kashan. Taman ini adalah taman tertua Iran yang masih ada pada hari ini. Ia juga merupakan salah sebuah Taman Warisan yang di senaraikan di UNESCO.
Fin Garden menyimpan sejarah
Amir Kabir, seorang perdana menteri, yang popular dengan rakyat kerana perubahan yang dibawanya terutama sekali di dalam bidang pendidikan dan pengurusan kerajaan untuk membenteras rasuah
Oleh kerana hasutan-hasutan, beliau dipecat dan dipenjarakan di Kashan oleh Sultan yang memerintah ketika itu dan akhirnya dibunuh di dalam hamman/bath house di sini. Ada yang menceritakan beliau sendiri memotong urat nadi tangannya apabila beliau disampaikan perintah hukum bunuh oleh pegawai kerajaan.
Amir Kabir dira'ikan di Fin Garden pada sambutan tahun baru Iran (
Nowruz).
 |
| (potret Amir Kabir) |
 |
| (Gambaran Amir Kabir - orang berjubah dan bertopi tinggi emas) |
Pemandangan di sekitar Fin Garden.
Dahulunya Nushabad merupakan tempat perlindungan bawah tanah yang lengkap untuk penduduk-penduduk berlindung dari serangan Mongol. Ianya terus digunakan sebagai tempat perlindungan di waktu-waktu kecemasan sehinggalah awal 1920an. Menurut kata pemandu pelancong, bandar Kashan juga merupakan bandar memproses uranium/nuklear untuk tujuan perubatan tetapi aktiviti-aktiviti ini telah dihentikan setelah Iran dituduh membangunkan senjata nuklear.
Semasa sesi taklimat di bawah tanah tersebut, pertama kali mengalami situasi "
claustrophobia", perasaan lemas di kawasan kecil tertutup. Cepat-cepat tutup mata dan menarik nafas panjang beberapa kali untuk tidak membiarkan perasaan itu menguasai.
Masuk ke Nushabad Under ground city melalui pintu depannya (seperti biasa, dikenakan bayaran tiket), meneroka bahagian bawah tanah bersama taklimatnya sekali, sebelum naik kembali untuk keluar melalui pintu lain.
Setelah keluar, kami diajak oleh anak salah seorang petugas Nushabad tersebut untuk menziarah sebuah kota tinggalan lama (old fort) yang dibina daripada tanah lumpur, yang tidak berapa jauh berjalan kaki dari Nushabad. Itinerari ini tidak dirancangkan.
Sebelum meninggalkan Nushabad untuk ke Tehran, kami singgah di cafe bawah tanah untuk menikmati minuman air rose asli, kemudian membeli sedikit cenderamata di kedai berhampiran.
Dalam perjalanan balik ke lapangan terbang, kami singgah di sebuah R&R untuk makan malam (awal) berdekatan dengan bandar
Qom (pusat pengajian Islam).