Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Showing posts with label Trengganu. Show all posts
Showing posts with label Trengganu. Show all posts

Monday, 5 September 2022

Pulau Redang , Trengganu (Jun 2022)

Kami menempah pakej di Laguna Redang Island Resort untuk 4pax (keluarga), 2 hari 3 malam. Pakej termasuk penginapan, full-board (sarapan, makan tengahari dan malam), feri pergi balik dan tiga kali boat-trips untuk snorkeling.

Jeti untuk ke Laguna Redang Island Resort ini adalah di Taman Tamadun Islam, Kuala Trengganu, tempat di mana Masjid Kristal terletak. Pakir (berbayar) disediakan di kawasan jeti bagi pengunjung Pulau Redang untuk meninggalkan kereta mereka sementara berada di Pulau. Sebelum menaiki feri, cukai/tiket untuk taman laut perlu dibayar di kaunter kutipan.

Masjid Kristal


Laguna Redang Island Resort


Kawasan pantai resort ini adalah cantik. Air hijau kebiruan, tiada ombak dan berpasir putih. Sangat untuk bermandi manda.


Boleh saja untuk snorkeling di sini kerana terdapat banyak juga ikan. Sewa atau bawa peralatan sendiri, termasuk life-jacket untuk snorkeling. Jangan lupa untuk bawa cebisan roti (ambil masa sarapan pagi di resort) untuk beri ikan makan di tangan semasa snorkeling.


Penginapan di Laguna Island Resort. 
Yang garden view tu akan ada teman-teman berkunjung. Jadi hati-hati dengan barangan/pakaian yang diletak/disidai di bahagian anjung bilik.


Ini boat-trip ke kawasan snorkeling yang lebih menarik, berenang bersama ikan-ikan dan penyu (di kawasan lain). Boat-trip ini tidak termasuk dalam pakej Laguna Redang Island Resort. Kami juga menggunakan khidmat jurufoto dalam air untuk trip ini.


Kawasan berenang bersama penyu-penyu.






Friday, 29 July 2022

Kijal, Trengganu (Mei 2022)

Singgah bermalam di Al Safina Beach Resort di Jalan Pantai Penunjuk, Kijal, Trengganu. Katanya, pemilik resort dan restoran ini adalah orang Arab yang yang menetap disini setelah berkeluarga dengan orang tempatan.







Thursday, 21 June 2018

Aidil Fitri 2018 - Beserah, Kuala Trengganu, Kota Bharu & Cameron Highlands

11 Jun 2018

Cuti sekolah yang bersambung dengan cuti raya yang agak panjang, kami merancang perjalanan balik kampung secara santai...
Memandu pulang ke kampung melalui Lebuh Raya Pantai Timur untuk menyambut Aidil Fitri. Singgah di Beserah, Kuantan untuk menginap semalam di Mandurah Hotel.

 


Berbuka puasa di restoran Sajian De Alam, tepi pantai yang berdekatan hotel.  Buffet dengan harga RM25 seorang (dewasa) agak berpatutan dengan sajian yang terhidang, dan tempatnya pun luas.


Keesokan harinya, bertolak ke Kuala Trengganu dan  menginap semalam di Sumai Apartment Hotel.


Akhirnya sampai di Kota Bharu, pada hari "buat tapai" iaitu 2 hari sebelum menjelangnya Aidil Fitri 2018. Solat pagi hariraya di Masjid Hijau.



Suasana di kampung halaman..

 
 

Di hari raya ke-5, sebelum bertolak pulang kekota.. sempat mengunjungi majlis kenduri..

 

Memandu pulang melalui Lebuhraya Timur Barat 2, singgah dulu semalaman di Copthorne by Equatorial

 

Apartment 3-bilik


Pemandangan dari apartment..

  

Keesokan harinya, sebelum memasuki sempadan negeri Selangor, singgah untuk makan tengahari di restoran Nasi Bamboo Sg. Klah di Sungkai, Perak.  

 

Wednesday, 1 June 2016

Mencadat Sotong di Marang, Kuala Trengganu

7 Mei 2016

Aku ingin merasa jadi nelayan.. bila diajak mencandat sotong, aku tak menolak.. tanpa pengalaman, tanpa ilmu aku redah.. bertolak dari jeti Marang selepas asar, baliknya usai subuh. Ingin bersatu dengan alam.. langit malam, ombak, air dan angin. Mujurlah aku tak tewas.. kesian adik mabuk berterusan..

Terima kasih D.. menyediakan resort
Terima kasih T.. banyak cerita kita malam tu
Terima kasih Ry.. berkongsi habuan, (pancingku langsung tak mengena)
Terima kasih tekong.. menyediakan makan malam yang enak, dari laut menjadi lauk
Terima kasih Sal.. sempat juga kita berjumpa selepas 32 tahun

Semua foto ni dari kekawan...














Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...