Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Wednesday, 9 March 2016

Winter di Tokyo, Asakusa

02 Januari 2016

Hari ni reserve satu hari kat Asakusa. Tidak tujuan yang spesifik untuk ke sini, kecuali semasa meng-"google" dulu, ada terjumpa beberapa restoran halal di kawasan Asakusa, dan yang menariknya, ada restoran Upin Ipin.


Pagi-pagi dah sampai stesen Asakusa dan kedai-kedai baru saja mula dibuka...


Di luar stesen, tengok lebihkurang guide map untuk tentukan sedikit sebanyak arah tujuan berjalan kaki..


Background Tokyo Skytree dari salah sebuah jalanraya Asakusa.. gabungan lama dan baru yang mencorakkan keunikan Asakusa


Di hadapan Kaminari-mon gate.. setentang dengannya ialah Tourist Information center..


Kami tidak masuk ke dalam kawasan (kerana penuh sesak dengan orang ramai) di mana adanya  Senso-ji Temple..., temple yang ada kaitan dengan asal usul Asakusa yang bermula sejak tahun 628 dahulu...



Kawasan pejalan kaki Nakamise Street bermula dari Kaminari-mon gate menuju ke Senso-ji Temple. Di sini banyak kedai-kedai souvenir dan makanan tradisi Japan.  Kami mencari haluan lain memandangkan berpusu-pusu ramainya orang


Asakusa.. traditional Jepun masih dapat dirasai di sini.. kedai dan rumah yang bercirikan traditional, minum tea sambil menyaksikan persembahan geisha dan tarian traditional di Kannonura Street, kawasan bersebelahan Sensoji Temple


Sekai Cafe.. salahsatu cafe halal di sini.. yang pertama kami jumpa hari tu tapi masih awal pagi sangat dan baru cafe ini baru tengah bersiap-siap untuk memulaka perniagaan.




Selang beberapa lot kedai dari Sekai cafe, ada kedai sewa pakaian tradisi Jepun.  Apa lagi.. si abang dan adek teruja nak jadi japang celup.. Sewa untuk sehari, boleh nak pulangkan bila-bila masa bila dah puas memakainya.


Berjalan sambil memakai pakaian tradisi hingga ke petang..


Antara street performers yang kami jumpa.. lebihkurang yang macam kat Madrid dulu...


Ada penggambaran TV dibuat di suatu lokasi masa kami berjalan-jalan..


Dan akhirnya, ngam dengan waktu lunch, kami sampai ke restoran Upin Ipin yang dipunyai oleh Les Copaque Jepun. (klik DI SINI untuk senarai kedai-kedai makan Upin Ipin yang ada di Malaysia yang dipunyai oleh Les’ Copaque Production Sdn. Bhd.)


Berhenti beli sekotak untuk dinikmati sambil bersiar-siar... sedapppp...






Restoran seafood yang kami hanya jenguk dari luar... dah kenyang kat Upin Ipin tadi..


Setelah hantar balik baju tradisi, mula berjalan meninggalkan kawasan untuk menyusuri Sumida River pula....




Azuma Bridge.. satu lagi tarikan perlancongan berdekatan Asakusa..





Yang minat kucing... dok amik gambar dalam mata kucing..





Yang ini peminat bunga pula...


Hari pun dah mula nak gelap...... mula berjalan cari stesen untuk balik ke apartment di Musashi-koyama....


No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...