Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Monday, 21 March 2016

Doraemon - Museum Fujiko F Fujio

04 Januari 2016

Museum "Doraemon" atau dikenali sebagai  Fujiko F Fujio Museum adalah sempena nama pencipta Doraemon, Fujimoto Hiroshi, yang menggunakan Fujiko F Fujio sebagai nama penanya. Boleh baca biografinya di SINI atau pun di SINI.

Fujimoto Hiroshi

Lawatan ke museum ini adalah terhad kepada sejumlah bilangan pelawat sahaja pada satu-satu masa/slot saja. Oleh itu, eloklah tiket ditempah lebih awal.



Tiket boleh dibeli dua bulan lebih awal dari tarikh lawatan. Boleh dibeli di mana-mana kedai Lawson di Jepun.  Anda perlu tentukan tarikh dan masa lawatan untuk menempah slot lawatan.

Oleh kerana percutian kami melibatkan banyak cuti hujung dan awal tahun, dan tiket pula lebih mahal sekiranya ingin menempah dari online, kami telah meminta pertolongan host apartment belikan tiket. Host kami sangat baik, hari ini email minta tolong, esok dah bagi tahu yang tiket sudah dibeli dengan kos tiket didahulukan olehnya (bayar balik bila tiba di Jepun).

Harga tiket masuk untuk seorang dewasa adalah Yen1,000 dibeli di kedai Lawson (kalau dari online, harganya Yen3,000 termasuk penghantaran tiket ke hotel/tempat menginap).


Paling senang, ialah pergi ke stesen Noborito, dan mengambil bas yang disediakan oleh pihak museum dari stesen itu .



Perhentian bas ada di luar stesen. Sila pastikan masa/jam lawatan semasa anda menempahkan tiket dan tiba di stesen bas dalam 40 minit sebelum slot lawatan yang ditempah.

(Jadual perjalanan bas ke museum)

Stesen bas lebih kurang 50m di luar stesen Noborito





dalam perjalanan ke museum...



sampai di museum... yang menempah tiket pada slot berkenaan mula beratur untuk memasuki museum..




Sambil beratur menuju ke pintu masuk, jengok-jengok apa yang dipamirkan di tetingkap dinding bangunan ...





Di dalam museum, tidak dibenarkan mengambil foto.... hasil kerja Prof. Fujiko F Fujio dipamirkan.. yang kebanyakannya lukisan-lukisan asal karektor-karektor cerita Doraemon, komik-komik Doraemon di samping barangan peribadi Prof. Fujiko...

Ini kawasan sebaik saja keluar dari kawasan pameran museum.. menunggu giliran untuk masuk panggung menonton cerita Doraemon (tengok gambar saja sebab tidak faham apa bahasa Jepun).
Sudut bacaan komik Doraemon.. bertemankan si Doraemon..



Foto-foto seterusnya ini adalah kawasan di luar bangunan museum..




Ini di kawasan taman museum...



Pondok telefon 'Kalaulah'...





Ramai yang beratur untuk membeli roti sifir Doraemon..



Pintu ajaib 'ke mana sahaja'



Papan pandu arah sekitar museum...


Setiap pelawat dihadiahkan kuih tepong beras ini... sedap juga...kuih mochi tak silap namanya...



Satu foto yang di ambil di dalam kedai cenderamata museum.. sebelum kami mengakhiri lawatan untuk balik semula ke stesen Noborito dengan menaiki bas yang disediakan..


Balik ke Shinjuku nanti, kami bercadang untuk ke sebuah restoran di kawasan Shibuya menggunakan tren subway. Tujuan kami ialah untuk menikmati BBQ halal sebagai dinner pada hari ini... (artikel selepas ini)




No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...